April 2, 2009

SUMBER - SUMBER UTAMA PERUNDANGAN

SUMBER - SUMBER utama Perundangan Islam sejak dari zaman Rasulullah hingga ke hari ini ialah Al- Quran dan as - Sunnah. Di zaman nabi, setiap permasalahan dapat di selesaikan sama ada dengan wahyu dari Allah secara langsung atau tidak dan ijtihad nabi sendiri. Dengan berlalu Rasulullah s.a.w., baginda telah meninggalkan dua sumber ini untuk panduan umatnya, seperti apa yang di jelaskan oleh Hadith di bawah ini yang bermaksud : -

" Aku telah tinggalkan untuk kamu dua perkara, sekali-kali tidak kamu akan sesat setelah kamu berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku. "

Al- Quran
Al-Quran adalah sumber pertama di samping as-Sunnah yang menjelaskan lagi maksud-maksudnya. Ia (Al-Quran) yang di terima oleh semua mazhab. Perbezaan mungkin berlaku di dalam mentafsirkan beberapa maksud ayat.
Keaslian yang ada pada Al-Qurantetap terjamin walaupuntelah di turunkan berabad-abad lamanya dan ia pasti tidakakan berubah untuk selama-lamanya. Jaminan ini telah diberi oleh Allah Taala yang bermaksud:-

" Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al- Zikr ( Al-Quran) dan Kamilah juga yang memeliharanya. "

Dengan pengakuan ini meletakkan Al-Quran sebagai satu mu'jizat yang teragung. Oleh kerana Syari'ah Islam bersumberkan darinya maka dengan sendiri ia merupakan Syari'ah yang terbaik; bahkan yang di pilih oleh Allah s.w.t. Dengan itu tidak timbul mengapa manusia khasnya umat Islam berpaling kepada Perundangan yang lain.
Dalam Al-Quran terdapat 114 surah, dan jumlah ayatnya ialah tidak kurang daripada 6,000.
Daripada jumlah ayat tersebut hanya lebih kurang 500 ayat sahaja yang berhubung dengan Perundangan dan selebihnya menjelaskan berhubung dengan akidah dan pembentukan akhlak. Ini kerana Al-Quran itu hanya dalam beberapa perkara sahaja mendatangkan nas yang terperinci tetapi selainnya didatangkan dengan " Kaedah Kulliyah " supaya undang-undang itu dapat di perkembangkan untuk memenuhi tuntutan tempat dan masa.