June 19, 2009

Menjelaskan Kekeliruan SMS Harakah

sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/06/menjelaskan-kekeliruan-sms-harakah.html

RM 0.00 : Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, umpamakan perbincangan PAS - UMNO itu satu usaha berdakwah Nabi Musa kepada Firaun , bukan bertujuan sertai UMNO - HRKH

Demikian nas sms dari Harakah yang difoward kepada pelanggannya seluruh negara . Ianya menimbulkan kekeliruan berikutan isu terkini yang sedang hangat dibicarakan .

Saya rasa tidak adil jika wawancara lebih sejam bersama wartawan malaysia kini hanya dirumus seringkas 4 atau 5 baris ayat sahaja .

Sebenarnya saya bukan bercakap soal perbincangan PAS - UMNO tetapi saya sedang bercakap mengenai prinsip dakwah yang dibawa oleh PAS .

Dakwah PAS mensasarkan semua madu'unya termasuk UMNO dan BN . Sekalipun UMNO dan BN adalah sesat dan zalim , kita tetap akan membawa Islam ini kepada mereka dengan pelbagai kaedah dan pendekatan .

Amalan yang paling afdhal ialah kalimah yang haq di hadapan pemimpin yang zalim , demikianlah penegasan yang pernah dibuat oleh Rasulullah saw. Justeru itu , biarlah sezalim mana pemerintah itu , kita akan pergi kepadanya untuk membawa Islam yang suci ini .

Sebagaimana Allah swt menghantar Nabi Allah Musa as. kepada Firaun raja yang zalim untuk menyampaikan Islam kepadanya.

panjang lagi wawancara itu . semoga penjelasan ini menyingkap kekeliruan.