January 7, 2009

Isu Kemas: Harap Zahid Hamidi tunjukkan sifat haji mabrur - harakahdaily

Drs Khalil Idham Lim
Tue | Jan 06, 09 | 12:42:13 pm MYT

Kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu dakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi .

Menurutnya beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Kenyataannya dalam Utusan Malaysia juga menyatakan sesetengah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka.

Saya menafikan tohmahan yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi. Sesungguhnya apa yang didakwa oleh beliau saya anggap dakwaan yang tidak berasas dan kerana takut kan kepada "bayang-bayang" sendiri. Janganlah membuat sesuatu kenyataan dan tohmahan yang standardnya sama dengan mentaliti pelajar KEMAS, atau sama mentaliti dengan pengerusi JKKP yang ada otak tapi tidak ada akal?

Kenyataannya yang merujuk kepada "beberapa pegawai Kemas", Pejabat Daerah dan Pengerusi JKKP adalah terlalu umum dan merupakan kenyataan yang tidak boleh diterima sama sekali dan suatu fitnah yang tidak berasas. Apa lagi sekiranya tuduhan itu dilemparkan kepada Pegawai Daerah; tidakkah Zahid Hamidi sedar pegawai itu adalah Pegawai Tadbir Diplomatik yang ada kaitan langsung dengan Kerajaan Pusat.

Sekiranya beliau bertanggung jawab saya mencabar beliau mendedahkan secara specifik siapakah, dan dimana kejadian yang didakwa itu berlaku. Tunjukkan sifat haji mabrur yang diperolihi semasa Datuk Seri mengerjakan haji baru-baru ini.

Malah saya bersetuju dengan kenyataannya yang dipetik, "Kerajaan Perak tidak berhak mengguna dan mengendalikan program dalam bangunan yang dibina sendiri oleh Kerajaan Pusat," dan kerana itulah kami tidak melakukan apa-apa arahan dan tindakan apa lagi menganggu pentadbiran Tadika KEMAS.

Adakah setelah menunggu selama 9 bulan supaya Kerajaan Negeri Perak melakukan sesuatu tindakan balas dendam dan menganggu KEMAS tetapi ternyata tidak kami lakukan, dengan itu mereka cipta cerita mengatakan kami menganggu Tadika KEMAS.

Sebetulnya kami tidak ada masa untuk menganggu Tadika KEMAS. Nasihat saya teruskan kerja lama anda walaupun nampak sangat double standard.

Contohnya, tanyalah di Parit Buntar berapa Tadika Kemas yang kami ganggu khususnya dalam DUN Titi Serong. Apa yang saya sedang rancang kan ialah akan pergi melawat semua tadika tersebut kalau mampu di awal persekolahan ini, sekadar bertanya khabar kepada guru dan ibubapa dan anak-anak yang bersekolah di situ.