March 31, 2009

Kajian Mendapati Nizar Akan Menang Selesa - PERAKDAILY

Sedutan daripada artikel Zulkifli Sulong/edited by PERAKDAILY

Pada pilihan raya Bukit Gantang 2004 :

Calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi.

Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi.

Majoriti BN adalah 8,888.

Ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu. Pas tidak memperolehi undi bukan Melayu. Jika adapun kurang 10 peratus.

Pilihan raya umum 2008

Calon Pas Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi

Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi.

Majoriti Roslan adalah 1,566 undi

Berasaskan analisis, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

PRK 2009, undi untuk PAS tidak akan berkurangan daripada jumlah undi yang diperolehi Dr Lo Lo’ pada pilihan raya 2004 iaitu 14,400 undi.

Berasaskan modus/bahan/modal kempen, BN akan kehilangan undi bukan Melayu. Hampir 40 peratus pengundi berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang akan mengundi Pas. Isu perkauman yang disuarakan Umno/BN akan memakan diri.

Carta soalselidik Ilham Centre di Bukit Gantang

Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS pada PRK ini. Ertinya 8,783 orang daripada mereka akan mengundi PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi calon PAS atau 22,783 undi.

Berasaskan inilah, ramai menganggarkan Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini daripada 1,566 kepada kira-kira 5,000 undi.

Badan bebas, Ilham Centre yang membuat soalselidik juga mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan memenangi PRK ini. Hanya 25 peratus memihak BN, baki 34 peratus pula tidak pasti.

March 30, 2009

Penamaan Calon Parlimen Bukit Gantang: Jangan Alpa Dengan Sokongan - KP Ampang

Beberapa petugas di UPU Padang Gajah setelah selesai menaikkan kain rentang bilik gerakan

Trong, 29 Mac 2009 / 2 Rabi'ul Akhir 1430H - Ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengiringi calon PAS Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Ir. Nizar Jamalauddin. Menurut rakan-rakan yang telah berada di tempat penamaan calon sejak dari awal pagi lagi, penyokong PR memang ramai, berganda jika dibandingkan dengan penyokong Barisan Nasional (BN) ketika mengiringi calon masing-masing di tempat berkenaan. Suatu petanda awal yang agak menyenangkan. Itulah antara bualan petugas-petugas PAS termasuk dari Ampang yang ditugaskan di Unit Peti Undi (UPU) Padang Gajah.

Selasai sesi penamaan calon, kami antara yang terkemudian sampai mula bergerak mencari UPU Padang Gajah, Trong dalam keadaan panas terik dan lalu lintas yang amat sesak. Akhirnya dengan bantuan telefon beberapa teman warga tempatan kami berjaya sampai ke tempat yang dituju. Alhamdulillah, UPU tempat kami bertugas tak jauh dari Masjid Padang Gajah. Sempat juga melepaskan lelah dan apa-apa yang patut dilepaskan di masjid berkenaan setelah selesai solat, yang kemudiannya disertai oleh beberapa sahabat-sahabat rombongan dari Ampang termasuk YB Khasim, P.A beliau saudara Bazli, Hj Ali Ismail, Hj Mat Jusoh, Saudara Rasimi, Ustaz Amir, Encik Mazelan Ahmad dan ramai lagi.

Sampai sahaja di UPU Padang Gajah, perkara pertama yang kami lakukan ialah menaikkan kain rentang Bilik Gerakan dan beberapa kain rentang kempen yang kami bawa sendiri dari Ampang. Kerja kami agak mudah kerana dibantu oleh petugas-petugas dari Gombak dan Kelab Penyokong PAS dari kalangan India dan Cina tempatan. Itulah kelebihan 'kerjasama', yang berat jadi ringan, yang susah jadi mudah.

