May 25, 2010

KONSPIRASI ' 2 ' : 8 DALIL ANWAR MANGSA FITNAH...

1. DAKWAAN SAIFUL KONONNYA ANWAR MELIWATNYA SECARA PAKSA HINGGA SEMBILAN KALI DALAM TEMPOH 2 BULAN MENIMBULKAN TANDA TANYA KENAPA BELIAU MENUNGGU BEGITU LAMA UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS.

2. PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK MENAFIKAN BERTEMU SAIFUL TETAPI KEMUDIAN MENGAKUI BERBUAT DEMIKIAN SETELAH " RAHSIA " ITU TERBONGKAR MENUNJUKKAN WUJUD KONSPIRASI POLITIK DI PERINGKAT TERTINGGI.

3. SAIFUL MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR BEBERAPA HARI SELEPAS BERJUMPA NAJIB.

4. SELEPAS BERJUMPA NAJIB, SAIFUL MENDAKWA DIA DI LIWAT OLEH ANWAR PADA 26 JUN 2008. BAGAIMANAPUN SEHARI SEBELUM ITU SAIFUL MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN RODWAN MOHD YUSOF YANG KETIKA ITU TIMBALAN PENGARAH SIASATAN JENAYAH BUKIT AMAN. PERTEMUAN DI ADAKAN DI HOTEL CONCORDE KUALA LUMPUR DI BILIK 619. RODWAN ADALAH PEGAWAI SAMA YANG DENGAN PEMALSUAN BUKTI DALAM TUDUHAN FITNAH TEHADAP ANWAR PADA TAHUN 1998. KEPERLUAN RODWAN MENGATUR PERJUMPAAN SULIT DENGAN SAIFUL DI HOTEL BERKENAAN AMAT MENCURIGAKAN DAN SATU LAGI PETANDA SEBUAH KONSPIRASI TERTINGGI SEDANG BERULANG.

5. SAIFUL MENDAKWA ANWAR MELIWATNYA SECARA PAKSA UNTUK KALI TERAKHIR PADA KHAMIS 26 JUN 2008 TETAPI ANEHNYA BELIAU TERUS MENGHADIRI MAJLIS DI RUMAH ANWAR KEESOKAN HARI. BELIAU HANYA MEMBUAT LAPORAN POLIS PADA HTUKTUKARI SABTU.

6. SELEPAS PERJUMPAAN DENGAN NAJIB, SAIFUL BERTEMU DENGAN PEGAWAI POLIS RODWAN MOHD YUSOF - ORANG YANG SAMA DIKAITKAN CUBA MEMALSUKAN BUKTI DNA TERHADAP ANWAR PADA TAHUN 1999.

7. TINDAKAN PENDAKWA RAYA ENGGAN MENYERAHKAN DOKUMEN, SAMPEL BAHAN BUKTI DAN KETERANGAN SAKSI UNTUK MEMBOLEHKAN PEGUAM ANWAR MENYEDIAKAN PEMBELAAN TUNTAS.

8. JAWI ENGGAN MEMBAWA PERTUDUHAN QAZAF TERHADAP SAIFUL ATAS ALASAN MENUNGGUNKEPUTUSAN MAHKAMAH SIVIL - KALI PERTAMA PIHAK BERKUASA ISLAM TERPAKSA MENUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH SIVIL UNTUK HAL-HAL MEMBABITKAN KEPENTINGAN ISLAM SEPENUHNYA.

May 14, 2010

BAWALAH POLITIK KE MASJID - DPPP

Nasrudin Hassan at-Tantawi
Bagaimana Mendirikan Siasah [berpolitik] di Masjid.Sebagai “ Rumah Allah ” , masjid merupakan institusi terpenting dalam pembinaan ummah yang bertamaddun. Malah penubuhan Negara Islam oleh Baginda saw. di Madinah al Munawwarah menyaksikan bagaimana masjid dinobat sebagai mercu peradaban dan kedaulatan yang dibina.Pembinaan masjid di Quba’ , Wadi Ranuna’ [1] dan di Yathrib ( Madinatun Nabi ) menjadi batu asas pembinaan tamaddun Islam unggul berpaksikan kedaulatan syariat dan ummah yang bermartabat.Ianya ( masjid ) tidak dibina semata – mata untuk mendirikan solat , tetapi juga sebagai nokhtah mula keagungan ummat. Dari situlah nabi saw. menggerakkan jentera kerajaan dan mengatur strategi membangunkan ummah .


