July 28, 2010

SIAPA KAH ORANG MUDE ?


Siapa orang muda?
author_photo("Puspawati Rosman")
Puspawati RosmanJul 27, 1010:18am
Kongsi 68Kita sering mendengar beberapa ayat yang menyentuh mengenai 'orang muda'. 'Dunia ini milik orang muda', 'kita memerlukan tenaga orang muda', dan macam-macam lagi.Masalahnya, siapa itu orang muda? Apa bezanya hak orang muda dan orang tua di Malaysia?
Bagaimana pula dengan belia? 'Belia' tu muda juga kah? Kanak-kanak pula bagaimana? Adakah mereka dari spesis lain? Pernahkah anda rasa nak termuntah, bila seseorang yang rambutnya sudah beruban dan berperut boroi, mengaku dirinya sebagai orang muda dan belia?Bagi sesetengah orang, muda atau tua itu adalah perkara yang subjektif. Kalau umur tua tapi hati muda, maknanya kita masih muda. Banyak juga teknologi moden di zaman serba canggih ini yang boleh mengubah si tua menjadi si muda. Ada juga orang muda yang mahu cepat tua supaya pandangannya diambil serius. Tapi, bagaimana pula dari segi undang-undang?
Saya cuba mencari jawapan siapakah sebenarnya anak muda dari segi undang-undang, tetapi jawapan yang saya temui tidak memuaskan hati saya. Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan bahawa kanak-kanak ialah mereka yang berumur di bawah 18 tahun.
Akta ini juga memperuntukkan bahawa bagi kanak-kanak yang dibicarakan atas mana-mana kesalahan, kanak-kanak tersebut haruslah dibicarakan di mahkamah yang berasingan daripada orang dewasa, kecuali di dalam beberapa keadaan yang khas.Terdapat juga beberapa peruntukan di dalam akta tersebut yang memberikan layanan yang berbeza bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
Dahulunya terdapat Akta Kanak-kanak dan Orang Muda, yang mana kanak-kanak ialah mereka yang berumur di bawah 14 tahun, manakala orang muda ialah mereka yang berumur di antara 14 hingga 18 tahun. Tetapi akta ini tidak lagi digunapakai.Menurut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 pula, belia ialah mereka yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun. Ini bermakna, kalau seseorang itu berkahwin pada umur 24 tahun dan mendapat anak pada umur 25 tahun, beliau dan anaknya akan sempat 'membelia' bersama-sama selama setahun.
Hubungan seksJadi, sekiranya anda berada di antara usia 15 hingga 18 tahun, anda boleh jadi kanak-kanak, orang muda dan juga belia sekaligus, tetapi layanan yang anda dapat adalah berdasarkan situasi.Jika
