August 14, 2008

Sayangilah Jemaah Berdasarkan Al-Quran Dan As-Sunnah - Ustaz Nasharudin

IPOH, 14 Ogos /11 Syaaban 1429 - Berucap ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang ke 49, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa meminta kepada semua ahli agar mematuhi beberapa konsep penting dan akhlak berjemaah. Mengulas mengenai isu muzakarah, beliau berkata, PAS adalah untuk pertubuhan dakwah yang akan berdakwah kepada sesiapa sahaja termasuk Umno. Majlis Perasmian Muktamar tersebut bermula kira-kira jam 9.00 malam bertempat di Stadium Indra Mulia.

Menurutnya, beliau faham, tindakan sesetengah ahli yang tidak bersetuju dengan muzakarah tersebut adalah kerana mereka terlalu sayangkan PAS, sayangkan jemaah ini. Namun tegas beliau, sayangilah jemaah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, bukan berdasarkan percaturan politik semata-mata. ~aq