April 6, 2010

Ujian Daripada Allah Menjadikan Azhar Lebih Cekal Dalam Meneruskan Kehidupan


25 Mac lalu Dewan Pemuda PAS Ampang (DPPA) menziarahi Saudara Azhar Yaakob di Ampang Saujana yang menderita sakit Leukimia. Menurut beliau penyakit tersebut telah lama dihidapinya namun terkawal. Kini penyakit tersebut kembali aktif menyebabkannya terlantar dan tidak mampu melakukan sebarang kerja terutama kerja berat.

Saudara Azhar merupakan salah seorang petugas sepenuh masa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu yang membantu kemenangan Pakatan Rakyat di Ampang dan DUN Lembah Jaya.

DPPA yang diwakili oleh Ketuanya sendiri iaitu Ustaz Fazlulrahimi Maarop, Aouis Qarney Mohamed (Timbalan Ketua), Saudara Mohd Shahril Mohd Shuhaimi (Naib Ketua) serta beberapa orang Petugas Jabatan Amal Ampang antaranya Saudara Mohd Adha Isa, Shahman Aderi Hj Mat Sutris, Israq Ismail dan Fathullah Azam menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh Saudara Azhar tambahan pula beliau baru sahaja beberapa hari kehilangan ayahanda tercinta iaitu Saudara Roslan Bain (lihat blog DUN Lembah Jaya). Difahamkan, kos rawatan bagi penyakit tersebut sebagaimana yang dimaklumkan oleh doktor adalah lebih RM10,000.00 bagi rawatan dalam negara. Bagi sesiapa yang ingin menderma bolehlah menghubungi beliau sendiri di talian 018-365 2434 atau bonda beliau Puan Zaleha 017-620 4651. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda.

Takziah daripada DPPA di atas pemergian ayahanda beliau dan semoga beliau segera sembuh daripada penyakit yang dihidapi. Semoga ganjaran besar buat beliau daripada Allah SWT di atas kesabaran dalam menghadapi ujian ini.