KUALA LUMPUR, 23 Mac: Selepas akhbar Perancis, Liberation mendedahkan cerita terperinci pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu dan kaitannya dengan pemimpin negara, akhbar British, Times pula menerbitkan cerita sensasi itu.Turut menyiarkan cerita ini adalah TV Australia, ABC, sebelum ini.Semalam, 22 Mac, Timesonline menyiarkan semula cerita itu dengan tambahan maklumat dari wartawannya di Kuala Lumpur.Menurut laporannya itu, selain pembunuhan Altantuya, pusat kepada laporan ini adalah pemberian komisyen sebanyak RM155 juta kepada Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda.Menurut laporan Times, pembangkang mendakwa RM155 juta itu adalah komisyen pembelian kapal selam dari Perancis, manakala menteri Pertahanan waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata ia bukan komisyen tetapi bayaran perkhidmatan projek.Abdul Razak telah dibebaskan dari dipanggil membela diri ekoran pembunuhan Altantuya dan kini sedang membuat PhD di Trinity College, Oxford.Namun dua anggota Unit Tindakan Khas yang menjaga keselamatan pemimpin negara, Ketua Inspektor Azilah Hadri, 32, and Kopral Sirul Azhar Umar, 36, sedang menunggu keputusan atas tuduhan membunuh wanita Monggolia itu.Dengan laporan dari Times bermakna, sudah empat negara luar yang terlibat secara langsung dalam kes ini iaitu Monggolia yang menjadi negara Altantuya, Perancis yang menjual tiga kapal selam yang menjadi isu serta tempat Liberation diterbitkan, Australia yang menjadi pusat ABC yang menerbitkan rencana khas mengenai rancangan ini dan kini British yang menerbitkan Timesonline.Isu pergantungan Gobind Singh Deo, anggota Parlimen Puchong ekoran isu ini juga menimpulkan persoalan di kalangan anggota Senat Amerika dengan persoalan "Apakah benar Najib terlibat".Dalam pada itu, kempen sedang dibuat di negara ini agar Yang Dipertuan Agong tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri selepas Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan nanti.Dua pemimpin kanan PAS, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Abdullah kekal manakala ada juga yang mencadangkan agar Yang Dipertuan Agong melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM baru.Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazeri Aziz dalam kenyataannya di Dewan Rakyat berkata, Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa mutlak melantik seorang Perdana Menteri yang difikirkannya mendapat sokongan majoriti di Parlimen.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga de facto Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim juga memohon Yang Dipertuan Agong agar jangan melantik Najib sebagai Perdana Menteri kerana ia akan memecahbelahkan negara.