Ampang, 7 Rabi'ulawal 1430 / 4 Mac - Rabu, Pusat Asuhan Tunas Islam atau lebih di kenali sebagai PASTI adalah merupakan salah satu uslub dalam gerakan Islam di Malaysia.Ianya di terajui oleh pimpinan Pemuda di setiap peringkat negeri mahupun kawasan.Selain memberikan pendidikan kepada anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun, ianya juga dapat mewujudkan suasana Islam dalam masyarakat.Secara tidak langsung memberi gambaran tentang indahnya hidup sebagai seorang Muslim Mukmin sejati.
Pengerusinya,Ustaz Hasbullah bersama 2 orang wakil PASTI telah melakukan lawatan ke beberapa PASTI di seluruh kawasan Ampang.Antaranya PASTI 'ILMI Taman Ampang Indah, PASTI 'ILMI Taman Dagang Jaya, PASTI IQRA' Taman Melur dan PASTI Taman Uda Jaya.
Turut mengiringi lawatan tersebut, Pengerusi PASTI Kawasan Ampang, Saudara Mohd Amir bin Kadir bersama SUK Pemuda PAS Kawasan Ampang, Saudara Mohamad Shahril Shuhaimi.
Selesai melakukan pemantauan, Ustaz Hasbullah menegaskan agar Pengurusan PASTI Kawasan perlu meningkatkan lagi institusi yang sangat penting ini dengan menubuhkan seberapa banyak PASTI yang mampu dengan mempunyai organisasi yang mantop supaya ianya bergerak seiring dengan arus perubahan semasa melalui salurannya yang sebenar serta dapat mengerakkan tenaga guru - guru demi memartabatkan Islam di muka bumi ini dengan program usrah, tarbiyah, rehlah dan seumpamanya.Penglibatan Pemuda Kawasan adalah sangat2 diharapkan.ss