August 27, 2009

Kini Ramai Gadis Ber'purdah' - Islam Sesuai Sepanjang Zaman


Beberapa orang gadis bertopeng, saling tak tumpah macam berpurdah seperti dianjur oleh Islam. Sesungguhnya Islam itu sesuai sepanjang zaman dan di semua tempat.

August 25, 2009

Umno / BN Edar Wang Palsu Ke Rumah Penduduk Kampung..! - Perisik Rakyat

Kampung Petani - Beberapa orang penduduk di Kampun Petani menerima wang palsu RM100 yang diletakkan didalam sampul surat yang diselitkan dibawah pintu rumah mereka.

Seorang penduduk, Salim b. Abdul Hamid, 50 tahun mendakwa, isterinya menemui sampul surat berisi 3 keping wang kertas palsu RM100 yang diselitkan dibawah pintu rumahnya pagi ini.
Didalam sampul surat tersebut, mengandungi sebanyak 3 keping wang kertas RM100 dan juga sekeping kertas bertulis "Tolong Menangkan Calon BN".

Beliau yang berkunjung ke Markas Induk N11 juga mendakwa, bukan beliau seorang sahaja menerima wang palsu tersebut tetapi beberapa penduduk di kampungnya juga menerima sampul surat berisi benda yang sama termasuk beberapa penyokong UMNO.

Laporan polis akan dibuat oleh mereka-mereka yang menerima sampul surat berisi wang palsu tersebut di balai polis berdekatan.


Sumber: http://perisik-rakyat.com/2009/08/umnobn-edar-wang-palsu-ke-rumah.html

August 24, 2009

12 SIFAT SAHABAT

1. jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya dia akan membantumu.
4. jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
5. jika dia mendapat sesuatu kebajikan ( bantuan ) daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu .
6. jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
7. jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta ), dia akan menanyakan kesusahanmu
9. jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu ( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu ).
10. jika engkau berkata kepadanya, dia akan membenarkanmu.
11. jika engkau merancang sesuatu, dia akan membantumu.
12. jika kamu berdua berselisih faham, dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

August 17, 2009

Selamat Berjuang Kepada Rombongan DPPK Ampang di Permatang Pasir


Selamat berjuang! Seramai 7 orang pemuda dari Pemuda PAS Ampang dan 3 orang akitivis PAS Kawasan Ampang memulakan perjalanan ke Permatang Pasir pada jam 11.45 mlm 16 Ogos 2009 bagi menghadiri penamaan calon pilihanraya kecil DUN berkenaan yang dijadualkan diadakan esok 17 Ogos 2009.

Behimpun di Masjid Fatimah Az-Zahra', mereka memulakan perjalanan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ketua Pemuda, Al-Fadhil Ustaz Fazlulrahimi Maarop. Semoga perjalanan mereka diredhai Allah S.W.T. dan semoga mereka selamat dalam perjuangan.. Allahu Akbar!!!

Usaha, Usaha Juga, Doa Jangan Lupa: Program Solat Hajat Dan Qiyamullail Untuk Pelajar Di Taman TAR

Menjelang beberapa bulan lagi semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan menghadapi peperiksaan akhir tahun yang sangat penting terutamanya bagi darjah 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR dan PSRA bagi sekolah agama, tingkatan 3 (PMR) dan tingkatan 5 (SPM).

Sehubungan itu satu program solat hajat bagi memohon kepada Allah S.W.T. kejayaan bakal-bakal calon peperiksaan dan qiyamullail dianjurkan oleh Masjid Darul Ehsan Taman TAR pada 15 Ogos 2009, bermula selepas solat maghrib. Turut memberikan kata-kata peransang kepada para pelajar yang hadir ialah YB Khasim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya. Beliau menegaskan betapa pentingnya bagi para pelajar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dengan berasaskan taqwa di samping menghargai pengorbanan ibu bapa.

Turut menyampaikan ceramah yang cukup bermanfaat kepada para pelajar pada malam itu ialah Ustaz Fazlulrahimi Maarop, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang merangkap Ahli Majlis MPAJ. Beliau mengingatkan para pelajar agar sentiasa berdisiplin dalam kehidupan terutama ketika menuntut ilmu. Hormati ibu bapa dan para guru. Di samping berusaha, beliau juga mengingatkan para pelajar agar sentiasa berdoa dan bemunajat kepada Allah, memohon agar dikurniakan ilmu yang beranfaat di dunia dan akhirat.