Masjid : Iktibar dari Seerah an Nabawiyyah
Syeikh Dr. Musthafa as Sibae’i menyebut di dalam kitabnya as Seeratun Nabawiyyah : Durus wa I’bar :“ Memang tidak dapat disangkal lagi , bahawa masjid membawa risalah kemasyarakatan dan kerohanian yang agung nilainya terhadap kehidupan ummat Islam . Masjid lah yang menyatukan saf – saf ummat Islam , menyucikan jiwa mereka , menghidupkan hati dan aqal mereka , menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka dan akhirnya menampilkan kekuatan jua hubungan erat mereka .Sesungguhnya telah terbukti bahawa sejarah masjid di dalam Islam , menjadi markaz bagi tentera Islam berangkat ke medan untuk menakluki muka bumi dengan hidayah Allah swt .Dari masjid jua terpancarnya sinaran cahaya dan hidayah buat ummat Islam dan lainnya malah masjidlah juga berkembangnya peradaban Islam . Bukan kah Abu Bakar , Umar , Uthman , A’li , Khalid , Saad , Abu U’baidah dan tokoh – tokoh seumpama mereka yang terdiri daripada pemimpin – pemimpin agung dalam sejarah Islami merupakan anak -anak murid di Madrasah al Muhammadiyyah yang berpusat di Masjid an Nabawi .Antara keistemewaan yang lain , masjid pada setiap minggu berkumandang kalimah al haq menerusi seruan khatib yang menentang kemungkaran , memperjuangkan syariat , menyeru kearah kebaikan , menginsafkan mereka yang lalai , menyeru kearah kesatuan, membasmi kezaliman dan memerangi perbuatan yang melampaui batas .Sesungguhnya kita telah menyaksikan bagaimana dulunya masjid – masjid menjadi markaz – markaz yang menyemarakkan gerakan anak watan menentang penjajah Perancis . Berpangkalan di masjidlah , tokoh – tokoh jihad menetang penjajah dan menentang zionisme .Apabila kita menyaksikan kepincangan masjid hari ini dari fungsi dan peranannya yang hebat , maka tiada lain melainkan kesalahan sebahagian khatib yang terdiri daripada khatib yang hanya bertugas memburu elaun atau jahil lagi leka .Alangkah beruntungnya , jika dalam keadaan seperti ini , lahir segolongan pendakwah yang tegas membawa kebenaran , bangkitnya ulama yang memperjuangkan syariat Allah . Mereka ikhlas kerana Allah dan Rasulnya saw. , mereka menasihati pemimpin dan ummat Islam seluruhnya .Mengembalikan masjid sebagai tempat kegiatan masyarakat , mendidik tokoh – tokoh dan melahirkan pejuang – pejuang , mengislahkan kefasadan , memerangi mungkar dan membentuk masyarakat berasaskan taqwa dan redha Allah swt.”Rujuk : Seerah an Nabawiyyah : Durus wa I’barOleh Dr. Musthafa Sibae’I . Muka surat 74 – 75Cetakan ke 9 oleh al maktab al islami ( 1986 ) DimasyqMasjid Terbelenggu.Realiti hari ini bertambah parah apabila melihat nasib masjid dan pengurusannya yang kian terabai . Lebih malang apabila wujudnya fenomena terancang untuk membelenggu masjid agar ia tidak berfungsi sebagai markaazul ummah .Siapa lagi yang lebih bejad daripada mereka yang menghalang rumah Allah ( masjid ) agar tidak diimarahkan dengan ilmu dan zikrullah . Lebih parah apabila mereka “ sampai hati ” meruntuhkan rumah Allah yang pastinya dibina di atas tanah waqaf milik Allah swt. Firman Allah swt :و من أظام ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه و سعى في خرابها أولئك من كان لهم أن يدخلوها إلا خآئفين لهم في الدنيا خزي و لهم في الأخرة عذاب عظيم“ Siapa lagi yang terlebih zalim daripada orang yang menghalang masjid – masjid Allah bahawa disebut didalamnya namaNya dan berusaha merobohkannya ? Mereka tidak layak memasukinya kecuali dengan rasa takut ( kepada Allah ) . Bagi mereka kehinaan di dunia dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat di akhirat .”Surah al Baqarah . Ayat : 114Terlalu banyak masjid dalam Negara kita hari ini hanya dijadikan tempat solat dan lebih melucukan bagaimana terdapat masjid yang hanya berfungsi sebagai tempat kunjungan pelancung selain daripada solat berjamaah yang sangat kecil kuantitinya berbanding saiz masjid tersebut.Keghairahan mendirikan masjid yang tidak seimbang dengan keghairahan mengurus dan mengimarahkannya meletakkan situasi ini sebagaimana yang pernah dibimbangi oleh Rasulullah saw. dalam hadis baginda yang diriwayatkan dari Saidina Ali Karramallahuwajhah :يُوشِكُ أنْ يأتيَ علَى النَّاسِ زَمانٌ لاَ يَبْقَى مِنَ اْلإسلامِ إلاَّ اسْمُهُ وَلاَ يَبْقَى مِنَ اْلقُرْآنِ إلاَّ رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِيَ خَرَابٌ مِنَ اْلهُدَى عُلَمَاؤهُمْ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ اْلفِتْنَةُ وَفِيْهِمْ تَعُوْدُرواه البيهقيSudah hampir suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak tinggal daripada al Quran itu kecuali hanya tulisannya . Masjid – masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah . Ulama’ mereka adalah sejahat – jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit . Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali .Rujuk Kanzuul U’malM/surat 80, Juzuk 11Cetakan Darul Kutub al I’lmiyyah BeirutPengalaman saya dikepung oleh polis yang lengkap bersama anjing , menyerbu masuk ke kawasan laman Masjid Peramu Kuantan sementara waktu itu saya sedang menyampaikan ceramah Maulidur Rasul saw , cukup menggambarkan bagaimana masjid dibelenggu .Perlantikan ahli jawatan kuasa masjid dikalangan mereka yang tidak pernah menjejak kaki ke masjid semata – mata tidak mahu masjid itu diimarahkan dengan majlis ilmu antara bukti bahawa pembelengguan masjid sangat ketara .Menghantar SB [2] untuk memantau aktiviti masjid atau surau bukan sahaja menakut – nakutkan masyarakat untuk menghidupkan aktiviti masjid dan surau tetapi juga bermaksud untuk memberi tekanan kepada penceramah dan guru agama yang mengajar agar tidak menyentuh soal penyelewengan dan mungkar yang berlaku dalam Negara.Sedang kelab – kelab malam dan pusat – pusat hiburan yang menjadi tempat subur untuk bercambahnya maksiat dan jenayah tidak dilayan sedemikian rupa .Pekeliling yang pernah dihantar kepada surau dan masjid di Lembang Klang agar tidak mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan juga mempunyai maksud yang sama untuk mengekalkan pembelengguan tersebut.Arahan agar khatib hanya dibenarkan membaca teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama meskipun khatib tersebut seorang yang diiktiraf ilmunya oleh universiti yang mu’taraf turut dilihat sebagai usaha menyempitkan fungsi surau dan masjid.Sudahlah ruang dan peluang untuk bercakap Islam amat terhad , tiba – tiba masjid dan surau yang dianggap ruang yang paling kondusif untuk berbicara perkara agama turut dikekang , maka dimana lagi Islam ini boleh dijelaskan secara bebas dalam Negara ini ?Pengurusan Masjid.Selayaknya masjid diurus selia secara professional dan jujur bagi meletakkannya sebagai institusi penting dan suci dalam masyarakat .Sangat malang apabila masjid bagaikan bangunan usang yang terbiar tanpa dipedulikan penyelenggaraannya sebagai sebuah tempat ibadah. Masing – masing melepaskan tanggungjawab kepada pihak yang lain dan akhirnya semua berlepas harap .Sesetengahnya sangat berbangga dengan jumlah kutipan derma mingguan yang meningkat saban minggu dan dipaparkan di papan putih masjid berkenaan , sedang masjid tersebut sangat tidak terurus dengan sistem pengaliran air di kolam wudhu’ , kebersihan tandas yang sangat rendah dan menyedihkan , sistem pembesar suara yang uzur serta lemah dan pelbagai kelemahan yang ketara .Kenapa tidak wang yang begitu banyak hasil sumbangan orang ramai dimanafaat sepenuhnya untuk meletakkan masjid dan surau sebagai sebuah institusi yang hebat dan menarik . Apa yang paling penting ialah masjid mesti menjadi tempat yang paling selesa dan tenang untuk ummat mengabdikan diri kepada Allah swt.Imej tandas masjid sebagai tandas yang paling kotor sepatutnya tidak kedengaran lagi . Bukankah kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab utama setiap individu muslim ? Bukan sahaja bermaksud supaya masjid tidak dipandang rendah oleh masyarakat umum, tetapi juga untuk mencari redha Ilahi .Peranan dan Fungsi Masjid.Selayaknya masjid diimarahkan . Sebagaimana tiada nilai masjid yang tidak diurus , begitulah tiada erti dan gunanya masjid yang diperbesar dan diperbanyakkan tetapi sepi tanpa aktiviti .Masjid juga mestilah dilihat sebagai mesra remaja dan mesra ummah seluruhnya.Masjid tidak sepatutnya menghadkan aktiviti kepada solat berjamaah semata – mata , demikian juga tazkirah dan kupasan ilmu yang hambar dan tidak membawa ahli jamaahnya wujud dalam cabaran zaman mereka yang sebenarnya.Sebaliknya masjid mestilah aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang mendekatkan masjid kepada mereka yang cuba menjauhkan dirinya daripada masjid. Malah aktiviti kemasyarakatan dan budaya mereka yang tidak bercanggah dengan Islam amatlah baik didekatkan kepada masjid .Biarpun asalnya aktiviti itu bukan berbentuk ibadah namun apabila ia bertolak dari masjid dan surau , kita mengharapkan ia menjadi satu bentuk ibadah yang diredhai oleh Allah swt .Tuisyen akademik juga boleh diadakan di masjid atau surau agar tidak sahaja ustaz dan pak lebai menguasai ruang legar masjid tersebut tetapi juga guru akademik dan murid – muridnya berhak ber“mesra” dengan masjid .Saya berkeyakinan , jika semua pihak mengambil ruang dan bahagian mem“peranan”kan masjid seperti kaum ibu dengan aktiviti mereka , pelajar dengan aktiviti mereka dan ajk masjid dengan aktiviti mereka , masjid akan dilihat makmur , meriah , ceria dan menarik .Pengalaman saya di Damsyik dan Tanta dapat melihat dari