March 29, 2010

Pasukan Taman Pandan Mewah Juara Futsal Rakyat JKP Zon 10

28 Mac 2010, Kg. Melayu Ampang - Futsal Rakyat JKP 10 MPAJ bermula jam 9:00 pagi. Ucapan perasmian, Tazkirah dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Ketua JKP Zon 10, Ustaz Fazlulrahimi Bin Maarop. Berikut adalah ringkasan program tersebut:-

Tarikh: 28 Mac 2010
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Dewan Datuk Tahir Karim, Jalan Kempas, Kg. Melayu Ampang
Perasmi: Ustaz Fazlulrahimi Maarop

PESERTA: 8 pasukan
1. KRC
2. Smallfield S.C.
3. Wawasan Team (Hulu Langat)
4. Kg. Melayu
5. PAS Boy
6. Flat Sri Intan
7. Kg. Tasik Tambahan
8. Taman Pandan Mewah

Juara: Taman Pandan Mewah
Naib Juara: Smallfield S.C.

March 24, 2010

Iktimak PASTI Ampang Satu Usaha Yang Amat Baik - Pengerusi PASTI Selangor

Duduk: Dari kiri, Hajjah Rohainah, Ustaz Fazlulrahimi, Ustaz Hasbullah, Ustaz Mohd Amir, Puan Noriza
Berdiri: Barisan para guru

PASTI Kawasan Ampang pada ahad lalu 21 Mac 2010 telah berjaya mengadakan Ijtimak yang pertama pada tahun ini . Antara tujuan ijtimak ini diadakan adalah untuk membincangkan pelbagai permasalahan berkenaan PASTI Ampang di samping merapatkan ukhwah antara Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan pimpinan PASTI Negeri Selangor. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Hasbullah Bin Mohd Ridzwan iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga merupakan Pengerusi PASTI Negeri Selangor.

Bersama AJK DPP Ampang dan pengurus -pengurus PASTI Ampang

Ustaz Hasbullah sedang berucap



Hadirin khusyu' mendengar ucapan Pengerusi PASTI Ampang, Ustaz Mohd Amir

Ceramah Motivasi oleh Ustaz Fazlulrahimi

Ceramah motivasi diberikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Ustaz Fazlulrahimi Maarop. Sebelum itu, Ustaz Mohd Amir Abdul Kadir menyampaikan amanatnya selaku Pengerusi PASTI Kawasan Ampang.

Selepas sesi ceramah motivasi dan ucapan perasmian, majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Abdul Jalil Abdul Halim itu diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Pelbagai isu dibangkitkan oleh oleh para peserta termasuk isu mematuhi arahan. Menjawab isu yang dibangkitkan itu, Ustaz Fazlulrahimi menyatakan, sebagai pimpinan seharusnya kita berfikir mengapa orang-orang dipimpinan tidak memberikan ketaatan. Beliau memberi contoh kisah kemenangan Peperangan Badar yang disertai oleh Rasulullah S.A.W.. Walaupun pada logiknya tentera Rasulullah tidak boleh menang ekoran kedhaifan dari segi peralatan dan bilangan, namun antara kelebihan yang ada pada mereka ialah ketaatan yang tidak berbelah bagi para sahabat terhadap Rasulullah S.A.W.. Mentaati pemimpin dalam sesebuah jemaah adalah pra syarat dalam mencapai kejayaan.

Para Pengurus PASTI

Pengerusi Majlis, Saudara Abdul Jalil Abdul Halim

Ustaz Fazlulrahimi menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Hasbullah

Majlis berakhir pada jam 12:00 tgh hari. Ustaz Hasbullah berpuas hati dan menyatakan bahawa penganjuran majlis seumpama ini adalah amat baik dan harus ada kelansungannya. Semoga PASTI terus maju demi masa depan Islam dan generasinya di masa hadapan.

Berkhidmat Dengan Jamaah Islam: Letakkan Allah Di Depan, RM Nombor Dua - Ketua MGP Ampang

Puan Noriza sedang menyampaikan ucapan

Ijtimak PASTI Ampang yang di adakan di Bilik Perpustakaan Sekolah ILMI pada Ahad 21 Mac 2010 yang lalu cukup bermanfaat dan disifatkan berjaya walaupun kehadiran guru-guru adalah sekitar 50 peratus sahaja. Program tersebut bermula jam 9:30 pagi.

Sebahagian guru dan pengurus PASTI yang hadir

Antara yang hadir ialah pengurus-pengurus PASTI setiap Cawangan, guru-guru dan sebahagian Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang. Ketua Majis Guru PASTI (MGP) Ampang, Puan Noriza Abu Bakar turut hadir dan memberikan ucapan. Dalam ucapannya beliau menyeru guru-guru PASTI agar sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, baru datangnya kepuasan walaupun ganjarannya tidak seberapa. "Kita mestilah berkhidmat kerana Allah, utamakan Allah, kalau kita tolong Allah nescaya Allah akan tolong kita, RM nombor dua.." katanya sebelum beliau mengakhiri ucapannya.

