KUALA LUMPUR, 27 Dis (Hrkh)- 5,000 petugas Pemuda PAS akan berkampung di Kuala Terengganu (P036) bagi membantu melicinkan jentera pilihan raya kecil itu pada 17 Januari nanti.
Petugas-petugas yang dihantar mempunyai tugas dan peranan masing-masing dalam bidang yang dikhususkan.Selain itu, pelbagai aktiviti berdekatan yang akan dijalankan oleh pemuda PAS termasuklah sukan riadah, hiburan alternatif dan kegiatan sosial sepanjang berkempen nanti.
Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan sukarelawan untuk menjadi sebahagian jentera pilihan raya dengan mendaftarkan diri di markas Pemuda bertempat di Kuala Ibai.
Sehingga kini, Pemuda PAS sedang mempersiapkan penempatan untuk petugas-petugas mereka di samping mempergiatkan culaan dari rumah kerumah.
Mengulas pandangan Salahuddin terhadap kemampuan PAS untuk merampas kembali Kuala Terengganu, beliau yakin PAS akan memperoleh kemenangan berdasarkan calon BN yang dikatakan tidak mesra pemuda.
" Kita boleh menang dalam pilihan raya kecil ini, daripada 'feedback' orang muda di Kuala Terengganu, calon BN kurang mesra dengan golongan muda," katanya.-azm _