dekat bagaimana di sana terdapat masjid yang dilengkapi dengan maktabah ( perpustakaan ) untuk masyarakat merujuk pelbagai sumber ilmu dan Klinik yang beroperasi di masjid sepanjang hari dengan hanya ditutup pada waktu solat.Keadaan itu tidak lagi meletakkan masjid dan surau sepi bersendirian dan akhirnya menjadi sasaran mat gian dan kaki lepak beroperasi dan mencuri . Malang ada masjid yang kehilangan besi keranda , tongkat khutbah dan set P.A system. Jawab mudahnya , kerana masjid tersebut sepi ditinggalkan oleh imam dan makmumnya.Masjid sepatutnya tidak perlu berkunci dan berjaga , sudah cukup amalan iktikaf dan mengimarahkan masjid menjadikan masjid kawasan atau zon paling selamat dalam dunia .Kalaupun keadaan memaksa demi memelihara barangan milik masjid daripada dicuri oleh penjenayah , maka saya syorkan agar sediakan kawasan berkunci untuk menyimpan barangan berharga milik masjid sementara ruang masjid terbuka untuk aktiviti umum mengabdikan diri kepada Allah swt.Ataupun , sediakan ruangan khas yang tidak berkunci ( sebahagian dari masjid ) tersebut agar tidak menghalang aktiviti ummah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. terutama buat musafir lalu .Pendekkata , sebagaimana pengurusan hotel ada kursus yang disediakan untuk meningkatkan prestasi pengurusan maka saya kira pengurusan masjid juga min baabil aula [ terlebih layak ] patut diadakan kursus untuk tujuan meningkatkan kesedaran dan keinsafan dikalangan ummah terhadap pengurusan masjid dan surau .Berpolitik di Masjid.Politik sebahagian daripada Islam yang telah dibawa oleh Nabi saw malah perjuangan baginda saw diwarnai oleh gerakkerja politik sehingga tertegaknya Negara Islam pertama di Madinah al Munawwarah . Pengurusan , pentadbiran dan pemerintahan Nabi saw juga berpusat di Masjid an Nabawi .Masjid an Nabawi turut menjadi tempat Nabi saw mengajar ilmu politik kepada ummah agar mereka kekal menjadi ummah yang bertanggungjawab memelihara dan mentadbir negeri atau negara berdasarkan agama yang telah diwahyukan oleh Allah swt . sehingga lahir sebuah negera yang aman , maju , sejahtera dan mendapat keampunan daripada Allah swt .Memisahkan Masjid daripada politik dan aktivitinya yang benar dan tulen mengikut ajaran Islam adalah satu percubaan untuk mensekularkan ummah dengan menjarakkan urusan politik daripada agama .Tindakan memisahkan politik daripada masjid hanya menjadikan politik itu kotor kerana terpisah dari ruh agama . Sebetulnya inilah yang sangat diinginkan oleh ahli – ahli politik sekular agar politik mereka bebas dari pengaruh masjid yang mengingatkan mereka kepada syurga dan neraka serta dosa dan pahala . Tentunya politikus duniawi ini akan rimas dan lemas apabila politik mereka diganggu oleh ulama’ atau imam yang mengingatkan tentang dosa pahala dalam berpolitik lantaran politik mereka adalah membujur lalu melintang patah , dihulur aku sapu yang hilang aku tak kisah. Segala elemen negatif seperti politik kebencian dan fitnah yang terbentuk dari aksi politik duniawi dan sekular sewajar dihapuskan kerana politik sedemikian tidak memberi keuntungan kepada ummah dan negara . Justeru itu , masjid bagaikan “washing machine” untuk membersihkan politik dari segala elemen negatif tersebut .Bawalah politik masuk ke dalam masjid nescaya politik itu akan menjadi tenang , murni dan terhindar dari sebarang fitnah dan kebencian sesama ummah. Bukankah masjid adalah tempat suci yang dilarang keras pengunjung membuat bising tidak tentu pasal apalagi melemparkan fitnah dan menghasut masyarakat agar saling benci membenci kerana masjid adalah simbol perpaduan dan kasih sayang .Bertolak dari masjidlah , politik ummat Islam harus digerakkan untuk memerangi kemungkaran politik, kebathilan politik , kemaksiatan politik , penyelewengan politik dan penyalahgunaan kuasa politik kerana segala macam kemungkaran , kemaksiatan dan kebathilan itu adalah dosa dan noda yang mesti disucikan sebelum mati bettemu Allah swt.Inilah bezanya politik Islam yang membawa ke akhirat . Berbanding kitaran politik sekular yang hanya berlegar di kaki dunia dan tidak pun sekali – kali mampu melepasi sempadannya._________________________________________________________[1] Tempat mula – mula Nabi saw. mendirikan solat jumaat di Madinah .( di Tengah – tengah Wadi Ranuna’ )Rujuk : Sirah an Nabawiyyah Li Ibni Hisyam .M/s 315 Juz. Pertama. Cetakan Dar Ibn Rejab . Mansourah[2] Antara contohnya sebagaimana yang berlaku kepada Surau al Muhajirin Bandar Muadzam Shah. Kelihatan SB sering memantau aktiviti di surau berkenaan dan saya sendiri selaku salah seorang tenaga pengajar di surau tersebut pernah diadu ke Pejabat Agama kononnya saya mengajar ajaran salah

