June 10, 2009

ALHAMDULILLAH, KELAB PENYOKONG TERUS BERI KOMITMEN

Naib Pengerusi Kelab Penyokong PAS, N. Balasubramaian meminta semua ahli Kelab memberi kepercayaan kepada pucuk pemimpin PAS dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Menurutnya, beliau banyak menerima panggilan telefon dan pertanyaan daripada ahli Kelab dari seluruh negara mengenai isu berkaitan. “Saya menerima banyak panggilan telefon daripada ahli kelab dari seluruh negara yang dan kebanyakan mereka bimbang PAS akan bekerjasama dengan Umno-BN,” katanya ketika ditemui di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri dekat sini. Namun secara jujur Balasubramaniam mengakui beliau sendiri belum mendapat maklumat dan penjelasan terperinci mengenai perkara itu daripada pucuk pimpinan parti. Jelasnya, ahli-ahli Kelab begitu sensitif mengenai isu berkenaan kerana bimbang masa kedudukan kelan penyokong PAS apa yang di gambarkan media tentang kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan. Bagaimanapun, kerana beliau sendiri belum mengetahui apa-apa, ini bermakna perkara itu hanyalah permainan media lawan semata-mata dan ahli tidak perlu melayan propaganda media arus perdana yang dikusai BN. “Jika ada apa-apa tentulah pimpinan parti akan membuat penjelasan terperinci menganinya kepada semua ahli dan kelab penyokong,” ujarnya. Menurut Balasubramaian, apa yang perlu kini ia tumpuan kepada kepada pilihan raya kecil Manik Urai yang bakal menjadi medan pertandingan antara PAS-BN/Umno. Piliharaya ini bakal menguji populariti Umno di negeri Kelantan yang dikuasai PAS serta ujian juga kepada kepimpinan baru Umno dan PAS. Kelab penyokong, kata beliau akan membuka Bilik Gerakan di Manik Urai bagi memastikan PAS dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan.