December 29, 2009

ORANG KATA " JANGAN "

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jangan biarkan SAJE ayat2 ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!
Wasalam
'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

December 15, 2009

TANGGUNGJAWAB YANG DI AMANAHKAN

FIRMAN Allah swt yang bermaksud: "Orang-orang yang telah diberi mandat berkuasa di atas muka bumi, hendaklah mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menguatkuasakan al makruf (asy syariah) dan mencegah kemungkaran."

Ayat di atas adalah penyata umum dari Allah swt yang menggariskan secara kasar tanggungjawab sebuah kerajaan yang diberi mandat dan kuasa. Gagal melaksanakan tanggungjawab yang digariskan oleh Allah SWT, meletakkan kerajaan tersebut sebagai sebuah kerajaan yang derhaka kepada Allah.

Menyorot sejarah lebih 50 tahun Umno dan BN berkuasa sebagai sebuah kerajaan (Persekutuan) yang diberi mandat oleh rakyat jelas terbukti bahawa Umno dan BN gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT, malah Islam lebih terhalang dan ummatnya lebih tertekan di bawah kepimpinan Umno dan BN.

Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan 'jahat' Umno menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan al Quran. Implikasinya, generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi (al Quran) dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar.

Umno juga mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak 'bodoh' demi mengekalkan kuasa mereka, dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu muslim seperti Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya.

Samalah sebagaimana Umno 'mendera' rakyat yang rata-ratanya berbangsa Melayu beragama Islam di negeri Terengganu sebelum ini dengan merampas royalti minyak petroleum semata–mata kerana Terengganu diperintah oleh PAS pada waktu itu dan kini Kelantan menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman mereka sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Sarawak.

Tindakan menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu berasaskan 'dendam' politik di zaman PAS menguasai negeri tersebut juga turut dilihat sebagai jenayah Umno terhadap ummat Islam..

Bertambah parah apabila Umno kelihatan nekad membantai dan membelasah ummat Islam apabila mereka meruntuhkan institusi ibadah ummat Islam seperti masjid dan surau dan ini pernah berlaku di Kg. Bujal Terengganu, Kampung Berembang di Ampang, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi dan demikian mereka mengunci surau dan masjid seperti apa yang berlaku kepada surau seksyen 18 di Shah Alam, Masjid Fatimah az Zahra’ di Taman Kosas Ampang dan lain-lainnya.

Umno juga bertanggungjawab memberi tekanan ke atas Sekolah Agama Rakyat (SAR) dengan tidak lagi memberi bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama milik rakyat yang mana semua pelajar SAR ini adalah ummat Islam sehingga akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik untuk membekalkan ilmu agama kepada rakyat.

Tiada siapa yang dapat memaafkan Umno apabila mereka menangkap dan memenjara malah menyeksa pemimpin-pemimpin ummat Islam terutama daripada PAS hanya kerana mereka menentang Umno dalam sebuah negara demokrasi.

Pula tidak pernah mereka membicarakan para pemimpin Islam termasuk yang bukan Islam yang mereka tahan secara adil di mahkamah sebaliknya menggunakan akta draconian ISA untuk kepentingan atau survival kuasa politik mereka .

Pemimpin Umno mengambil kesempatan di atas mandat undi rakyat untuk mengautkan keuntungan membina empayar dan kemewahan keluarga dan kroni mereka bertaraf million ringgit, sementara rakyat khasnya yang berbangsa melayu terus melarat sehingga masih ada kampung orang Islam dalam negeri maju di negara ini tidak sampai elektrik dan air.

Bila Umno menjaga Islam? Lihat aksi mereka menjelang pilihan raya. Sasaran mereka ialah Kelantan yang Menteri Besar dan Exco serta rakyatnya majoriti muslim pula berbangsa Melayu.

Mereka dera Kelantan lebih 19 tahun hanya kerana semata-mata Kelantan menolak kepimpinan Umno. Sedang mereka tidak peduli nasib orang Islam di Pulau Pinang yang pernah disebut oleh Tun Dr. Mahathir bagai berada di zaman perang dunia ke-2.

Mereka juga tidak ambil endah kesan ke atas orang Islam di Johor dengan projek Pembangunan Wilayah Iskandar apabila mereka membuka kawasan itu kepada Singapura.

Paling ringan 'azab' yang bakal Umno terima ialah melalui dosanya memaksa pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sedang mereka tidak boleh memaksa pengajian agama Islam menjadi subjek wajib lulus kepada pelajar.

Hari ini barulah mereka bertelagah dan saling mempersoalkan sesama sendiri atas kewajaran tindakan mereka selama ini.

Sudahlah, saya sudah naik jelak apabila Umno cuba bercakap soal Islam sedang ummat Islam jugalah yang mereka tindas dan khianati. Umno menikam ummat Islam dari belakang kemudian berlagak nak bercakap soal Islam.

Umno dan BN bertanggungjawab menyuburkan aktiviti maksiat dan mungkar dengan dasar dan peraturan yang mereka luluskan sepanjang mereka berkuasa. Khatib dan penceramah agama diburu kerana tiada tauliah, sementara mereka yang tidak solat Jumaat bahkan tidak pun mendekati masjid tidak pula diambil sebarang tindakan.

Kalau nak bina masjid, pelbagai syarat ditetapkan. Satu kariah mestilah hanya satu masjid sedang berpuluh–puluh kelab malam atau pusat hiburan boleh dibina atau dibuka dalam satu kariah. Saya ambil contoh mudah ialah kariah bandar Kuantan. Sekitar Masjid Negeri di bandar Kuantan lebih dari 20 buah Kelab malam dan pusat hiburan yang boleh beroperasi sampai jam 1 pagi.

December 1, 2009

DARIPADA ANAS R.A. BAHAWASANYA NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH BERSABDA:
" TIGA PERKARA YANG MENGIRINGI JENAZAH IAITU KELUARGANYA, HARTANYA DAN AMALANNYA. MAKA DUA PERKARA AKAN KEMBALI DAN YANG KEKAL HANYA SATU SAHAJA, IAITU KELUARGA DAN HARTANYA AKAN PULANG DAN YANG TINGGAL HANYALAH AMALANNYA SAHAJA "
( RIWAYAT AL-BUKHARI & MUSLIM )

MUTIARA KATA
SEGALA SESUATU ITU TIDAK PERLU DI LAKUKAN TERGESA-GESA.BIAR LEWAT SEDIKIT TETAPI PASTI SAMPAI TUJUAN ATAU TERCAPAI DENGAN SEMPURNA.
MUNGKIN DAPAT DI SAMAKAN DENGAN FALSAFAH JAWA
BERBUNYI ;
" ALON -ALON WATON KELAKON "