June 30, 2010

ALLAH MENENTUKAN SEGALANYA...











Salam.
Beginilah keadaan adik kepada sahabat kita Sdr Achik dari Taman Ampang Indah yang telah lama terlantar akibat mengalami demam panas semasa kecil dahulu.Ia telah melalui keadaan begini hampir 20 tahun.
Pada hujung bulan Mei yang lalu, sahabat Dewan Pemuda Pas Kawasan yang di ketuai oleh Ketua Pemuda Ustaz Fazlul Rahimi bin Maarop telah menziarahi sahabat kita ini di rumahnya.
Di samping itu juga, kita ada memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang di tanggung oleh mereka sekeluarga.
Sekiranya sahabat2 ada yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah terus manghubungi Sdr Achik di talian 016-3211451.
Kami Dewan Pemuda Pas Ampang mendoakan agar Sdr Achik sekeluarga tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT ini.Sesungguhnya, Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.

June 16, 2010

USTAZ HASAN SYUKRI CONTOH TERBAIK - TPJ 1 PAS SELANGOR

Pada jam 2.00 petang hari Isnin 14 Jun 2010 Ustaz Hasan Shukri telah meninggalkan kita.
Ada yang mengingati beliau sebagai bekas Timbalan Presiden PAS. Ada yang mengingati beliau sebagai Naib Presiden PAS, Setiausaha Agung PAS, Ketua Pemuda PAS atau Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Tetapi tentu ramai yang tidak akan melupakan dengan kisah-kisah tahun 60-an dan 70-an yang selalu diceritakan beliau.
Jika dibandingkan cerita orang-orang lama seperti Ustaz Hasan, kita akan terasa begitu kerdil. Satu cerita yang beliau selalu ulangi adalah bagaimana beliau pergi berceramah di Hulu Perak. Ketika itu di kampung-kampung tidak ada bekalan elektrik. Maka terpaksalah mereka membawa bersama pembesar suara dan bateri-baterinya sekali. Saya tidak tahu berapa besar atau berapa banyak bateri yang dibawa tetapi sudah tentu besar dan banyak jika mahu berceramah hingga satu kampung dapat mendengar. Tentunya sebesar bateri lori dan bukan satu atau dua. Jika kereta tidak dapat masuk ke kampung maka terpaksalah dipikul bateri-bateri dan corong-corong pembesar suara.
Ustaz Hasan juga kerap bercerita tentang betapa ganas Umno ketika itu dengan Pemuda Tahan Lasak. Beliau memberitahu jika berjalan malam beliau akan membawa peti yang penuh dengan botol-botol kosong di dalam keretanya. Botol-botol itu dapat digunakan untuk mempertahankan diri jika diserang Umno tetapi tidak dikira sebagai senjata jika ditahan polis.
Ramai orang muda apabila mendengar cerita dari orang-orang lama seperti Ustaz Hasan akan mendengar separuh hati sahaja. Tetapi mereka lupa orang tua pun pernah muda seperti mereka. Mungkin ketika muda lebih hebat dari mereka.
Pada saya kehebatan Ustaz Hasan yang paling saya kagumi adalah ketepatan waktu. Beliau begitu teliti menjaga masa. Kalau ada mesyuarat atau ceramah atau kuliah, beliau tidak akan datang tepat pada waktunya. Tetapi beliau akan datang jauh lebih awal. Banyak kali program-program semasa di Ampang Jaya dulu, Ustaz Hasan yang menyambut pimpinan Kawasan dan ahli-ahli walaupun ianya program Kawasan.
Apabila mengenang kembali ketika di Ampang Jaya dulu sebelum berpecah menjadi Gombak, Ampang dan Pandan, saya tidak akan dapat pisahkan Ustaz Hasan dari kuliyyah Tarbiyyah Haraki di Taman Dagang Jaya. Tarbiyyah Haraki setiap malam Jumaat di Pandan sekarang bermula dari Tarbiyyah Haraki di Ampang Jaya pada awal 90-an. Ketika itu saya adalah Setiausaha PAS Cawangan AU2.
Tarbiyyah Haraki ketika itu dipimpin oleh Ustaz Hasan yang membawa kitab Al-Hikam karangan tokoh Ikhwan Sheikh Abdul Kadir Audah. Ianya bukan malam Jumaat seperti di Pandan sekarang tetapi malam Rabu. Ianya bukan jam 9.30 atau 10.00 malam seperti sekarang tetapi selepas Maghrib. Selepas Maghrib? Ya, selepas Maghrib. Sekarang kita buat jam 10.00 malam pun ahli-ahli susah hendak datang, bayangkan apa akan terjadi kalau kita buat selepas Maghrib.
Tetapi dulu lain sekarang lain. Dulu Ampang Jaya jauh lebih luas dari Pandan. Tetapi ahli-ahli dari Klang Gate pun boleh hadir di Markas PAS Kawasan di Taman Dagang Jaya. Kalau ahli-ahli dari Keramat hendak ke Cheras Indah atau Taman Maju Jaya, terpaksa melalui Jalan Tun Razak. Sekarang hendak melintas MRR2 pun ramai yang malas. Mungkin kita telah terlalu selesa. Mungkin kita menunggu hukuman dari Allah.
Saya sempat bersalaman dengan Ustaz Hasan pada Muktamar di Kota Bharu. Tetapi saya tidak sempat berbual panjang dengan beliau. Ustaz Hasan pernah mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor membina rumah untuk orang-orang miskin dengan wang zakat. Saya berjanji hendak berbincang panjang dengan beliau tentang cadangan itu tetapi sekarang semuanya tinggal kenangan.

June 4, 2010

FORUM Perdana 'Janaham Israel, Judi Bola, APCO' - Semua Dijemput Hadir















Tempat : Dewan Ar-Ridhuan, Taman Dagang Jaya, Ampang

Tarikh : 4 Jun 2010, Jumaat
Masa : 9.00mlm
Ahli Panel:

  1. YB Mohd Nor Hamzah (ADUN Bukit Payung, Terengganu)
  2. Ustaz Riduan Mohamad Noor (EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat)
  3. Ustaz Rashdan Mohd Yunus (Moderator)
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Asmadi di talian 019-2277 828