August 10, 2010

Program Semarak Sukan DUN & DPP Ampang: Jelajah Padang Siri 1 Capai Sasaran

Ustaz Fazlulrahimi menyerahkan bola kepada wakil gelanggang futsal Sri Taman Baru

7 Ogos 2010 - Aktiviti harian hampir setiap remaja tak kira di mana adalah bersukan. Buktinya jika diperhatikan setiap petang, setiap gelanggang permainan dan padang pasti di sana terdapat aktiviti sukan dijalankan. Namun begitu bukan semua di kalangan mereka mampu untuk menggunakan prasarana dan peralatan yang sempurna.

Menyedari hakikat ini, di samping mengeratkan ukhwah di antara belia terutamanya di Ampang, Dewan Pemuda PAS (DPP) Ampang dengan kerjasama dan galakan daripada pihak DUN Lembah Jaya mengambil inisiatif menyumbang peralatan sukan terutamanya bola kepada wakil gelanggang dan padang yang aktif dengan aktiviti sukan.

Antara gelanggang yang telah dilawati dalam siri satu ini ialah Gelanggang Futsal Sri Taman Baru, Gelanggang Takraw / Badminton Kg. Ampang Campuran, Gelanggang Bola Keranjang Kg. Baru Ampang dan Bolasepak Jalanan (Street Soccer) di Rumah Pangsa Desa Permai, Lembah Jaya Utara dan juga sebiji bola keranjang disumbangkan kepada wakil Sekolah Ong Pong, Ampang.

Dalam ucapan di setiap gelanggang, Al-Fadhil Ustaz Fazlulrahimi Maarop selaku Ketua DPP Ampang menyatakan bahawa program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dan persaudaraan sesama belia di Ampang dan bagi menyatakan bahawa Islam tidak pernah menghalang sebarang aktivit sukan selama mana ianya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Syarak. Beliau ditemani oleh sabahat-sahabat daripada AJK DPP Ampang dan Jabatan Amal Ampang.Siri sumbangan bola berkosep santai ini yang berikutnya akan diadakan selepas Ramadhan ini di gelanggang-gelanggang dan padang lain yang masih belum dilawati, insyaAllah.

Bergambar bersama belia Sri Taman Baru

Gelanggang Bola Keranjang Kg. Baru Ampang

Setiausaha JKKK Kg. Baru Ampang sedang berucap

Ustaz Fazlulrahimi berucap di gelanggang bola keranjang Kg. Baru Ampang

Wakil Gelanggang

Wakil Sekolah Ong Pong menerima sumbangan bola

Belia Ampang Campuran mendengar ucapan Ustaz Fazlulrahimi

Wakil gelanggang Ampang Campuran menerima bola takraw

Berucap di hadapan belia Desa Permai di tapak letak kereta yang dijadikan tempat bermain bolasepak jalanan

Bersama belia Desa Permai Lembah Jaya

FAKTA PROGRAM

Tarikh: 7 Ogos 2010
Masa: 5:30 ptg - 7.00 mlm
Jumlah Gelanggang Yang Dilawati:
  1. Gelanggang Futsal Sri Taman Baru
  2. Gelanggang Takraw / Badminton Kg. Ampang Campuran
  3. Gelanggang Bola Keranjang Kg. Baru Ampang
  4. Bolasepak Jalanan (Street Soccer) Rumah Pangsa Desa Permai, Lembah Jaya Utara