December 27, 2008

Kursus Kesempurnaan Solat Anjuran Bersama Masjid Ubudiah Terima Penyertaan Lebih 140 Peserta


Tasik Tambahan, 21 Dis 2008 - Masjid Ubudiah sekali lagi diimarahkan dengan kehadiran lebih 140 orang remaja berusia dari 9 hingga awal 20an berikutan Program Kursus Kesempurnaan Solat (Remaja).


Program kali ini adalah program kedua anjurannya. Jika program pertama dahulu (modul 1) merangkumi subjek Bersuci dan Solat dari aspek rukun dan perkara-perkara yang membatalkannya, program modul ke-2 kali ini pula menghuraikan perkara-perkara berkaitan dengan solat jemaah dan masbuq muwafiq di samping perkara-perkara asas yang terdapat di modul 1.


Program ini menampilkan dua orang penceramah tetapnya iaitu dua orang imam. Pertama, Imam Masjid Ubudiah sendiri iaitu Al-Fadhil Ustaz Syafawi Sazili Al-Hafiz dan Ustaz Hasri Muh Nasir, Imam Masjid Fatimah Az-Zahra Taman Kosas.