November 7, 2012

MUHASABAH DIRI DENGAN TARBIYAH


  • TARBIYAH bukanlah segala-galanya, tetapi segala-salanya dapat diraih dengan TARBIYAH.
  • Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf seandai kasih tak setulus Zulaikha. Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
  • Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh. Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan iman.
  • Jauhi sifat amarah, kerana amarah itu merosakkan iman, sebagaimana jadam yang pahit merosakkan madu yang manis.
  • Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya. Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara'. Sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.
  • Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, dia akan diberikan petunjuk sehingga dia mengenali hak dan batil. Ini akan menjadi sebab musabab kepada kejayaan serta pelepasan dirinya dari masalah di dunia, serta sebab musabab kepada kebahagiannya di akhirat. 
  • Bila dirimu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan  hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila dirimu rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisi mu. Bila dirimu telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu, kecewa dan keliru, Allah ada jawapannya.
  • Orang-orang yang berilmu berada di dalam kebinasaan kecuali mereka yang beramal. Mereka yang beramal juga berada di dalam kebinasaan, kecuali golongan yang ikhlas. Golongan yang ikhlas ini pun masih belum selamat sepenuhnya dari bahaya besar di sisi Allah.
  • Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Allah, kerana kekayaan dan kesenangan selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.
  • Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah beri untuk menguji apakah kita boleh bersyukur kepada Nya. Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur, kemudian ditambah lagi nikmat.