anda melakukan kesalahan jenayah, anda akan dilayan seperti kanak-kanak, tetapi jika hendak menyertai mana-mana persatuan belia, anda akan dilayan seperti orang dewasa lain di bawah umur 40 tahun.Sekarang, mari kita bercakap tentang seks. Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa sekiranya seseorang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kerelaan kanak-kanak perempuan tersebut, ia dianggap secara jenayah rogol. Jika kanak-kanak perempuan tersebut berusia di antara 16 hingga 18 tahun, walaupun beliau masih seorang kanak-kanak, ia bukan lagi satu jenayah (jika bukan Islam), tetapi hanyalah masalah moral.Persoal
annya, bagaimana pula jika pasangan seks kanak-kanak perempuan tersebut juga masih di bawah umur? Adakah kita patut melayan kanak-kanak lelaki tersebut sebagai seorang penjenayah, atau pesalah moral? Pada masakini, kebanyakan kes-kes yang melibatkan 'perogol statutori' ini dibicarakan di bawah undang-undang jenayah. Perbezaan-perbezaan layanan ini bukan sahaja dialami oleh orang muda yang masih dianggap kanak-kanak, tetapi juga orang muda yang sudah memasuki kategori belia. Yang menariknya, perbezaan layanan yang mereka perolehi bukannya disebabkan umur, tetapi disebabkan latarbelakang pendidikan yang mereka terima.
Mahasiswa-mahasiswa universiti tempatan kita rata-rata berusia di antara 18 hingga 25 tahun. Mereka termasuk dalam kategori belia. Di dunia luar, mereka akan dilayan seperti orang dewasa yang lain.
Hilang hak
Akan tetapi, sebaik sahaja mereka mendaftar sebagai pelajar universiti atau kolej tempatan, mereka akan secara automatik kehilangan beberapa hak yang dinikmati oleh rakan-rakan mereka yang mungkin tidak berpeluang untuk ke pusat pengajian tinggi tempatan (atau mungkin lebih bernasib baik kerana mampu belajar di luar negara?).
Hak-hak tersebut ialah, antara lain, hak untuk berekspresi, berpersatuan dan berpolitik (Oh maaf, anda mungkin boleh menikmati hak itu secara terbuka jika anda menyertai parti politik dari pihak pemerintah).
Disebabkan halangan-halangan ini, mahasiswa-mahasiswa kita sering mendakwa bahawa mereka dilayan bagai warganegara kelas kedua di negara sendiri, dan saya tidak menyalahkan mereka.Diseb
abkan perbezaan layanan, beberapa contoh ringkas yang saya beri di atas masih belum cukup untuk kita mengenalpasti siapakah sebenarnya orang muda dan apakah peranan mereka dalam pembangunan negara kita. Sehingga ke hari ini, orang-orang muda Malaysia dianggap cepat dewasa untuk mengenal seks dan jenayah, tetapi dianggap lambat matang untuk mengenal politik atau mengendalikan pertubuhan yang tidak bergantung kepada kerajaan. Bagaimana pula dengan orang-orang muda yang tidak terlibat di dalam mana-mana perkara di atas? Apakah pandangan penggubal undang-undang terhadap mereka?
Apa pula pandangan mereka terhadap penggubal undang-undang dan kerajaan yang menentukan nasib mereka?