Namun dalam kita menikmati sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat, Ketua Pemuda PAS Ampang, Ustaz Fazlulrahimi Maarop mengingatkan agar kita tidak alpa dengan sokongan yang diraih terutama ketika penamaan calon pagi tadi. Paling penting usaha dan strategi kempen mesti mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pimpinan. Ini kerana sebahagian di kalangan penyokong yang meramaikan gerombolan yang mengiringi calon ketika penamaan adalah datang dari luar kawasan Bukit Gantang. Justeru, gerak kerja kempen dan munajat kepada Allah mesti diperhebatkan. Semoga Allah memakbulkan segala doa kita, amiin. ~ AQ

Sebahagian Gambar-Gambar Aktiviti di Bukit Gantang


















































































MARILAH MENUJU KEMENANGAN


March 27, 2009

MEDIA ALTERNATIF ANDA

PAS FOR ALL! COME JOIN US!!!
PILIHAN ANDA ADALAH PILHAN YANG TEPAT

Khamis, Mac 26, 2009

AHLAN WASAHLAN TOK GURU KE DUNIA BLOGGERS
"Pendapat dan buah fikiran daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ditulis dalam blog tok guru yang hari ini dilancarkan dan sudah berada di page rank no 1 di google bagi keyword blog tok guruMajlis pelancaran blog tok guru dijalankan serentak dengan pelancaran khidmat wi-fi A’ptus Net yang merupakan anak syarikat kepada PKINK atau juga dikenali sbg SEDC."
Pelancaran di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

JOM KE BLOG TOK GURU!
http://blogtokguru.com

March 25, 2009

MADRASAH NURUL HUDA MADURA RAYU SUMBANGAN

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Madrasah Ibtidaiyah Diniyah Nurul Huda, Madura, Jawa Timur, memohon sumbangan rakyat negara ini bagi mempertingkatkan kemudahan prasarana untuk menampung keperluan pelajarnya yang semakin bertambah.

Mudir madrasah berkenaan, Ustaz M Sufyan Tsauri yang berkunjung ke negara ini sejak sebulan lalu untuk mengutip derma mengharapkan sikap dermawan rakyat Malaysia dapat membantu menyiapkan bangunan baru pusat pendidikan itu.
Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman yang pernah melawat Madrasah Nurul Huda itu, beberapa tahun lalu, turut merayu bantuan agar bangunan baru bernilai 150 juta rupiah dapat disiapkan menurut jadual.
"Saya melawat sendiri madrasah berkenaan, memang ia perlukan bantuan segera. Penduduk kampung Olbek, kecamatan Geger di Madura bergantung harap dengan madrasah itu," kata Lutfi.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke dalam akaun Maybank 114226216332, atas nama Rozani Morad.

March 23, 2009

ALTANTUYA : SELURUH DUNIA KINI PERHATIKAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Selepas akhbar Perancis, Liberation mendedahkan cerita terperinci pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu dan kaitannya dengan pemimpin negara, akhbar British, Times pula menerbitkan cerita sensasi itu.Turut menyiarkan cerita ini adalah TV Australia, ABC, sebelum ini.Semalam, 22 Mac, Timesonline menyiarkan semula cerita itu dengan tambahan maklumat dari wartawannya di Kuala Lumpur.Menurut laporannya itu, selain pembunuhan Altantuya, pusat kepada laporan ini adalah pemberian komisyen sebanyak RM155 juta kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda.Menurut laporan Times, pembangkang mendakwa RM155 juta itu adalah komisyen pembelian kapal selam dari Perancis, manakala menteri Pertahanan waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata ia bukan komisyen tetapi bayaran perkhidmatan projek.Abdul Razak telah dibebaskan dari dipanggil membela diri ekoran pembunuhan Altantuya dan kini sedang membuat PhD di Trinity College, Oxford.Namun dua anggota Unit Tindakan Khas yang menjaga keselamatan pemimpin negara, Ketua Inspektor Azilah Hadri, 32, and Kopral Sirul Azhar Umar, 36, sedang menunggu keputusan atas tuduhan membunuh wanita Monggolia itu.Dengan laporan dari Times bermakna, sudah empat negara luar yang terlibat secara langsung dalam kes ini iaitu Monggolia yang menjadi negara Altantuya, Perancis yang menjual tiga kapal selam yang menjadi isu serta tempat Liberation diterbitkan, Australia yang menjadi pusat ABC yang menerbitkan rencana khas mengenai rancangan ini dan kini British yang menerbitkan Timesonline.Isu pergantungan Gobind Singh Deo, anggota Parlimen Puchong ekoran isu ini juga menimpulkan persoalan di kalangan anggota Senat Amerika dengan persoalan "Apakah benar Najib terlibat".Dalam pada itu, kempen sedang dibuat di negara ini agar Yang Dipertuan Agong tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri selepas Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan nanti.Dua pemimpin kanan PAS, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Abdullah kekal manakala ada juga yang mencadangkan agar Yang Dipertuan Agong melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM baru.Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazeri Aziz dalam kenyataannya di Dewan Rakyat berkata, Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa mutlak melantik seorang Perdana Menteri yang difikirkannya mendapat sokongan majoriti di Parlimen.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga de facto Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim juga memohon Yang Dipertuan Agong agar jangan melantik Najib sebagai Perdana Menteri kerana ia akan memecahbelahkan negara.

