January 4, 2009

KENYATAAN MEDIA 19 DISEMBER 2008 LAPORAN KAJIAN BUKIT ANTARABANGSA - tvpas.com

Kerajaan Negeri Selangor hari ini menerima satu salinan laporan ringkas geo-teknikal Bukit Antarabangsa daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dihantar melalui pihak polis. Laporan tersebut akan dikaji dan dinilai bersama semua agensi serta Jabatan Kerajaan Negeri yang terlibat bagi membolehkan status keselamatan di lima kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa diketahui.

Berikutan itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan akan hadir ke Bukit Antarabangsa bagi membuat pengumuman keputusan kajian status kawasan kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut pada hari Ahad ini, 21 Disember 2008 pada jam 10 pagi. Keputusan ini bakal menyaksikan pelan tindakan, kaedah pelaksanaannya dan seterusnya langkah-langkah yang patut diambil oleh pihak kerajaan negeri yang akan direncanakan.

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor