Blog Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang - "Setempat Dan Sebenar"

Blog Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang - "Setempat Dan Sebenar"
Bersama Kepimpinan Ulama
BELIA-BELIA SELANGOR YANG BERMINAT MENGIKUTI LATIHAN KERJAYA, SILA KE PEJABAT ADUN LEMBAH JAYA UNTUK PENDAFTARAN. TERIMA KASIH... Letak 'pointer' tetikus untuk berhenti

Surat Pembaca / Aduan

Hanya Surat Pembaca yang dilengkapi dengan nama, nombor telefon, alamat dan alamat emel pengirim sahaja yang akan disiarkan. Surat juga tidak berunsur fitnah atau hasutan atau lain-lain unsur yang tidak sihat DAN bergantung kepada budi bicara blogger. Semua maklumat pengirim tidak akan disiarkan kecuali Nama Pena / Samaran atau Nama sekiranya Nama Samaran tidak disertakan. Harap Maklum.
Nama:
Nama Pena / Samaran:
No. Telefon:
Alamat:
Alamat Emel:
Surat Anda:

Home

Wednesday, September 28, 2011

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR - KHAIRY PERLU TEGAS DESAK KERAJAAN

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

                                         KHAIRY PERLU TEGAS DESAK KERAJAAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan kenyataan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang menyokong cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, supaya Kerajaan Pusat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan undang-undang Hudud yang telah diluluskan di DUN Kelantan sejak 20 tahun yang lalu. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengucapkan tahniah di atas keberanian Khairy memberikan pandangan yang  ‘menongkah arus’ daripada kejahilan dan kejumudan pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO yang lain termasuk Presiden UMNO sendiri berkenaan isu hudud ini. Sepatutnya UMNO yang dikatakan mewakili masyarakat Melayu Islam dan telah menjadi penguasa di dalam Negara ini lebih daripada 50 tahunlah yang perlu berada di pentas utama politik Malaysia untuk melaksanakan hukum Hudud di dalam negara ini dan tidak sepatutnya menghalang Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakannya di peringkat Negeri Kelantan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga perjuangan Khairy untuk meminta Kerajaan Pusat melaksanakan permintaan beliau ini tidak hanya berjalan separuh jalan sahaja malahan beliau sendiri sebagai Ahli Parlimen Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO perlu menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk mempastikan pihak Kerajaan melaksanakan pindaan tersebut. Jangan hanya pandai bercakap dan beretorik di dada akhbar untuk menjuarai isu hudud tetapi menjadi pemuda yang bacul dan pengecut apabila ditekan dan diancam ugut oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lainnya. Pergerakan Pemuda UMNO perlu bangkit menyokong dan mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda mereka dengan mendesak Kerajaan supaya melaksanakan pindaan tersebut dan tidak mempedulikan ancaman dan ugutan daripada parti sekutu BN yang lain.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mendoakan semoga perjuangan Kerajaan PAS Negeri Kelantan untuk meneruskan agenda perlaksanaan hukum Hudud seperti yang telah diluluskan dahulu akan sentiasa dipermudahkan dan diberkati oleh Allah Taala.   


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

0 comments:

Disclaimer

Segala posting dalam ruangan comments bukanlah semestinya menggambarkan pendirian DPPK Ampang kerana ianya terbuka kepada umum. Harap maklum.