March 19, 2009

Bersungguh Dalam Berdakwah - Ustaz Fazlulrahimi

Kg. Melayu Ampang, 15 Mac 2009 / 18 Rabiul Awwal 1430H - Hujan gerimis jam 9.45 malam itu tidak menghalang kehadiran kira-kira 10 orang pemuda-pemuda dari Kg. Melayu yang diketuai oleh Ustaz Mohd Amir Abdul Kadir untuk hadir ke Dewan PKNS Kg. Melayu Ampang bagi meraikan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang dalam satu majlis ringkas penyerahan Sumbangan DPP Kawasan untuk cawangan-cawangan PAS Ampang.
Program di Kg. Melayu ini adalah yang kedua seumpamanya selepas PAS Cawangan Taman Sri Ampang / Watan menerimanya pada bulan lalu. Sumbangan sebanyak RM1000.00 itu disampaikan kepada Ustaz Amir selaku wakil Pemuda PAS Cawangan Kg. Melayu.

Sebelum itu, di dalam tazkirah ringkasnya Ustaz Fazlul menyatakan bahawa kita adalah antara orang yang dipilih oleh Allah kerana diluar sana lebih ramai pemuda-pemuda yang tidak peduli langsung tentang agama Allah, lalai dengan kehidupan duniawi. "Jadi, alang-alang kita dah dipilih oleh Allah ni, hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam berdakwah mengembangkan Islam. Menurut ulama', dakwah yang terbaik adalah 'Dakwah Bil Hal' atau dakwah dengan akhlak, tidak semestinya dengan ceramah dan mengajar sahaja". ~ AQ

March 18, 2009

Banjir Di Hulu Langat : Bantulah Sekadar Yang Termampu - Unit Amal Ampang

Jumaat, 13 Mac 2009 / 16 Rabiul Awwal 1430H - Sebaik sahaja mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dari sahabat yang menetap di Batu 17, Hulu Langat pada jam 10.30 pagi, kami dari Unit Amal Ampang segera bergegas ke sana sejurus selepas solat Jumaat.

Ketika kami hampir ke kawasan kolam air panas Dusun Tua, kami dapati kesan banjir masih lagi jelas di dinding-dinding rumah sekitar tepi jalan raya utama. Kesan menunjukkan air naik sehingga lima kaki. Itu kawasan tepi jalan, macam manalah agaknya rumah yang lebih jauh di bawah. Mungkin paras bumbung agaknya.

Sampai sahaja kami di Dusun Dua Batu 17, kelihatan beberapa penduduk kampung sedang memerhati jambatan gantung di kampung mereka runtuh akibat dipukul arus sungai yang deras. Keadaan ini diburukkan lagi dengan putusnya bekalan air yang disambungkan ke kampung mereka melalui jambatan tersebut. Roboh jambatan bermakna bekalan air mereka juga terputus. Inilah kesukaran yang dihadapi oleh Saudara Salehuddin Mohd Rusli dan penduduk yang lain dalam menghadapi ujian banjir kali kedua dalam masa dua tahun ini. Unit Amal Ampang diwakili oleh Penyelarasnya, Saudara Mohd Shahril Mohd Shuhaimi, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Ampang, Aouis Qarney Mohamed, Hamdi dan Hafiz.

Menurut Salehuddin, air sedalam hampir tiga kaki mengarus deras melalui dalam rumahnya dan rumah-rumah lain sekitarnya dengan membawa lumpur yang tebal mengakibatkan banyak kerosakan berlaku terutamanya perabot, buku-buku dan dokumen-dokumen penting.