July 15, 2010

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik?

Jul 15, 10 6:26pm

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

sumber: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=26290&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=

July 1, 2010

HAJI MOHD SABU & ULAMA' MUDA DI BUKIT BELACAN






























Bukit Belacan, Ampang - 29 Jun 2010 ; Salah seorang Ulama' Muda dari 40 orang yang tertipu menyertai UMNO memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku pada ketika itu.
Beliau bersama dengan pimpinan PAS berceramah di Dewan Orang Ramai Lembah Jaya Utara, Ampang.Penceramah utama Haji Mohd Sabu berucap menyatakan, walaupun ketika ini suasana hangat Bola Piala Dunia, namun kehadiran pada malam itu agak berkurangan di mana-mana.Orang ramai yang hadir juga terpaksa berpayung kerana hujan yang turun sepanjang malam itu tidak menghalang mereka untuk mendengar amanat penting dan isu-isu semasa dari pimpinan.YB Khasim selaku tuan rumah juga berucap memberikan penjelasan mengenai pembohongan pimpinan UMNO Lembah Jaya yang menuding jari kepada kepimpinan Pakatan Rakyat yang hanya baru 2 tahun memerintah Selangor berbanding mereka selama 50 tahun memerintah.
Baru minggu lepas, Ustaz Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27 tahun, digelar salah seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno. Kini, Mohd Hosni (gambar) adalah antara penceramah yang top di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Hampir setiap malam beliau mendapat undangan untuk memberikan ceramah di seluruh negara.Malam tadi beliau bersama dengan Haji Mohamad Sabu berceramah... dan malam ini beliau akan ke Klang pula. Esok dan lusa beliau akan ke Johor dan Melaka untuk memberikan ceramah.Semuanya kerana gelaran ulama muda yang diberikan oleh Umno kepada beliau dan 39 yang lain."Saya sebenarnya rasa tertipu dengan apa yang berlaku....itulah yang saya terangkan di setiap kali ceramah saya," kata Mohd Hosni ketika datang berkunjung ke pejabat Harakahdaily.Mohd Hosni bersama tiga rakannya yang belajar di Universiti Al Albyt, Jordan adalah antara mereka yang bersama dalam majlis menyerahkan borang menyertai Umno oleh 40 ulama muda kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.Keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada salah seorang rakan mereka kononnya Perdana Menteri mahu berjumpa dengan bekas pelajar Jordan."Jadi, pada saya apa salahnya berjumpa dengan Perdana Menteri," kata Mohd Hosni yang kini menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Intergrasi dan Teknologi Selangor yang terletak di Klang.Mereka diberitahu pertemuan akan diadakan di Hotel Legend yang terletak di seberang jalan bangunan Umno.Namun, apabila sampai ke hotel itu, beliau dan rakan-rakan di bawa turun dengan eskalator dan seterusnya menyeberang jalan ke bangunan Umno dan di bawa masuk ke dalam satu dewan.Di sana sudah ada ramai orang yang kelihatan macam orang PAS, orang Tabligh dan sebagainya berdasarkan pakaian mereka."Jadi saya senang hatilah," kata Mohd Hosni lagi. Namun tidak lama kemudian, kesemua mereka disuruh berbaris kerana PM sudah mahu sampai.Lalu mereka berbaris menyambut ketibaan PM dengan dihujani oleh lampu flash juru gambar yang memenuhi majlis itu.Selepas itu, Datuk Seri Shahidan menyerahkan satu sampul surat kepada PM dan memberitahu itu adalah borang-borang permohonan menyertai Umno dari 40 ulama muda yang ada dalam majlis itu. Najib tanpa bercakap apa-apa terus meninggalkan majlis selepas itu dan Shahidanlah yang mengendalikan sidang akhbar selepas itu.Mulai dari situ, barulah Mohd Hosni dan tiga rakannya lagi sedar bahawa mereka telah tersalah tempat dan terpedaya kerana bukanlah hajat mereka mahu menyertai Umno.Namun, kesan dari situ, Mohd Hosni kini menjadi buruan majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat khasnya majlis ceramah PAS.
Nama beliau dan isu ulama muda menyertai Umno menjadi pelaris kepada majlis ceramah PAS kerana orang ramai ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di majlis itu.
Bersalam dengan PM
Sementara Mohd Husni menolak beliau datang ke PWTC untuk bersalam dengan Perdana Menteri.“Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa,” jelas Mohd Husni.Ini susulan respons Umno menafikan empat pelajar lulusan Jordan tidak dijemput menghadiri majlis 40 ulama muda menyertai parti itu Jumaat lalu, sebaliknya hanya dijemput oleh orang kuat Umno disifatkan sebagai amat melucukan.Beliau juga menolak dakwaan mereka beria-ia untuk hadir ke situ untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Menurutnya, satu malam sebelum itu, seorang orang kuat Umno telah memujuk beliau untuk menyertai Umno dan mengajak hadiri majlis tersebut dan kebetulan merupakan bapa kepada kawan rapatnya, beliau tidak dapat menolak jemputan itu.“Logiknya bagaimana kami boleh hadir jika tidak mendapat sebarang jemputan malah cara masuk juga ditipu, dari bangunan sebelah Mall, naik escalator, turun tangga, tiba-tiba muncul di Bangunan Umno.Beliau yang sebelum ini mendedahkan penipuan Umno ini di dalam majlis Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini menyatakan, mereka dijemput datang ke majlis itu kerana Perdana Menteri hendak bertemu dengan lulusan Jordan.Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis berkenaan kerana terdapat majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang menyertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang ‘ori’.Katanya, seorang di Perlis, Ustaz Abdul Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan.“Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara,” ujarnya.Menjawab hasrat mereka untuk membuat laporan polis terhadap penafian beliau yang disiarkan oleh Harakahdaily, dua hari lalu, Hosni bersetuju, artikel tersebut langsung tidak menyebut nama orang berkenaan.