March 31, 2009

Kajian Mendapati Nizar Akan Menang Selesa - PERAKDAILY

Sedutan daripada artikel Zulkifli Sulong/edited by PERAKDAILY

Pada pilihan raya Bukit Gantang 2004 :

Calon Pas Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali mendapat 14,406 undi.

Tan Lian Hoe (BN) mendapat 23,294 undi.

Majoriti BN adalah 8,888.

Ini menunjukkan Pas mendapat kira-kira 40 peratus undi Melayu. Pas tidak memperolehi undi bukan Melayu. Jika adapun kurang 10 peratus.

Pilihan raya umum 2008

Calon Pas Allahyarham Roslan Shaharum mendapat 20,015 undi

Azim Zabidi (BN) mendapat 18,449 dan calon bebas M Murganan 872 undi.

Majoriti Roslan adalah 1,566 undi

Berasaskan analisis, Roslan mendapat kira-kira 45 peratus undi Melayu dan 20 peratus undi bukan Melayu.

PRK 2009, undi untuk PAS tidak akan berkurangan daripada jumlah undi yang diperolehi Dr Lo Lo’ pada pilihan raya 2004 iaitu 14,400 undi.

Berasaskan modus/bahan/modal kempen, BN akan kehilangan undi bukan Melayu. Hampir 40 peratus pengundi berketurunan Cina dan India di Bukit Gantang akan mengundi Pas. Isu perkauman yang disuarakan Umno/BN akan memakan diri.

Carta soalselidik Ilham Centre di Bukit Gantang

Ramai yang meletakkan 80 peratus dari kira-kira 22,000 pengundi Cina dan India di Bukit Gantang ini akan mengundi PAS pada PRK ini. Ertinya 8,783 orang daripada mereka akan mengundi PAS. Ini bermakna, 14,000 (undi untuk Dr Lo’ Lo’ 2004) + 8,783 undi Cina dan India akan diperolehi calon PAS atau 22,783 undi.

Berasaskan inilah, ramai menganggarkan Pas akan menambahkan majoritinya dalam pilihan raya Bukit Gantang ini daripada 1,566 kepada kira-kira 5,000 undi.

Badan bebas, Ilham Centre yang membuat soalselidik juga mendapati 40 peratus penduduk Bukit Gantang yakin PAS akan memenangi PRK ini. Hanya 25 peratus memihak BN, baki 34 peratus pula tidak pasti.