Hulurkanlah sedikit bantuan dalam apa jua bentuk sama ada kewangan, tenaga atau apa sahaja di dalam membantu saudara kita yang dalam kesusahan. Semoga Allah memberikan bantuan dan mempermudahkan kita di kala kita pula yang diuji, insyaAllah. ~ AQ

March 12, 2009

MARI MENGAJI BERSAMA USTAZ FAZLULRAHIMI MAAROP

PERKARA : CERAMAH AGAMA

TEMPAT : SURAU BUKIT SUNGAI SEPUTIH, LEMBAH JAYA UTARA

TARIKH : 14HB MAC 09 BERSAMAAN 17 RABI'UL AWAL 1430

HARI : SABTU MALAM AHAD

MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH


SEMUA DI JEMPUT HADIR & TOLONG HEBAH-HEBAHKAN.

March 11, 2009

Surat Pembaca - PAS Bukit Sentosa

Terima kasih dan salam ukhuwah pada Ketua Pemuda yang telah memberi tazkira kepada PAS Cawangan Bukit Sentosa pad 1 Mac 2009 tempohari.
Nak tanya Usatz bolehke datang buat kelas Dhuha pada hari Minggu ?


March 10, 2009

ISU PPSMI : PM MAHU SELESAI SEGERA, MENTERI PELAJARAN TERUS BERLENGAH

KOTA BHARU, 10 Mac (Hrkh) - Kehadiran ratusan ribu rakyat termasuk para sasterawan, budayawan dan cendikiawan tanpa memperdulikan kepulan asap pemedih mata dan pancutan water cannon amat dikagumi.
Mereka terus tegar demi bahasa ibunda.
Realiti 'Himpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI' 7 Mac bukan isu ekstrem politik oposisi, bukan juga sengaja ingin mengulangi sejarah 42 tahun lalu ketika peristiwa Perarakan Keranda 152.
Tetapi isu bahasa merangkumi peradaban sebuah kehidupan bangsa.
Kehadiran yang luar biasa itu bukan sekadar 5,000 seperti diuar-uarkan media harian, sebaliknya wartawan terbabit leguh mulut untuk terus membilang, dan lebih mudah mereka taruh sekadar nombor 5 dan tiga kosong.
Buktinya apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri terkejut.
Maka berkatalah beliau, 'selesai segera isu PPSMI' biar pun diperlekehkan Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussien katanya, ia tidak perlu disegerakan.
Sebelum ini tidak pernah pemimpin negara membuat kenyataan seumpama itu.
Bagi mereka yang faham citra politik, PM terasa sangat dengan kehadiran rakyat pada program membantah PPSMI, cuma Hishamuddin kurang peka.
Sesungguhnya 7 Mac menjadi saksi. Sekurang-kurangnya mampu mencelek mata pimpinan Umno buat kesekian kalinya.
Namun persoalannya, sejauh mana kejujuran Abdullah yang bakal pencen, terhadap isu bahasa yang telah berlarutan begitu lama.
Mesej himpunan itu juga dihantar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggambarkan revolusi mentalnya ditolak rakyat.
Sebelum ini pemimpin Umno � BN buat bodoh dan tidak pernah nampak tanda-tanda menghormati suara rakyat yang menolak pengimplementasian PPSMI pasca Dr Mahathir.
Ramai bimbang dalam jangka masa panjang akan terkuburnya bahasa dan bangsa sendiri.
Lihatlah seperti apa yang berlaku di selatan Thailand sekarang.
Peristiwa terkorbannya penggunaan tulisan jawi suatu ketika dulu seperti mahu diulangi Dr Mahathir.
Kesannya sekarang apabila jarang anak Melayu mampu membaca dan menulis jawi, sedangkan itulah bahasa milik kita. Angkara siapa kalau tidak bukan pemimpin Umno.
Tidak mustahil sikap buat bodoh Menteri Pelajaran selama ini menggambarkan tohornya jiwa pemimpin yang berada dalam kerajaan sekarang.
Benarlah kata Sasterawan Negara, Dato� A Samad Said, pemimpin sekarang adalah pemimpin yang berfikiran lima tahun, bukan 50 tahun ke hadapan.
Hishamudin juga sepatutnya tidak mencari alasan menolak debat seperti dicadang Pemuda PAS jika dasar PPSMI adalah satu keperluan dan menguntungkan.
Umno tiada solidariti Melayu
Sebaliknya, ia mempamerkan menteri terbabit dan pemimpin Umno tiada solidariti Melayu.
Sedangkan ketika perhimpunan agung parti itu, penuh mulut mereka bercakap mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, dan dalam masa yang sama sayangkan bisnes yang menjelma hasil daripada dasar baru kerajaan.
Maka berkiralah mereka syarikat mana yang akan membekal laptop, siapa mahu menulis buku baru subjek Sains dan Matematik. Inilah yang lebih menjadi perhatian sang menteri.
Ini kerana setiap kali dasar baru kerajaan digubal, ada orang yang membuat untung di sebalik tabir.
Lalu di mana integriti perjuangan Umno yang lantang membicarakan hak ketuanan Melayu.
Tiba-tiba mereka menjadi dungu dan takut untuk berhujah. Kadang-kadang apa yang dicakap Menteri Pelajaran, orang pun tidak faham. Vokalnya tidak layak untuk menduduki kerusi Naib Presiden Umno.
Alasan Hishamudin mahu mempertahankan PPSMI terlalu longgar. Menyimpang jauh dari dimensi intelektual.
Walau apa pun diharapkan perhimpunan aman 7 Mac menjadi detik keramat ke arah penyelesaian isu bahasa. Ampun tuanku inilah yang patik-patik dapat persembahkan.
Semuga istana dapat menyaksi dengan penuh tawadhuk betapa kedaulatan bahasa ibunda sedang menuju kehancuran sekiranya dibiarkan pemimpin Umno terus bermaharalela.
Inilah makna di sebalik sekularisme yang dipertahankan pemimpin Umno � BN. - ss -

March 5, 2009

PROGRAM ZIARAH PENGERUSI PASTI NEGERI SELANGOR









Ampang, 7 Rabi'ulawal 1430 / 4 Mac - Rabu, Pusat Asuhan Tunas Islam atau lebih di kenali sebagai PASTI adalah merupakan salah satu uslub dalam gerakan Islam di Malaysia.Ianya di terajui oleh pimpinan Pemuda di setiap peringkat negeri mahupun kawasan.Selain memberikan pendidikan kepada anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun, ianya juga dapat mewujudkan suasana Islam dalam masyarakat.Secara tidak langsung memberi gambaran tentang indahnya hidup sebagai seorang Muslim Mukmin sejati.
Pengerusinya,Ustaz Hasbullah bersama 2 orang wakil PASTI telah melakukan lawatan ke beberapa PASTI di seluruh kawasan Ampang.Antaranya PASTI 'ILMI Taman Ampang Indah, PASTI 'ILMI Taman Dagang Jaya, PASTI IQRA' Taman Melur dan PASTI Taman Uda Jaya.
Turut mengiringi lawatan tersebut, Pengerusi PASTI Kawasan Ampang, Saudara Mohd Amir bin Kadir bersama SUK Pemuda PAS Kawasan Ampang, Saudara Mohamad Shahril Shuhaimi.
Selesai melakukan pemantauan, Ustaz Hasbullah menegaskan agar Pengurusan PASTI Kawasan perlu meningkatkan lagi institusi yang sangat penting ini dengan menubuhkan seberapa banyak PASTI yang mampu dengan mempunyai organisasi yang mantop supaya ianya bergerak seiring dengan arus perubahan semasa melalui salurannya yang sebenar serta dapat mengerakkan tenaga guru - guru demi memartabatkan Islam di muka bumi ini dengan program usrah, tarbiyah, rehlah dan seumpamanya.Penglibatan Pemuda Kawasan adalah sangat2 diharapkan.ss







March 4, 2009

JANGAN LUPA ! SEMARAKKAN HIMPUNAN MANSUHKAN PPSMI 7 MAC INI!!!

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Demi memastikan kedaulatan Bahasa Melayu dijunjung sekaligus membantah dasar Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang jelas mengundang '1001 masalah' kepada para pelajar khususnya di luar bandar, orang ramai diseru untuk sama-sama menyatakan sokongan dan menyertai 'Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI' pada 7 Mac ini (Sabtu).
Menurut Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Hasini Abas, perhimpunan akan diadakan di tiga lokasi bermula 2.00 petang iaitu Pusat Perniagaan SOGO, Central Market dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara untuk serahan memorandum.
"Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang.
"Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang sama sekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataannya yang terdahulu.
Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato� A.Samad Said, Dato� Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato� Nik Safiah Karim, dan diikuiti pemimpin terkenal Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato� Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Warna tema himpunan pada hari tersebut ialah 'putih' dan peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI, katanya.
"GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.
"GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang," katanya. - ss -

