August 24, 2010

YB Hj Khasim, Ustaz Musa Rai Majlis Ifthor Jama'ie DPPA

Majlis Ifthor Jama'ie Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang (DPPA)

Tarikh : 15 Ogos 2010 / 5 Ramadhan 1431H
Tempat : Dewan Ar-Ridhuan, Markaz PAS Taman Dagang Jaya
Turut Hadir :
  1. YB Khasim Abdul Aziz
  2. Ustaz Musa Baharuddin (Penyelaras Masjid & Surau Daerah Hulu Langat)
*Program dimulakan dengan ucapan aluan Ketua DPPA Ustaz Fazlulrahimi Maarop. Seterusnya DPPA menyampaikan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa DPPA yang baru menerima cahayamata dan diikuti dengan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Musa Baharuddin. Majlis dipengerusikan oleh Setiausaha DPPA Al-Fadhil Ustaz Safawi Sazili Al-Hafiz.

Gambar Majlis

Mendengar video kuliah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum program bermula

Pengerusi Majlis Ustaz Safawi Sazili Al-Hafiz

Ucapan Ketua DPPA Ustaz Fazlulrahimi Maarop


YB Hj Khasim antara yang hadir


Saudara Iskandar Zaini menerima sumbangan menerima cahaya mata daripada YB Hj Khasim

Ustaz Musa memimpin bacaan tahlil

Saudara Atan, caterer yang bertanggungjawab menyediakan resepi rahsia pada majlis tersebut

August 23, 2010

Gambar-Gambar Sekitar Sukan PASTI Ampang 2010

Sukan Tahunan PASTI Ampang 2010

Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8:30 pg - 12:30 tghari
Tempat : Perkarangan Masjid Fatimah Az-Zahra', Taman Kosas
PASTI Terlibat :
  1. PASTI Iqra' Taman Melur
  2. PASTI Ilmi Taman Uda Jaya
  3. PASTI Ilmi Taman Ampang Indah

Salah satu acara yang dipertandingkan, 'Menggalas Bebas'

Pengerusi Majlis, Ustaz Hasri

Doa dibacakan oleh Ustaz Azman Mohd Ariff

Perbarisan para pelajar


Ketua Pelajar mengetuai bacaan Iqrar dan Syahadah



Pengerusi PASTI Ampang, Ustaz Mohd Amir berucap mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan pelajar

Anggota Jabatan Amal Ampang, Saudara Azlan dan Adha berkerja keras menyiapkan kelengkapan sukan termasuk garisan trek

Ucapan Perasmian oleh YB Hj Khasim Abdul Aziz

Antara yang hadir, Ustaz Fazlulrahimi Maarop dan Saudara Abdul Latif Shaari, Ahli Majlis MPAJ

Gandingan mantap Pengerusi dan Setiausaha

Ustaz Fazlulrahimi menyampaikan cenderahati kepada YB Hj Khasim selaku perasmi

Acara terbuka untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah, Kerusi Berirama

Sebahagian bungkusan hadiah cabutan bertuah

August 18, 2010

BOLEH CUBE DI SELANGOR PLAK...TAPI JANGAN TIRU AKSI MAT & MINAH REMPIT NIH.












Terkini...Menaiki Motosikal Berlainan Jantina Satu Kesalahan.Menaiki kenderaan secara "berdua-duaan" di antara pelatih yang berlainan jantina adalah satu kesalahan jika dilakukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang.Menurut memo yang diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat.Pengarahnya, Datuk Mazlan Mohamad ketika dihubungi mengesahkan bahawa larangan itu dikeluarkannya mengikut bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174). Perbuatan berdua-duaan itu sebagai "kelakuan yang boleh ditafsir sebagai boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada nama baik institusi sama ada di dalam atau di luar kampus," menurut salinan memo yang diperolehi Malaysiakini. "Pihak keselamatan tidak akan membenarkan kenderaan yang terlibat keluar dari pintu masuk ke IPG jika melakukan kesalahan yang dinyatakan," memo itu dipetik. "Sebab apa, kita buat begitu sebab hendak cegah. Itu lebih baik sebelum berlaku kejadian seperti buang bayi," kata Mazlan ketika ditanya sebab penguatkuasaan seperti itu.

August 10, 2010

Program Semarak Sukan DUN & DPP Ampang: Jelajah Padang Siri 1 Capai Sasaran

Ustaz Fazlulrahimi menyerahkan bola kepada wakil gelanggang futsal Sri Taman Baru

7 Ogos 2010 - Aktiviti harian hampir setiap remaja tak kira di mana adalah bersukan. Buktinya jika diperhatikan setiap petang, setiap gelanggang permainan dan padang pasti di sana terdapat aktiviti sukan dijalankan. Namun begitu bukan semua di kalangan mereka mampu untuk menggunakan prasarana dan peralatan yang sempurna.

Menyedari hakikat ini, di samping mengeratkan ukhwah di antara belia terutamanya di Ampang, Dewan Pemuda PAS (DPP) Ampang dengan kerjasama dan galakan daripada pihak DUN Lembah Jaya mengambil inisiatif menyumbang peralatan sukan terutamanya bola kepada wakil gelanggang dan padang yang aktif dengan aktiviti sukan.

