January 17, 2011

GAMBAR KENANGAN BERSAMA BOLASEPAK 9 S PIALA KP SELANGOR










DUN LEMBAH JAYA NAIB JUARA PIALA KETUA PEMUDA PAS SELANGOR 2011 / 1432

Setia Alam, Shah Alam - 16hb Januari 2011 merupakan hari yang bersejarah buat Dewan Pemuda PAS Ampang kerana berjaya mendapat Naib Juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Antara DUN Selangor bagi tahun 2011 / 1432h.
Sejumlah 40 DUN seluruh Selangor telah menyertai pertandingan kali ini.Pemuda PAS Ampang berjaya menguruskan 2 Dun iaitu Dun Bukit Antarabangsa dan Dun Lembah Jaya.
Pasukan yang mewakili Dun Bkt Antarabangsa, Kelompok Camar FC hanya mendapat tempat ketiga dalam kumpulan C menyebabkannya gagal mara ke pusingan kedua.
Sementara itu, pasukan yang mewakili Dun Lembah Jaya berjaya mengharumkan nama Dun dengan mendapat tempat kedua  ( Naib Juara ) keseluruhan akibat tewas 3 - 0 di tangan pasukan dari Dun Bukit Melawati ( team kelab PDRM ).
Walau bagaimanapun, kita menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka memandangkan pemain kita agak keletihan dan hampir semua pemain mengalami kecederaan.
Alhamdulillah, kami mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan yang mewakili Dewan Pemuda PAS Ampang kerana telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang seharian kita berada di sana.Turut sama-sama meraikan, Ketua Pemuda PAS Ampang Ustaz Fazlul Rahimi Maarop.
Mudah-mudahan , kita sama-sama mendapat keredhoan dari Allah SWT dan Insya Allah kita meneruskan kesinambungan perjuangan para pejuang Islam yang terdahulu...
Amiin Ya Rabbal 'alamin.

January 13, 2011

SEJARAH: Penderhaka Raja Yang Sebenar


Gambar petikan Fikrah Harakah 10-12 Safar 1432 / 14-16 Januari 2011 | Fokus halaman F5, artikel bertajuk 'Umno-BN penderhaka Raja yang suka memutarbelit fakta' oleh Wan Nordin Wan Yaacob



January 7, 2011

Kenyataan Media Presiden: Krisis Pelantikan Jawatan SUK Selangor

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa krisis perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku ini adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Perlu diketahui bahawa segala peraturan pengurusan perjawatan dan perkhidmatan pegawai adalah sebenarnya dirangka dengan matlamat melaksanakan urusan pentadbiran sesebuah kerajaan supaya lebih efisyen, menjaga kepentingan rakyat, jauh dari sikap menekan apatah lagi menzalimi mana-mana kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Dalam pilihanraya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor. Di atas asas yang sama maka sepatutnya agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut.

Mereka sepatutnya mengambilkira budi bicara dalam membuat pelantikan, dengan memahami hasrat serta kehendak kerajaan negeri Selangor ini khususnya dalam perlantikan SUK. Sikap melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma yang dianut oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO-BN.

Kita semua menyedari bahawa UMNO-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka. PAS mengingatkan bahawa usaha pencabulan konsep Federalisma ini akan mengakibatkan berlakunya kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional. Kerajaan UMNO-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi. Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat.

PAS juga ingin mengingatkan kepada UMNO-BN, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan di pihak mereka, ianya tidak akan menjamin BN untuk terus kekal sebagai pemerintah. Dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk UMNO-BN.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
1 Safar 1432 H/ 6 Januari 2011

January 5, 2011

"Serangan Ke Atas Gereja Coptic Orthodox Adalah Di Kutuk"

“Serangan ke atas Gereja Coptic Orthodox adalah di kutuk”

by YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang on Wednesday, 05 January 2011 at 09:27
 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ke atas gereja Coptic Orthodox di Iskandariah, Mesir beberapa hari lalu yang telah mengorbankan lebih dari 20 nyawa. Bagi pihak PAS, letupan bom yang dilakukan ke atas gereja tersebut sesuatu yang menyedihkan dan menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.

Islam melarang umatnya melakukan serangan ke atas mana-mana rumah-rumah ibadah walaupun di waktu tercetusnya peperangan. Malah Allah SWT menegaskan di dalam Al-Quran supaya umat Islam tidak mencela berhala-berhala sembahan penganut agama lain.

Tambahan pula sebilangan besar golongan Kristian Coptic di Mesir ini sejak sekian lama bersama dengan komuniti antarbangsa dalam usaha membebaskan Palestin daripada penaklukan regim haram Israel. Maka mereka sepatutnya diraikan dengan baik sebagaimana diajar oleh Nabi Muhammad SAW.  Tindakan memusnahkan rumah ibadat sebegini adalah tindakan paling tidak bertamadun dan amat dikutuk oleh ajaran Islam. 

PAS mengharapkan insiden ini bukanlah satu sabotaj yang bertujuan untuk melaga-lagakan umat Islam dengan penganut Kristian. PAS juga berharap supaya penganut semua agama di Malaysia bersikap toleransi sesama mereka dengan meningkatkan kefahaman beragama sesama kita. Ia selaras dengan usaha untuk membangunkan negara yang harmoni yang diterima oleh semua.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
29 Muharam 1432 H /  4 Januari 2011