March 24, 2010

Iktimak PASTI Ampang Satu Usaha Yang Amat Baik - Pengerusi PASTI Selangor

Duduk: Dari kiri, Hajjah Rohainah, Ustaz Fazlulrahimi, Ustaz Hasbullah, Ustaz Mohd Amir, Puan Noriza
Berdiri: Barisan para guru

PASTI Kawasan Ampang pada ahad lalu 21 Mac 2010 telah berjaya mengadakan Ijtimak yang pertama pada tahun ini . Antara tujuan ijtimak ini diadakan adalah untuk membincangkan pelbagai permasalahan berkenaan PASTI Ampang di samping merapatkan ukhwah antara Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan pimpinan PASTI Negeri Selangor. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Hasbullah Bin Mohd Ridzwan iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga merupakan Pengerusi PASTI Negeri Selangor.

Bersama AJK DPP Ampang dan pengurus -pengurus PASTI Ampang

Ustaz Hasbullah sedang berucap



Hadirin khusyu' mendengar ucapan Pengerusi PASTI Ampang, Ustaz Mohd Amir

Ceramah Motivasi oleh Ustaz Fazlulrahimi

Ceramah motivasi diberikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Ustaz Fazlulrahimi Maarop. Sebelum itu, Ustaz Mohd Amir Abdul Kadir menyampaikan amanatnya selaku Pengerusi PASTI Kawasan Ampang.

Selepas sesi ceramah motivasi dan ucapan perasmian, majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Abdul Jalil Abdul Halim itu diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Pelbagai isu dibangkitkan oleh oleh para peserta termasuk isu mematuhi arahan. Menjawab isu yang dibangkitkan itu, Ustaz Fazlulrahimi menyatakan, sebagai pimpinan seharusnya kita berfikir mengapa orang-orang dipimpinan tidak memberikan ketaatan. Beliau memberi contoh kisah kemenangan Peperangan Badar yang disertai oleh Rasulullah S.A.W.. Walaupun pada logiknya tentera Rasulullah tidak boleh menang ekoran kedhaifan dari segi peralatan dan bilangan, namun antara kelebihan yang ada pada mereka ialah ketaatan yang tidak berbelah bagi para sahabat terhadap Rasulullah S.A.W.. Mentaati pemimpin dalam sesebuah jemaah adalah pra syarat dalam mencapai kejayaan.

Para Pengurus PASTI

Pengerusi Majlis, Saudara Abdul Jalil Abdul Halim

Ustaz Fazlulrahimi menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Hasbullah

Majlis berakhir pada jam 12:00 tgh hari. Ustaz Hasbullah berpuas hati dan menyatakan bahawa penganjuran majlis seumpama ini adalah amat baik dan harus ada kelansungannya. Semoga PASTI terus maju demi masa depan Islam dan generasinya di masa hadapan.