Imarahkan Dewan Orang Ramai Sebaiknya, Tunjukkan Akhlak Mulia - KP Ampang

Taman Sri Ampang, 6 Rabiul Awwal 1430 / 3 Mac 2009 - Melentur buluh biar dari rebungnya. Generasi muda hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Justeru, mereka harus diberi perhatian daripada dibiarkan hanyut dalam arus kehidupan yang penuh dengan keseronokan dan hiburan semata-mata. Antara kaedah untuk mendekati mereka ialah dengan program-program riadhah, perkhemahan dan sebagainya yang di dalamnya disulami dengan tarbiyyah dan ilmu bagi membentuk syakhsiyah seorang muslim mu'min. Namun, apa jua kaedahnya pasti memerlukan sedikit pelaburan yang insyaAllah akan menjanjikan pulangan yang tidak ternilai di sisi Allah SWT.

Bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Sri Ampang, Dewan Pemuda PAS Ampang melalui Ketua Pemudanya, Ustaz Fazlulrahimi Maarop menyampaikan sumbangan kepada Pemuda PAS Cawangan Taman Sri Ampang / Watan berjumlah RM1000.00. Pemuda cawangan diwakili oleh Ketua Pemudanya, Saudara Shahiful.

Di dalam ucapannya, Ustaz Fazlul mencadangkan agar Pemuda-pemuda Cawangan menghidupkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di tempat-tempat terbuka seperti dewan-dewan orang ramai dan sebagai agar ianya boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa segan silu dan secara tidak langsung memberitahu masyarakat tentang keterbukaan PAS yang mengamalkan konsep negara berkebajikan untuk rakyat (bukan kebajikan untuk kroni sahaja). Menurutnya lagi, dewan bukan hanya untuk program-program berbentuk sukan semata-mata. Dewan juga boleh digunakan untuk mengadakan program-program ilmiah seperti forum, diskusi dan seumpamanya.

Turut hadir meraikan majlis ringkas tersebut ialah YDP PAS Kawasan Ampang dan ADUN Lembah Jaya, YB Khasim Abdul Aziz, Ketua PAS Cawangan Taman Sri Watan, Tuan Haji Fooad Yaakob, Ketua PAS Cawangan Tmn Sri Ampang dan AJK DPP Kawasan Ampang. Majlis bersurai pada jam 11.30 malam. ~ AQ

