May 10, 2011

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR - ISU KENAIKAN GULA

KENAIKAN HARGA GULA, BN UNTUNG RAKYAT SENGSARA

Dewan Pemuda PAS Selangor melihat kenaikan harga gula selepas kenaikan harga minyak di pasaran sebanyak 20 sen sebagai satu lagi kegagalan besar BN mengurus tadbir negara. BN cuba menutup kegagalan mereka membendung kenaikan harga gula dengan mengalih dan mencipta isu lain seperti video seks dan kristian. Justeru Dewan Pemuda PAS Selangor untuk sepakat menolak BN dalam PRU ke 13 kerana terbukti walaupun dengan kuasa di hujung tanduk BN tetap membelakangkan kepentingan rakyat. Slogan hanya tinggal slogan tetapi tauke dan kroni tetap diutamakan. Alasan untuk mengurangkan subsidi kerajaan dan digunakan untuk pembangunan lain hanyalah menyerlahkan sikap berlepas tangan dan mungkin BN sudah tak cukup duit maka rakyat dipaksa menanggungnya. Dewan Pemuda PAs Selangor juga menuntut supaya menteri berkenaan meletak jawatan.

HASBULLAH MOHD RIDZWAN
Ketua Dewan Pemuda
PAS Selangor