December 30, 2008

Umno Ketandusan Pemimpin, Cerdik Pandai Banyak Sertai Pembangkang - Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain

"Minta maaf cakap, Umno memang ketandusan pemimpin, cerdik pandai kebanyakannya sertai pembangkang", itu respon Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain sebagai panelis apabila ditanya oleh Prof. Dr. Agus Yusuf dalam program Hujah di TV9 29 Disember 2008 berkenaan dengan kewibawaan calon-calon pucuk pimpinan Umno dalam pemilihan akan datang. Ada benarnya juga pandangan Prof. Atory tu bila rujuk artikel dalam Malaysiakini. Program Hujah semalam dibarisi oleh dua orang ahli panel termasuk Datuk Fuad Hassan, seorang bekas Adun Hulu Kelang. Begitulah, bila tiba pertolongan Allah 'musuh' politik akhirnya bersama PAS.

Di samping itu, Datuk Fuad Hassan pula berpendapat bahawa Umno kini tersepit dalam budaya keutuhan sistemnya sendiri dimana sekiranya seseorang pemimpin sudah berada di suatu kedudukan yang baik, maka payah untuk pemimpin tersebut untuk jatuh atau disingkirkan. Budaya tersebut menurutnya memang sedia dimaklumi di semua peringkat ahli dalam parti.

Wallahu A'lam, mudah-mudahan mereka semua diberi hidayah oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala selagi masih ada kesempatan.