March 19, 2009

Bersungguh Dalam Berdakwah - Ustaz Fazlulrahimi

Kg. Melayu Ampang, 15 Mac 2009 / 18 Rabiul Awwal 1430H - Hujan gerimis jam 9.45 malam itu tidak menghalang kehadiran kira-kira 10 orang pemuda-pemuda dari Kg. Melayu yang diketuai oleh Ustaz Mohd Amir Abdul Kadir untuk hadir ke Dewan PKNS Kg. Melayu Ampang bagi meraikan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang dalam satu majlis ringkas penyerahan Sumbangan DPP Kawasan untuk cawangan-cawangan PAS Ampang.
Program di Kg. Melayu ini adalah yang kedua seumpamanya selepas PAS Cawangan Taman Sri Ampang / Watan menerimanya pada bulan lalu. Sumbangan sebanyak RM1000.00 itu disampaikan kepada Ustaz Amir selaku wakil Pemuda PAS Cawangan Kg. Melayu.

Sebelum itu, di dalam tazkirah ringkasnya Ustaz Fazlul menyatakan bahawa kita adalah antara orang yang dipilih oleh Allah kerana diluar sana lebih ramai pemuda-pemuda yang tidak peduli langsung tentang agama Allah, lalai dengan kehidupan duniawi. "Jadi, alang-alang kita dah dipilih oleh Allah ni, hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam berdakwah mengembangkan Islam. Menurut ulama', dakwah yang terbaik adalah 'Dakwah Bil Hal' atau dakwah dengan akhlak, tidak semestinya dengan ceramah dan mengajar sahaja". ~ AQ