June 1, 2009

PESTA SUKAN PASTI PERINGKAT NEGERI SELANGOR KALI KE - 25











Ijok, Kuala Selangor -31hb Mei 09/ 7 Jamadilakhir 1430; Jabatan PASTI Negeri Selangor telah mengajurkan Pesta Sukan PASTI Negeri buat kali yang ke 25 yang julung-julung kali di adakan di padang awam UNISEL.Pesta sukan ini juga telah berjaya menarik minat dengan penyertaan seluruh PASTI di Negeri Selangor.PASTI Kawasan Ampang juga tidak melepaskan peluang bagi meraikan program tahunan anjuran PASTI Negeri.Komitmen @ kerjasama ini sangat penting untuk sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita untuk melihat generasi akan datang ( anak-anak kita ) dapat menghayati dan mengamalkan adap serta akhlak dalam suasana sukan menurut Islam.Inilah masa dan ruang yang di berikan oleh Allah SWT bagi kita memanfaatkan semaksima mungkin menjelaskan segala kecelaruan yang di hadapi umat akhir zaman ini.Kita sebagai satu gerakan ( jamaah Islam ) perlu menerima dengan hati yang terbuka setiap teguran mahupun arahan daripada pimpinan supaya dapat merealisasikan matlamat untuk mendaulatkan Islam di muka bumi ini.Selain itu juga, ukhuwah di antara kita perlu di pertingkatkan dengan mengadakan perjumpaan/pertemuan @ usrah/muzakarah sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW yang bermaksud " Barang siapa yang membuka jalan yang baik maka baginya pahala dan pahala ke atas orang yang beramal dengannya hingga ke hari akhirat. Sebaliknya barang siapa yang membuka jalan yang buruk maka orang itu akan mendapat dosa dan dosa orang yang mengerjakannya hingga ke hari akhirat. " Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Allah SWT berfirman yang bermaksud;
" Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu perkara maka kembalikanlah perkara tersebut kepada Allah ( Al-Quran ) dan Rasul ( As-Sunnah ) jika kamu benar-benar berIman dengan Allah dan Hari Kiamat."Surah An-Nisa' ayat 59
Antara acara yang di jalankan ialah futsal padang bagi pelajar lelaki dan bola jaring untuk pelajar perempuan.PASTI Ampang telah berjaya menghantar satu pasukan futsal dengan penyertaan tujuh orang pelajar dari PASTI Taman Ampang Indah dan telah berjaya mempertahankan kedudukan di tempat ketiga peringkat kumpulan A.
Tahniah di ucapkan kepada Pengurus PASTI Kawasan Ampang Sdr Ustaz Amir Kadir kerana kesungguhan beliau demi melihat PASTI ini berada di landasannya yang sebenar...