November 9, 2009

Amran Selamat Jalani Pembedahan Pintasan Koronari Jantung

Ampang, 9 November 2009 - Baru pagi tadi beberapa orang wakil dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang (DPPA) berkesempatan menziarahi Ketua Penerangan PAS Kawasan Ampang, Saudara Amran yang dimasukkan ke bilik 511, Hospital Pakar Ampang Puteri selepas diserang sakit jantung pagi Jumaat lepas. Beliau yang telah selamat menjalani pembedahan pintasan koronari jantung itu kelihatan beransur sihat walaupun masih lemah.

Wakil DPPA yang menziarahi beliau pagi tadi ialah Ketua Pemuda iaitu Ustaz Fazlulrahimi Maarop, Aouis Mohamed, Saudara Shahman dan Adha. Turut hadir menziarahi Saudara Amran pada masa itu ialah mantan Timbalan YDP Tuan Haji Razain Mohd Nor. Semoga Allah SWT mempercepatkan kesembuhan saudara Amran untuk terus sama-sama di medan perjuangan ini. Amiin.