September 14, 2009

IFTHOR JAMA'E PEMUDA PAS AMPANG






Dewan Ar-Ridhuan, Taman Dagang Jaya Ampang- 12 Sept 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430 Dewan Pemuda PAS Ampang telah menganjurkan Majlis berbuka Puasa Peringkat Kawasan Ampang.Sebelum majlis tersebut, satu Program Konvoi PAS Negeri Sel. berjaya di adakan di bazaar Ramadhan Bandar Baru Ampang yang melibatkan Timb. Pesuruhjaya 1 PAS Negeri iaitu YB Iskandar Abdul Samad. Beliau juga telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang aktivis PAS Kawasan Ampang.Kelihatan beberapa petugas Unit 'amal Ampang mengawal keselamatan pada hari kejadian.Selepas program tersebut, semua pemuda terus ke Dewan Ar-Ridhuan untuk berbuka puasa.Turut hadir di majlis berbuka puasa anjuran pemuda ini ialah salah seorang Naib Presiden PAS Pusat Ybhg. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sebelum berbuka , Dewan Pemuda juga meraikan bacaan Tahlil Arwah kepada hajat ibubapa Pasti Taman Dagang Jaya yang juga telah memberikan sokongan kepada majlis yang bermakna ini. Di anggarkan di antara 50-60 orang Pemuda yang hadir pada majlis tersebut termasuk pimpinan PAS dan Muslimat Ampang.Mudah-mudahan , kita semua menjadi hamba Allah yang bertaqwa...