Semoga semua amanat yang disampaikan dapat diambil manfaatnya terutama oleh para guru PASTI kerana mereka agen terpenting dalam pendidikan asas generasi pejuang Islam masa hadapan.

March 16, 2010

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak Mati Ditembak

Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
2010/03/16

TELUK INTAN: “Saya baru sampai di tempat cuci kereta bersama suami dan dua anak apabila tiba-tiba dikejutkan bunyi letupan seperti mercun.

SEDIH...anak lelaki Panthiyan ditenangkan jiran.
SEDIH...anak lelaki Panthiyan ditenangkan jiran.



















PILU...Kala memeluk anaknya selepas melihat Panthiyan (gambar kecil) ditembak dari jarak dekat.

“Sebaik menoleh ke arah suami, saya hampir pengsan melihat dia terbujur di atas sofa berlumuran darah dan pada masa sama, saya melihat seorang lelaki berlari keluar sebelum membonceng motosikal rakannya,” kata K Kala, 42, isteri kepada P Panthiyan @ Siva, 34.

Panthiyan yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pasir Salak, mati ditembak dari jarak dekat oleh seorang suspek tidak dikenali di dalam premis mencuci kereta milik mangsa di Jalan Chui Chak, Langkap, dekat sini, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian selepas satu daripada dua das tembakan mengenai kepalanya.


Kejadian ngeri itu disaksikan isteri dan dua anaknya yang sebelum itu keluar bersama mangsa ke bandar Teluk Intan kerana mempunyai urusan.


Kala berkata, mereka sekeluarga baru beberapa minit tiba di premis berkenaan sebelum dia terlihat pembonceng motosikal berpakaian gelap dan bertopi keledar penuh berwarna gelap masuk dan meluru ke arah mangsa yang ketika itu berehat di sofa, manakala seorang lagi menunggu di motosikal.

“Pada mulanya saya tak syak apa-apa kerana mendiang sentiasa dikunjungi di premis berkenaan untuk pelbagai urusan termasuk kebajikan masyarakat. “Dalam sekelip mata, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan sebaik menoleh, saya lihat suami terbujur di atas sofa berlumuran darah,” kata Kala sebak.

Kala yang trauma dan terkejut dengan kejadian itu, tidak dapat meneruskan temubual kerana terlalu sedih dan hanya berkata mangsa seorang peramah dan suka membantu orang serta tidak mempunyai musuh sama ada dalam perniagaan mahupun politik.


Seorang peniaga di premis bersebelahan yang enggan namanya disiarkan, berkata dia terdengar bunyi seperti mercun, namun pada mulanya tidak mengendahkannya kerana menganggap ia perbuatan kanak-kanak.


“Namun, sejurus kemudian, saya terkejut apabila mendengar ahli keluarga mangsa menangis meminta pertolongan.


“Saya pergi melihat apa yang berlaku sebelum mendapati mangsa terbujur di atas sofa dengan kepala berlumuran darah. Saya meminta bantuan rakan menghubungi polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di premisnya.


Katanya, penyerang dan seorang rakannya tiba di premis mangsa dengan menaiki motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan oren menggunakan nombor pendaftaran dipercayai palsu. Pembonceng motosikal itu memakai topi keledar penuh memasuki premis dan melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya mengenai kepala mangsa.


“Sebaik melepaskan tembakan, kedua-dua suspek memecut laju ke arah Kampar. Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. “Kita melancarkan gerakan memburu suspek, namun setakat jam 8 malam tadi (semalam) tiada sebarang tangkapan dibuat. “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk dibedah siasat,” katanya.

Sumber http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Alamafia_Matiditembak_pelanggan/Article

March 5, 2010

Usrah Bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang - Pemuda Cawangan-Cawangan Bagi Bulan Mac 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jadual Usrah Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang Bersama Pemuda Cawangan-Cawangan Bagi Bulan Mac 2010 adalah seperti berikut:-

1) Kg. Melayu Ampang - 10 Mac 2010 (Rabu)
2) Kg. Tasik Tambahan - 17 Mac 2010 (Rabu)
3) Taman Mulia Jaya - 18 Mac 2010 (Khamis)
4) Taman Seri Raya - 19 Mac 2010 (Jumaat)
5) Taman Sri Ampang - 23 Mac 2010 (Selasa)
6) Taman Kosas - 24 Mac 2010 (Rabu)
7) Taman Ampang Indah - 25 Mac 2010 (Khamis)

Diminta semua Pemuda-Pemuda Cawangan tolong adakan usrah sekurang-kurangnya sebulan sekali, jika tiada naqib, pihak Pemuda Kawasan akan sediakan.

"HIDUP MATI BERSAMA ISLAM"


Lajnah Tarbiyah
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang