July 26, 2011

Sekitar Hit & Run Pasar Tani Taman Ampang Indah - 24 Julai 2011, 8 Pagi


24 Julai 2011, Taman Ampang Indah - Menyedari kepentingan gerak kerja berterusan  menyampaikan maklumat kepada masyarakat, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang (DPPA) pagi ini meneruskan rutin mingguan mereka dengan mengedarkan risalah-risalah berkaitan PAS dan pentadbiran Negeri Selangor serta sedikit ucapan daripada Ketua DPPA, al-Fadhil Ustaz Fazlulrahimi Maarop.

Ustaz Fazlulrahimi menyampaikan ucapan. Turut kelihatan Timbalan Ketua DPPA, Saudara Mohamad Shahril Mohamad Shuhaimi



July 21, 2011

Setiap Individu Wajib Bangkit Cegah Kemungkaran - Bob Lokman


19 Julai 2011, Taman Sri Ampang - Kehidupan lebih bersama perjuangan Islam. Itulah pengalaman yang dirasai oleh selebriti Bob Lokman ketika menceritakan pengalaman beliau sejak mula mengisytiharkan diri sebagai ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS). Menurutnya dahulu beliau tidak peduli tentang kepimpinan negara, namun setelah melihat kemungkaran yang semakin berleluasa beliau bertekad untuk bertindak dan tidak mendiamkan diri lagi. Beliau yang merupakan cicit kepada ulama nusantara terkemuka Tok Kenali mendapat didikan awal dari datuknya iaitu anak sulung kepada Tok Kenali.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang Ustaz Fazlulrahimi Maarop bertindak sebagai moderator memeriahkan majlis dengan soalan-soalan dan pandangan-pandangan yang mantap  mengiringi ucapan Bob. Majlis bermula jam 9:30 malam dan berakhir jam 12:00 malam dengan laungan Takbir, ALLAHU AKBAR!!.

















July 14, 2011

Program 2 Jam Yang Indah Bersama Bob Lokman Di Taman Sri Ampang


Semua Dijemput Hadir

Program dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fazlulrahimi Bin Maarop, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang dan dirasmikan oleh YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya merangkap YDP PAS Kawasan Ampang.