Berdoa kepada Allah S.W.T sangat - sangat di anjurkan.
Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran ;
" Telah berkata Tuhan kamu, berdoalah kepada-Ku nescaya Aku qabulkan permintaanmu ".-
Surah Al- Ghafir : 60
FirmanNya lagi ;
" Serulah Tuhanmu dengan merendahkan diri dan secara sembunyi-sembunyi ".
Surah Al- A'raf : 55
* Ingatlah wahai muslimin dan muslimat, Baginda Nabi SAW memperingatkan kita bahawa doa kita tidak akan di qabulkan oleh Allah SWT jika kita makan, minum dan melakukan perbuatan-perbuatan yang haram. Berdasarkan hadith riwayat Muslim r.h.
* Di dalam kitab Ihya' Ulumiddin, Al-Hujjah Al- Islam Imam Al- Ghazali r.h. berkata, adab berdoa itu ada sepuluh iaitu :-
1. Tunggu pada waktu yang mulia seperti hari 'Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, waktu sahur dan sebagainya.
2. Memilih keadaan yang mulia seperti ketika sujud, di medan jihad, turun hujan dan sebagainya.
3. Mengadap kiblat.
4. Imbangkan suara, jangan terlalu kuat.
5. Jangan bersajak ketika berdoa, maksudnya jangan melampau-lampau dalam susunan kata.
6. Merendah diri, khusyuk dan menyimpan perasaan takut.
7. Bersungguh-sungguh dan yakin doa di qabulkan
8. Serius ketika berdoa dan terbaik di ulang -ulang sebanyak tiga kali.
9. Mulakan doa dengan menyebut nama Allah SWT serta solawat keatas Nabi Muhammad SAW
10. Dan yang paling penting sekali hendaklah bertaubat nasuha, dan kembalikan barang yang di zalimi dan kembalilah kepada Allah SWT. Amiiin