8 November 2010, Taman Kosas - Ratusan jemaah dari Ampang dan Pandan tidak melepaskan peluang berjemaah di Masjid Fatimah Az-Zahra' di sini bagi meraikan dan mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Pusat.
Bersempena dengan bulan haji ini, Tuan Guru menghuraikan sejarah haji dan kota Makkah dari perspektif ketaatan kepada perintah Allah SWT dan usaha dalam memartabatkan Islam di atas muka bumi ini seperti mana yang telah diusahakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebelum berhijrah ke kota Madinah. Kupasan yang cukup ilmiah, menarik dan padat dengan fakta. Di hujung kuliah, Tuan Guru menyatakan, di dalam menghadapi cabaran dan tentangan dunia kepada Islam, hanya terdapat dua 'batu pejal' yang tidak mampu dipecahkan oleh mana-mana senjata canggih para kuffar iaitu Al-Quran dan kota suci Makkah. Selagi umat Islam berpegang teguh dengan Al-Quran dan selagi mereka mengunjungi dan sentiasa bercita-cita untuk menunaikan fardu haji di Makkah, insyaAllah selama itulah umat Islam akan terus utuh dari sebarang serangan dan ancaman musuh di sekeliling mereka.
Kuliah selama lebih sejam itu berakhir pada jam 8:35 malam. Seluruh jemaah mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Tuan Guru sejurus selepas solat Isya'. Semoga apa yang disampaikan oleh Tuan Guru dapat sama-sama kita amalkan dan semoga kehadiran Tuan Guru di Ampang memberikan suntikan baru kepada PAS Ampang dalam menghadapi pilihanraya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.