April 30, 2009

KARNIVAL RAKYAT 2009

1 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN BAHARU SELANGOR
PERINGKAT DUN LEMBAH JAYA
MAJLIS KEMUNCAK & CERAMAH PERDANA
OLEH
Y.BHG HAJI MOHD BIN SABU
NAIB PRESIDEN PAS
&
YB PUAN HAJAH ZURAIDAH BT KAMARUDIN
KETUA WANITA PKR MALAYSIA
AHLI PARLIMEN AMPANG
3 MEI 2009 / 8 JAMADILAWAL 1430 ( AHAD )
MULAI JAM 8 PAGI HINGGA 11.30 MALAM
DI DEWAN ORANG RAMAI TAMAN SERI AMPANG
SEMUA DI JEMPUT HADIR

April 29, 2009

KITA SEBENARNYA..............

KITA SEBENARNYA........LEBIH GEMBIRA MENYAMBUT 1 JANUARI DARIPADA 1 MUHARAM
KITA SEBENARNYA.........LEBIH TAHU APA ITU 14 FEBRUARI DARIPADA 12 RABIULAWAL
KITA SEBENARNYA...........LEBIH MEMBESARKAN HARI SABTU, AHAD DARIPADA HARI JUMAAT
KITA SEBENARNYA...........LEBIH KHUSYUK MENDENGAR LAGU DARIPADA MENDENGAR AZAN
KITA SEBENARNYA...........LEBIH SUKA LEPAK, TIDUR, TENGOK TV DARIPADA SEMBAHYANG
KITA SEBENARNYA..........LEBIH TAHU TENTANG ARTIS PUJAAN DARIPADA NAMA NABI-NABI ALLAH
KITA SEBENARNYA..........LEBIH-LEBIH SUKA MENYEBUT HELLO !...... HAI ! DARIPADA ASSALAMU'ALAIKUM
KITA SEBENARNYA..........LEBIH SUKA MENYANYI DANGDUT DARIPADA BERWIRID DAN BERTAHMID
KITA SEBENARNYA...........LEBIH SUKA MEMUJI MANUSIA DARIPADA PENCIPTA KITA SENDIRI
KITA SEBENARNYA.........LEBIH SUKA MEMBACA MAJALAH HIBURAN DARIPADA BUKU-BUKU AGAMA
KITA SEBENARNYA..........LEBIH SUKA KE KONSERT, KARAOKE DARIPADA CERAMAH AGAMA
KITA SEBENARNYA.......LEBIH-LEBIH SUKA MEMAKI, MENGUMPAT ORANG DARI MEMUJI MEREKA
KITA SEBENARNYA........LEBIH CINTAKAN URUSAN DUNIA DARIPADA URUSAN AKHIRAT

TETAPI, BILA ORANG TANYA ARAH TUJUAN KITA, KITA PASTI AKAN JAWAB KITA SEBENARNYA........LEBIH SUKA MENUJU KE SYURGA DARIPADA KE NERAKA.
LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH SWT?

April 21, 2009

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang Sesi 2009 -2011

KETUA
USTAZ FAZLULRAHIMI BIN MAAROP
Politik Dan Organisasi

TIMBALAN KETUA
AOUIS QARNEY BIN MOHAMED
Tarbiyah

NAIB KETUA
MOHAMMAD SHAHRIL BIN MOHAMAD SHUHAIMI
Unit Amal

SETIAUSAHA
USTAZ SAFAWI BIN SAZILI AL-HAFIZ

PENOLONG SETIAUSAHA
MOHD IQBAL BIN BAKTI
Sukan Dan Rekreasi

BENDAHARI
ANNUAR BIN ZAARE
Ekonomi

PENERANGAN
USTAZ HASRI BIN MUH NASIR

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
1. USTAZ MOHD AMIR BIN ABDUL KADIR
PASTI

2. REDWAN BIN MOHD SALLEH
IT & Multimedia

3. SHAHIFUL NAWAR BIN ISMAIL
Lajnah Perpaduan Nasional

4. ISMAIL BIN IBRAHIM
S/U Ekonomi

5. HJ AZMAN BIN MOHD ARIF
S/U Penerangan

6. USTAZ NAZERI BIN MUSTAPHA
S/U Tarbiyah

7. AZIZAIN BIN MOHD
S/U IT & Multimedia

8. MOHD ISKANDAR BIN ZAINI
S/U Unit Amal

* beberapa orang AJK tambahan akan dikemaskini di sini kemudian.

