Thursday, September 11, 2008
Kalau dulu tulisan Jawi diketepikan kerana sekularisasi pendidikan dan minda pemerintah, kini tulisan Jawi akan dipenjurukan lagi oleh pakatan liberal-pragmatik yang akan terus mempertikaikan sisa budaya Melayu-Islam yang masih ada.
Lebih menyedihkan hati saya, ada kumpulan tuan guru yang bersekutu bersama gerakan liberal-pragmatik ini. Bagaimana satu pihak Harakah memperjuangkan tulisan Jawi, satu pihak pula boleh pejam mata terhadap kawan sebantal yang menggunjing tulisan Jawi?”
Ada sahabat blogger lain menyatakan begini:
“Di mana Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mempertikaikan tulisan Jawi di papan nama sebuah jalan di ibu kota? Kejadian beserta gambar yang saya sertakan ini membuktikan betapa murah dan hinanya bahasa Jawi pada pandangan bangsa lain. Malang sungguh nasibmu bahasa Jawi. Tidak ada seorang pun di kalangan Melayu/Islam membela nasib mu." Sila klik di sini:
Pandangan saya, elok dikekalkan tulisan Jawi di label jalan-jalan yang sudah sedia ada, ataupun ditambah lagi. Dan dalam masa yang sama, masukkan sekali tulisan Cina pula. Langkah ini, saya kira, sangat elok bagi industri pelancongan kita.
Tindakan YB Terasa Kok (DAP Seputih), kalau benar, saya rasa keterlaluan. Jangan pula tulisan Jawi menjadi mangsa. Saya minta Pakatan Rakyat pandai dan berhemah dalam hal ini. Benar kata saudara Faisal Tehrani, “Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini. Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.”
Faisal berkata lagi, “Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.
Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.”
YB Iskandar Samad, Exco Selangor juga menyatakan dalam blognya bahawa “Walaupun ianya melibatkan kawasan YB itu, kawasan majoriti Cina, tetapi jarang sekali DBKL begitu pantas memenuhi permintaan parti-parti pembankang. Menukar papan-papan tanda jalan bukan satu perkara yang kecil. Jadi adakah ianya bertujuan untuk mendapatkan undi-undi untuk BN atau terdapat agenda politik lain? Sudah tentu penukaran itu akan menjadikan YB Teresa “heroine” kepada pengundi-pengundi Seputih dan tidak akan menguntungkan BN. Jadi kenapa dilakukan?
Kata Iskandar lagi, “Saya berpendapat impak yang diharapkan bukanlah di Seputih tetapi di seluruh negara. Bukan kepada orang Cina atau masyarakat bukan Islam yang lain tetapi impak yang diharapkan adalah di kalangan orang Melayu, orang Islam.” Sila baca komentar penuh di sini.