March 3, 2009

TV3 : PEMBOHONG TERKINI, FITNAH SENSASI - Harakah

SEMUANYA seperti tidak masuk akal... Bagaimana sebuah stesen penyiaran yang mendakwa sebagai 'market leader' dalam kelompoknya boleh melayan isu picisan tanpa sebarang merit dan kredibiliti.
Itulah TV3... Stesen penyiaran milik tidak langsung Umno yang bertemakan "Berita Terkini, Hiburan Sensasi".
Sudah hampir seminggu stesen penyiar swasta itu memainkan isu 'ucapan derhaka' seorang ahli Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah kononnya. Maklumat berhubung perkara itu diterima oleh Pemuda Umno negeri khususnya Setiausaha pergerakan itu melalui satu surat layang.
Hanya berdasarkan surat layang itu, TV3 becara bersungguh-sungguh menyiarkan protes Pemuda Umno negeri dan memberikan liputan meluas siri-siri protes itu di rancangan Buletin Utama - program berita waktu puncak TV3.
Apa yang melucukan, hingga saat ini Pemuda Umno negeri dan TV3 gagal mendedahkan butiran spesifik tuduhan mereka. Terbukti Pemuda Umno tidak mempunyai apa-apa untuk didedahkan kecuali sehelai surat layang - tanpa nama, tanpa alamat, tanpa kredibiliti dan tanpa akauntabiliti.
Seperti kata Menteri Besar Kedah, sesiapa sahaja boleh menulis surat layang termasuk Pemuda Umno negeri sendiri.
"Mungkin dia jumpa (surat layang itu) di pasar, orang buang dia ambil, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?
"Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'malafide' (niat jahat), dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tuanku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?
"Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegas Ustaz Azizan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, 28 Februari lalu.
Sambil menyifatkan Pemuda Umno sebagai 'gembala kerbau' kerana hanya tahu berbuat bising, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan bahawa isu itu sengaja dibangkitkan sebagai persediaan Umno berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau, 7 April ini.
Sebenarnya ini bukan kali pertama TV3 menyiarkan berita bohong tentang kerajaan negeri Kedah. Tentu kita masih ingat menjelang sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim, TV3 telah menyiarkan berita kononnya Menteri Besar Kedah berbelanja mewah kerana menyewa jet eksekutif dalam urusan rasmi. 'Footage' menunjukkan kelibat Ustaz Azizan memasuki pesawat tersebut disiarkan berulang kali oleh TV3.
Tanpa disedari, Ustaz Azizan sebenarnya hanya mengiringi kerabat Diraja Kedah menyampaikan jemputan kepada Sultan Brunei untuk hadir ke majlis sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim. Maksudnya, program itu adalah urusan rasmi istana Kedah dan Ustaz Azizan cuma melaksanakan 'Urusan Diraja'. Maka jelas fitnah yang dilemparkan TV3 itu telah mencemarkan imej istana Kedah khususnya Sultan Abdul Halim.
Diberitakan 'orang kuat' TV3 terpaksa menghadap Sultan Kedah memohon ampun atas keterlanjuran laporan itu. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas memohon ampun, TV3 kembali mengamalkan tabiat buruk melaporkan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri.
Ustaz Azizan menyifatkan isu terbaru yang dimainkan TV3 dan dilakonkan Pemuda Umno negeri itu sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.
"Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), TV3 Kedah saja layan; tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," bidas beliau.
Menurut Ustaz Azizan, Tuanku Sultan pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh.
"Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.
"Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah... budak-budak.
"Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" sindir beliau disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.
Buat masa ini TV3 akan terus memperlihatkan kebodohannya untuk memperbodohkan orang kampung. Isu tanpa kredibiliti akan terus dimainkan asalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat diburuk-burukkan.
Pembohongan akan terus dilaporkan dan fitnah akan terus menerus disensasikan walaupun tanpa sebarang bukti dan fakta. Etika kewartawanan sebenarnya telah lama dilacurkan stesen TV itu.
Elok rasanya TV3 menukar 'tagline'nya kepada "Pembohongan Terkini, Fitnah Sensasi". - ss -

March 2, 2009

PUBLISITI MURAHAN, KEBUDAK - BUDAKAN PEMUDA UMNO KEDAH

ALOR SETAR, 1 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan Pemuda Umno menimbulkan isu bahawa Exco Kerajaan Negeri Kedah menghina Tuanku Sultan Kedah tanpa asas yang benar sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.
Beliau berkata demikian ketika diminta pihak media mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada malam sebelumnya.
"Kita buat laporanlah pasai apa, pertama sekali kita nampak ini publisiti murahan yang dibuat oleh pemuda Umno. Kalau (pemuda Umno) nak buat laporan pun biarlah ada asas. Kerana saya difahamkan dia dapat satu nota yang kata begitu begini.
"Mungkin dia jumpa (nota tersebut) di pasar orang buang, dia ambik, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?
"Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'mala fide', dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tunku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?
"Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegasnya sambil menyindir pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, di sini semalam.
Disoal media kemungkinan pihak tersebut mempunyai agenda untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Selambau, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan itu.
"Kalau tak ada agenda dia buat untuk apa? Mesti ada agenda. Cari modal lainlah. Dia buat bising-bising macam tu yang untung kerajaan, orang simpati kepada kerajaan.
"Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), Kedah saja TV3 layan lagi, tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," ujar beliau membidas stesen penyiaran tersebut.
Ditanya sama ada pihak istana memanggil beliau mengadap untuk menjelaskan perkara itu, Ustaz Azizan menegaskan bahawa tidak perlu untuk Tuanku Sultan memanggil beliau mengadap kerana beliau sendiri setiap minggu akan menghadap Tuanku Sultan.
"Tuanku tak perlu panggil mengadap, saya mengadap Tuanku tiap-tiap minggu. Baru ni saya mengadap Tuanku, saya sembang Tuanku senyum saja. Saya mengadap Tuanku setiap minggu, sebelum mesyuarat Exco. Baru ni saya mengadap Tuanku nak cerita tentang pelantikan Exco 3 Mac ini.
"Jadi sembang biasa, Tuanku pun (kata) "biasalah" Tuanku kata. Tuanku pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh, Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.
"Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah, budak-budak.
"Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" tegas beliau menyebabkan sidang medianya itu diliputi gelak ketawa.- ss -