21 Feb 2010 - Pertandingan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda PAS Ampang yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Seri Ampang pagi ini menampilkan 25 pasukan daripada seluruh Ampang. Bermula jam dengan pendaftaran pada jam 8:30 pagi dan berakhir kira-kira jam 4:30 ptg apabila hujan lebat mula turun.
Program tersebut dirasmikan oleh ADN Lembah Jaya, YB Hj Khasim Abdul Aziz pada jam 10:00 pagi. Beliau turut membuat sepakan mula sebagai tanda bermulanya pertandingan dengan rasminya. Ketua Pemuda PAS Ampang, Ustaz Fazlulrahimi Maarop dalam ucapannya memberikan kata-kata peransang kepada para pemain bagi meneruskan 'perjuangan' dengan bersungguh-sungguh. Perjuangan bukan hanya di bidang sukan semata-mata tetapi perjuangan dalam menjalankan amanah sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Beliau juga berharap program ini akan mengeratkan persaudaraan terutamanya para belia di Ampang ini.
Perjalanan pertandingan pada awalnya berjalan lancar dengan cuaca yang walaupun panas namun tidak mematahkan semangat para pemain untuk mengalahkan lawan masing-masing. Perlawanan dihentikan pada setiap masuk waktu solat zohor dan asar untuk azan. Menjelang jam 4:00 ptg sebelum pusingan suku akhir berlangsung hari beransur mendung dan hujan rintik yang kemudiannya bertukar lebat mula turun. Pihak urusetia mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan sehingga hujan berhenti. Namun setelah hujan berlanjutan selama hampir 2 jam, pihak urusetia mengambil keputusan untuk memberhentikan pertandingan setakat itu atas beberapa sebab yang dipersetujui semua pihak termasuk para pemain. Dengan itu wang hadiah yang sepatutnya dimenangi oleh pemenang pertama, kedua, ketiga dan keempat dibahagi sama rata antara pasukan yang tidak sempat menamatkan pertandingan.
Di sinilah indahnya ukhwah apabila masing-masing berlapang dada dan bersatu pendapat dalam menghadapi situasi-situasi yang tidak diduga. Tiada pertengkaran dan saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Semoga kekuatan ikatan persaudaraan ini akan menguatkan Islam dan umatnya bagi menghadapi fitnah akhir zaman yang sememangnya tidak terlihat dengan mata kasar.
Tahniah buat urusetia atas penganjuran yang sangat berjaya ini. Buat para pemain dan peserta, walaupun kalian tidak berjaya menamatkan pertandingan namun semangat kesukanan dan persaudaraan yang ditunjukkan oleh kalian adalah lebih bermakna daripada segalanya.