Antara gelanggang yang telah dilawati dalam siri satu ini ialah Gelanggang Futsal Sri Taman Baru, Gelanggang Takraw / Badminton Kg. Ampang Campuran, Gelanggang Bola Keranjang Kg. Baru Ampang dan Bolasepak Jalanan (Street Soccer) di Rumah Pangsa Desa Permai, Lembah Jaya Utara dan juga sebiji bola keranjang disumbangkan kepada wakil Sekolah Ong Pong, Ampang.

Dalam ucapan di setiap gelanggang, Al-Fadhil Ustaz Fazlulrahimi Maarop selaku Ketua DPP Ampang menyatakan bahawa program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dan persaudaraan sesama belia di Ampang dan bagi menyatakan bahawa Islam tidak pernah menghalang sebarang aktivit sukan selama mana ianya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Syarak. Beliau ditemani oleh sabahat-sahabat daripada AJK DPP Ampang dan Jabatan Amal Ampang.Siri sumbangan bola berkosep santai ini yang berikutnya akan diadakan selepas Ramadhan ini di gelanggang-gelanggang dan padang lain yang masih belum dilawati, insyaAllah.

Bergambar bersama belia Sri Taman Baru

Gelanggang Bola Keranjang Kg. Baru Ampang

Setiausaha JKKK Kg. Baru Ampang sedang berucap

Ustaz Fazlulrahimi berucap di gelanggang bola keranjang Kg. Baru Ampang

Wakil Gelanggang

Wakil Sekolah Ong Pong menerima sumbangan bola

Belia Ampang Campuran mendengar ucapan Ustaz Fazlulrahimi

Wakil gelanggang Ampang Campuran menerima bola takraw

Berucap di hadapan belia Desa Permai di tapak letak kereta yang dijadikan tempat bermain bolasepak jalanan

Bersama belia Desa Permai Lembah Jaya

FAKTA PROGRAM

Tarikh: 7 Ogos 2010
Masa: 5:30 ptg - 7.00 mlm
Jumlah Gelanggang Yang Dilawati:
  1. Gelanggang Futsal Sri Taman Baru
  2. Gelanggang Takraw / Badminton Kg. Ampang Campuran
  3. Gelanggang Bola Keranjang Kg. Baru Ampang
  4. Bolasepak Jalanan (Street Soccer) Rumah Pangsa Desa Permai, Lembah Jaya Utara

IJTIMA' TARBAWI PEMUDA / I PERINGKAT KEBANGSAAN


AMANAT KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Tuesday, 10 August 2010

Perutusan Ramadhan 1431 buat Pemuda
1. Ramadhan adalah Sebuah Madrasah at Tadhribiyyah ar Ruuhiyyah [ Latih tubi Spiritual ] untuk mendidik dan mengkaderkan ummah agar lahir generasi yang beriman dan bertaqwa.2. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah ayat : 183 jelas menggariskan Taqwa sebagai objektif utama dari pembentukan Madrasah Ramadhan tersebut.3. Sebagai seorang muslim , sayugianya merebut peluang keemasan ini untuk menempat diri hampir di sisi Allah swt.4. Terlebih layak bagi para pejuang dan pemuda - pemuda yang menjadi anggota Harakah Islamiyyah [PAS] . Mereka mestilah memiliki karamah ini sementara peluang hanya sekali dalam tempoh setahun .5. Selain menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini , setiap pemuda mesti berikhtiar secara serius untuk meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah swt dengan menambah koleksi ibadah khusus , justeru ia adalah asas kekuatan dalaman bagi seorang pejuang sebelum ia mendepani cabaran dan halangan sukar di sepanjang jalan dakwah ini .6. Capailah segala kelebihan yang dikurniakan Allah swt sempena Ramadhan Al Mubarak ini terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad Fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa pemuda sebagai perisai ummah.7. Tentu saja menjalani kehidupan dalam suasana ubudiyatillah [ pengabdian diri kepada Allah ] seperti di bulan mulia ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa . Pejuang yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Sementara kedudukannya yang hampir itu membuatkan doanya mustajab [ diterima Allah swt ] dan munajatnya maqbul .8. Doa dan munajat yang mustajab serta maqbul ini adalah antara senjata yang paling berkesan untuk dibawa ke tengah medan juang terutama apabila berdepan dengan musuh yang begitu licik dan liat untuk ditewaskan . Sementelah pula berdepan dengan musuh disaat kita telah kehabisan daya dan upaya juga di saat kehilangan taktik dan teknik serta kehabisan strategi untuk diaplikasi .9. Perjuangan Islam yang kita dokong hari ini sangat memerlukan pemuda yang hebat dan mantap spiritual disamping memiliki kekuatan peribadi dan ketinggian akhlak . Perjuangan ini juga memerlukan pemuda yang memiliki fikrah yang jelas dan penghayatan yang sempurna terhadap tasawwur amal Islami .10. Mudah - mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Saya mewakili EXCO DPPP dan seluruh warga DPP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Semoga kita direstui Allah swt. Selamat berjuang . Ramadhan Kareem !

August 3, 2010

CERAMAH UMUM Penerangan Isu-Isu Semasa - 8 Ogos 2010 (Ahad)


Pelan ke AMPANG CAMPURAN (Bertanda 'A')


Anjuran DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN AMPANG dengan kerjasama PAS CAWANGAN AMPANG CAMPURAN

USRAH BERSAMA PEMUDA PAS CAW. KG AMPANG INDAH