July 14, 2009

GOTONG-ROYONG UNIT 'AMAL BERSAMA KETUA PEMUDA AMPANG





































AHAD, 12 JuLai 2009 / 19 REJAB 1430, 09:40:23
Satu majlis gotong-royong membersihkan persekitaran kawasan Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya berhampiran Masjid Darul Ehsan telah diadakan pada 12hb. Julai 2009. Majlis gotong-royong yang dikenali sebagai Gotong-royong AMAL sempena kempen BERSIH, INDAH dan HIJAU ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Khasim bin Abdul Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya. "Orang ramai khususnya penduduk setempat hampir untuk menghadiri dan menyertai gotong-royong ini", kata pengerusi penganjur yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Ampang, Ustaz Fazlul Rahimi Maarop. Jangkaan seramai 50 orang peserta akan menyertai gotong-royong ini tercapai.Di samping Jawatankuasa Pengajur, gotong-royong tersebut juga mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada Pejabat ADUN Lembah Jaya, Ketua Kampung Melayu Ampang, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) , Belia Islam Ampang (BISA) dan Unit ‘Amal Ampang. Terdapat pokok – pokok yang di tebang dengan peralatan seperti mesin pemotong pokok, kapak serta cangkul atau penyodok untuk kerja-kerja pembersihan longkang telah berjaya di laksanakan.
Antara ucapan Perasmian, YB Khasim mengharapkan agar pemuda-pemuda sensitif terhadap isu-isu negara serta cabaran masa depan yang memerlukan komitmen yang tinggi.
" pemuda adalah aset ummah dan ia memerlukan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan " tambah beliau.
Alhamdulillah, program ini selesai jam 2 petang dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah kerana segalanya berjalan dengan baik dan mudah-mudahan kita sama-sama mendapat keredhoanNya di dunia dan di akhirat.Amiin.
Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat menjayakannya.- ss -