August 15, 2009

Doa Ketika Terjadi Penyakit Menular - Edisi Mudah Hafal

تَحَصَّنتُ بِذِى الْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ وَاعْتَصَمْتُ بِرَبِّ الْمَلَكُوتِ وَتَوَكَّلْتُ عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لا يَمُوتُ
اِصْرِفْ عَنَّا البَلاءَ وَالوَبَاءَ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Maksudnya:
"Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai Kemulilaan dan Kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang Menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakkal kepada Tuhan yang Hidup dan yang Tidak Mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

August 10, 2009

SUKAN PASTI KAWASAN AMPANG TAHUN 2009/1430H

Pengendali Majlis (MC) pada hari tersebut, Saudara Mohamad Shahril Mohamad Shuhaimi, Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Ampang








Taman Kosas, Ampang 08 Ogos 2009 - Bertempat di Masjid Fatimah Az-Zahra, PASTI Ampang telah berjaya menganjurkan Sukan Tahunan kali yang ke 15 dengan bermotifkan " keluarga sihat sejahtera ".Ianya juga merupakan kerjasama pihak masjid serta Ahli Majlis MPAJ ZON 11, Tuan Haji Abd Aziz bin Ahmad .Hadir sama pada program tersebut ialah YB ADUN Lembah Jaya Tuan Khasim Abd Aziz yang telah merasmikan majlis tersebut.Beliau menyeru supaya ibubapa senantiasa mengawasi anak-anak mereka dari terlibat dengan gejala-gejala negatif yang merosakkan masyarakat kita pada hari ini.
Turut berucap pada majlis tersebut ialah Ustaz Mohd Amir bin Kadir selaku Pengarah PASTI Kawasan Ampang.Sukan kali ini melibatkan 3 buah Pasti Cawangan iaitu Pasti Ilmi Uda Jaya, Pasti Ilmi Taman Ampang Indah dan Pasti Iqra Taman Melur.-ss-

Salah satu acara keluarga, Musang Berjanggut. Ingatkan macam mana la agaknya acara tu, rupa-rupanya kena pilih dan asingkan kacang-kacang yang telah dicampur-aduk sekali. Lepas ni boleh la kawin dengan anak raja.. :D

Salah seorang pemenang cabutan bertuah. Hadiah disampaikan oleh AJK PASTI Ampang, Saudara Abdul Jalil Abdul Halim

August 2, 2009

Perhimpunan mansuhkan ISA berjaya - Cif Komander, Salahuddin Ayub

Ahmad Tajdid | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Aug 01, 09 | 5:57:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Walaupun gagal menyerahkan memorandum menggesa ISA dimansuhkan ke Istana Negara ekoran sekatan pihak polis, Cif Komander Himpunan Mansuhkan ISA, Salahuddin Ayub tetap menganggapnya sebagai berjaya.

ImageKetika dihubungi Harakah sebentar tadi, Salahudin berkata walaupun banyak rintangan dan halangan yang dihadapi para peserta perhimpunan, mereka telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk terus berhimpun secara aman.

Menurutnya, walaupun kerajaan BN menggunakan media massa dan pasukan polis untuk menggagalkan perhimpunan itu, kehadiran puluhan ribu rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membuktikan sokongan padu mereka agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

"Walaupun memorandum tidak dapat diserahkan kepada Istana Negara, kita amat terharu dengan semangat yang ditunjukkan rakyat yang berkumpul secara aman bagi menggesa ISA dimansuhkan," katanya.


ImageMenurutnya, disiplin dan kesabaran tinggi ditunjukkan para peserta perhimpunan dalam menghadapi provokasi dan tindakan ganas pihak polis membuktikan bahawa rakyat negara ini sudah matang dalam melaksanakan hak-hak mereka yang digariskan Perlembagaan termasuk hak berhimpun secara aman.

Ini katanya terbukti apabila tiada harta benda awam yang musnah dalam perhimpunan membabitkan puluhan ribu orang itu.

Mengulas tentang jumlah tangkapan yang tinggi pada perhimpunan kali ini, Salahuddin berkata pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah menyediakan 30 peguam untuk memastikan mereka yang ditahan selamat dalam tahanan polis dan dibebaskan segera.

ImageBeliau yang juga Naib Presiden PAS mahu kerajaan BN melihat perhimpunan hari ini sebagai isyarat jelas daripada rakyat yang menuntut akta zalim itu dimansuhkan.

GMI juga, katanya akan terus mengadakan program susulan bagi menggesa ISA dimansuhkan.

"Kita juga akan tetap menyerahkan memorandum kepada Istana Negara pada minggu hadapan," katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta perhimpunan dan pihak yang membantu menjayakan perhimpunan itu.- tajdid _

sumber : harakahdaily - http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22005&Itemid=1

August 1, 2009

Gambar himpunan mendesak mansuhkan ISA di sekitar Masjid Jamek, Jalan Kuching, Dataran Merdeka dan Pejabat Agung PAS



Agak-agak kenal tak siapa mereka berdua ni? :)

Mesra sungguh mereka, manis-manis belaka mukanya..










The Sharpshooter: Sekali dia 'shoot', berpuluh-puluh wartawan 'shoot' dia.. tahniah!





Sumber gambar: siasahdaily, komen pada gambar: dppka