November 11, 2008

Persatuan Masjid Dan Surau Malaysia


Salam sejahtera buat semua rakan-rakan yang selalu memantau blog-blog yang bermanafaat. Semalam saya hadir dalam kuliah maghrib bulanan di Masjid Proton. Selesai kuliah, ada sedikit perbincangan dengan ahli jemaah masjid. Keluar satu idea yang bagi saya amat menarik dan perlu diketengahkan agar menjadi sesuatu yang mampu dilaksanakan.

Kata sahabat kita ini beliau seorang peguam, kita janakan RM1.00 setiap ahli jemaah masjid atau surau di seluruh Malaysia untuk menubuhkan dana masjid. Dengan seringgit tersebut kita mampu menjana beratus-ratus juta ringgit untuk kepentingan umat Islam.

Bagi merealisasikan idea ini, kita perlu wujudkan satu sektretariat yang didukungi oleh mereka yang ikhlas, jujur dan amanah dalam mengendalikan dana yang banyak jumlahnya.

Saya juga pernah melontarkan satu program kepada banyak surau masjid yang saya pergi, iaitu dengan menubuhkan "Masjid Care", bagi menyediakan perkhidmatan yang pelbagai kepada masjid dan surau seluruh malaysia, dan saya sedang merangkakan kertas kerjanya.

Idea untuk menubuhkan satu NGO mungkin boleh dikedepankan bagi tujuan kesatuan dan kekuatan ekonomi umat Islam. Masjid surau perlu digerakkan, agar mengetuai perancangan ini.
Kalaulah ada, mana-mana ahli koprat dan individu yang membaca blog saya ini dan mempunyai kemampuan untuk memulakannya, saya amat berbesar hati untuk membantu menggerakkannya.

Kita mempunyai ramai ilmuwan/ustaz-ustaz yang mengajar di seluruh masjid terutama di Selangor dan Wilayah Persekutuan, mereka ini boleh bantu pada bila-bila masa sahaja. Saya dapat gambarkan kalaulah idea ini menjadi, betapa besarnya dana umat islam yang mampu kita kumpulkan untuk kepentingan umat islam. Tetapi saya juga sedar, memang nak jadi tu memang sukar dan perlukan banyak usaha dan pengorbananan. Itu dah lumrah. Semoga mendapat respon daripada semua rakan-rakan yang prihatin.