May 15, 2009

Usrah Pertama Dengan Kepimpinan Baru, Idea Baru, Semangat Baru

Ustaz Safawi (kiri) menerima sumbangan daripada Ustaz Fazlulrahimi

Sepertimana yang telah diterima oleh cawangan-cawangan lain, kali ini cawangan Tasik Tambahan pula berpeluang menerima sumbangan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan. Disampaikan dalam satu program usrah cawangan tersebut yang pertama diadakan di bawah kepimpinan barunya yang diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Safawi Sazili Al-Hafiz, imam Masjid Al-Ubudiah oleh Ketua Dewan Pemuda Kawasan Ustaz Fazlulrahimi Maarop, bertempat di Jalan 5/21 Tasik Tambahan, Ampang pada 13 Mei 2009 yang lalu.

Dalam tazkirahnya Ustaz Fazlul mengingatkan semua ahli agar beristiqamah dalam perjuangan sama ada ketika susah mahupun senang kerana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang membantu agama Agama Allah ini amat besar sekali. "Biar kita mati dalam perjuangan sepertimana yang dinikmati oleh bekas Presiden PAS Al-Fadhil Dato' Haji Fadzil Mohd Nor" ujarnya.

Bekas Ketua Cawangan Saudara Abdul Jalil Abdul Halim yang sebelum ini agak cemerlang dalam memimpin cawangan dilihat begitu komited dalam membimbing dan menurunkan apa sahaja ilmunya kepada kepimpinan baru. Semoga gandingan baru dan lama ini akan membawa PAS Cawangan ini bergerak lebih dinamik lagi.

Semoga Allah S.W.T. memberikan kekuatan kepada seluruh pejuang-pejuang Islam dan tidak mudah berputus asa dari rahmatNya, insyaAllah.

Saudara Abdul Jalil mempengerusikan majlis

Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Fazlulrahimi sarat dengan ilmu

Sebahagian ahli PAS Cawangan yang hadir

Muslimat cawangan

Mencatit ilmu adalah merupakan salah satu syarat menuntut ilmu