April 14, 2009

3,500 DENGAR TIPS NUR MADHIAH BERJAYA DALAM SPM - Harakah

PENGKALAN CHEPA, 14 April (Hrkh)- Kesungguhan kerajaan negeri untuk melihat kejayaan pelajar di Sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan dalam pelajaran telah digalas oleh Urusetia Pembangunan Insan,Belia,Sukan dan NGO dengan menganjurkan seminar motivasi bijak belajar.
Demikian menurut Pengarahnya, Abd.Aziz Yunus ketika ditemui di Seminar Motivasi Bijak Belajar yang disampaikan oleh motivator terkenal, Dr.Shukri Abdullah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan(PUTIK) di mana lebih 3500 pelajar dari 27 buah sekolah YIK hadir di seminar yang diadakan sehari tersebut.
Menurut Aziz,ianya bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar dalam menanam minat terhadap pembelajaran,mengambil contoh tauladan daripada mereka yang berjaya seperti Siti Nur Madhiah Nik Omar dan perancangan pembelajaran yang betul untuk menghadapi peperiksaan.
"Pihak kerajaan menyedari akan pentingnya menanam semangat pembelajaran kepada pelajar di peringkat awal tahun dan ini merupakan kali kelima pihak kerajaan menganjurkan dan diadakan secara percuma,"ujar beliau.
Seminar yang mendapat kerjasama dari YIK tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh negeri dan pelajar turut bersolat jemaah Zohor dan solat hajat yang diimamkan oleh Adun Demit, Ustaz Muhammad Mustafa.
Perasmian seminar tersebut telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia,Sukan dan NGO, Abdul Fatah Mahmood dan turut hadir Adun Gual Periok,Ustaz Muhammad Awang dan Nik Nur Mardhiah Nik Omar.
Nik Nur Mardhiah dalam ucapannya berkata, teknik pembelajaran yang diamalkan oleh beliau amat mudah iaitu merangkumkan hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia iaitu sentiasa menghormati orang tua,guru dan rakan-rakan.
Di samping itu, beliau juga berkata tumpuan semasa belajar dalam kelas dan sentiasa berhubung dengan guru dalam menyelesaikan pelbagai masalah pelajaran juga amat penting.
"Saya tidak pernah mengikuti kelas tuisyen di luar, namun semangat dan minat mestilah berada di hadapan kita dalam mengejar cita-cita dan ingatlah kejayaan kita tidak akan datang bergolek,melainkan kita berusaha dalam apa cara pun,"ujar beliau.
Sementara itu, Abdul Fatah ketika berucap merasmikan seminar pula berkata, kerajaan amat berbangga dengan lahirnya pelajar cemerlang seperti Nur Mardhiah dan berharap di tahun hadapan akan lahir pula dari pelajar yang mengikuti seminar pada hari ini.
"Marilah kita sama-sama berdoa agar akan lahir pelajar cemerlang di peringkat negara di tahun hadapan daripada negeri ini lagi dan saya yakin ianya akan datang daripada sebahagian dari peserta seminar ini,"katanya.
Abdul Fatah juga berkata kerajaan amat menyedari walaupun berlakunya kekurangan dari segi prasarana di sekolah-sekolah YIK, ianya bukan penghalang bagi pelajar untuk meneruskan pembelajaran dan ini terbukti dengan lahirnya pelajar cemerlang dari sekolah di bawah YIK pada tahun ini. - ss -

April 13, 2009

TARBIYAH HARAKI BERSAMA USTAZ IDRIS BIN HAJI AHMAD

TARIKH : 14 APRIL 09 BERSAMAAN 18 RABI'ULAKHIR 1430
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : DEWAN AR - RIDHUAN TAMAN DAGANG JAYA
HARI : SELASA MALAM RABU

* SELEPAS PROGRAM TARBIYAH, INSYA ALLAH AKAN DI ADAKAN JAMUAN SATU TAHUN KERAJAAN NEGERI SELANGOR & KEMENANGAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN .059 BUKIT GANTANG BARU - BARU INI.

* SEMUA DI JEMPUT HADIR & SEBARKAN

April 9, 2009

MUTIARA KATA

Gagalnya suatu usaha itu sekali-kali tidak akan memburukkan kita , apabila kita mengerjakannya dengan ikhlas.Kejadian yang baru berlalu baru ada faedahnya, kalau dia menunjukkan jalan untuk maju.

Ajaran Islam itu tidak akan tumbuh di dalam jiwa yang di bungkus dengan kemusyrikan, kebendaan dan kemegahan. Ianya akan tumbuh subur di dalam hati yang penuh keikhlasan.

April 6, 2009

Bkt Gantang- jikalau Nizar(PAS) menang..ia akan memberi kesan pada umNO bahkan Sultan Perak sekali..Ditempelak oleh kuasa dan hak rakyat..diharap PAS menang..

Bkt Selambau- Pilihanraya kecil yang akan menguji PKR disini,berdepan dengan umNO@bE End dan 13 Calon Bebas! Jikalau PKR menang,maka ia memberi kemenangan moral pada PKR sebagai penyandang Bkt Selambau dan membuktikan calon bukan melayu menang! dan diterima pengundi Bkt Selambau walaupun calon yang masih lagi baru didalam dunia politik!

Batang Ai- jikalau PkR menang!ia akan memberi kesan dan menyedarkan Seorang Ketua MEnteri Sarawak yang tua dan tidak sedar diri untuk memegang jawatan yang begitu lama untuk menyara kroni2 nya,bahkan membuktikan PKR mampu dan memnembusi kubu kuat Be End di Sarawak!

p/s:jikalau PR menang,pasti akan memberi impak yang besar terhadap PM Baru kita NajibAltantuya....

April 2, 2009

SUMBER - SUMBER UTAMA PERUNDANGAN

SUMBER - SUMBER utama Perundangan Islam sejak dari zaman Rasulullah hingga ke hari ini ialah Al- Quran dan as - Sunnah. Di zaman nabi, setiap permasalahan dapat di selesaikan sama ada dengan wahyu dari Allah secara langsung atau tidak dan ijtihad nabi sendiri. Dengan berlalu Rasulullah s.a.w., baginda telah meninggalkan dua sumber ini untuk panduan umatnya, seperti apa yang di jelaskan oleh Hadith di bawah ini yang bermaksud : -

" Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara, sekali-kali tidak kamu akan sesat setelah kamu berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku. "

Al- Quran
Al-Quran adalah sumber pertama di samping as-Sunnah yang menjelaskan lagi maksud-maksudnya. Ia (Al-Quran) yang di terima oleh semua mazhab. Perbezaan mungkin berlaku di dalam mentafsirkan beberapa maksud ayat.
Keaslian yang ada pada Al-Qurantetap terjamin walaupuntelah di turunkan berabad-abad lamanya dan ia pasti tidakakan berubah untuk selama-lamanya. Jaminan ini telah diberi oleh Allah Taala yang bermaksud:-

" Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al- Zikr ( Al-Quran) dan Kamilah juga yang memeliharanya. "

Dengan pengakuan ini meletakkan Al-Quran sebagai satu mu'jizat yang teragung. Oleh kerana Syari'ah Islam bersumberkan darinya maka dengan sendiri ia merupakan Syari'ah yang terbaik; bahkan yang di pilih oleh Allah s.w.t. Dengan itu tidak timbul mengapa manusia khasnya umat Islam berpaling kepada Perundangan yang lain.
Dalam Al-Quran terdapat 114 surah, dan jumlah ayatnya ialah tidak kurang daripada 6,000.
Daripada jumlah ayat tersebut hanya lebih kurang 500 ayat sahaja yang berhubung dengan Perundangan dan selebihnya menjelaskan berhubung dengan akidah dan pembentukan akhlak. Ini kerana Al-Quran itu hanya dalam beberapa perkara sahaja mendatangkan nas yang terperinci tetapi selainnya didatangkan dengan " Kaedah Kulliyah " supaya undang-undang itu dapat di perkembangkan untuk memenuhi tuntutan tempat dan masa.