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU - DMPP

Perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan. Justeru, pengiktirafan untuk para pendidik amat perlu untuk membangkitkan momentum perjuangan ke arah mendidik masyarakat demi mencari keredhaan Illahi.
"Dan Sesiapa yang mengambil ALLAH, Rasulnya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) ALLAH itulah yang pasti menang"(Al-Maidah : ayat 56)Berazimatkan kata- kata itulah, maka Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua barisan pendidik dan tenaga pengajar di seluruh Malaysia khususnya yang menjadi aktivis parti demi menjana modal insan yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Semua warganegara Malaysia seharusnya menghargai segala jasa dan pengorbanan para guru dan barisan pendidik di seluruh Malaysia kerana merekalah muaddib, murabbi dan mualim dalam mendidik pelajar, bukan sekadar menguasai ilmu akademik semata-mata malahan yang lebih penting lagi ialah didikan dari aspek pembangunan rohani dan pemantapan jati diri pelajar. Justeru, Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat berharap dan ingin menyeru agar semua ahli Dewan Muslimat Negeri, Kawasan dan cawangan agar menaikkan banner mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ sempena tarikh bersejarah 16 Mei 2010 dan meraikan barisan pendidik serta mengiktiraf pengorbanan mereka selama ini. Program seperti 'Majlis Jasamu Dikenang' khusus untuk meraikan para guru dan barisan para pendidik juga boleh dianjurkan oleh Dewan Muslimat Negeri masing- masing. Manakala contoh banner boleh di muat turun di website Dewan Muslimat PAS Pusat agar selaras antara semua negeri. Antara objektif dan rasional banner ini dinaikkan di tempat-tempat strategik adalah seperti berikut :
Menghargai pengorbanan dan jasa pendidik dalam memberi sumbangan kepada generasi masa hadapan.
Pengiktirafan kepada golongan pendidik dalam memacu kecemerlangan negara.
Sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan motivasi bekerja di kalangan pendidik agar sentiasa sedar betapa murninya tanggungjawab mereka dalam menggalas cabaran pendidikan semasa.
Tema yang dipilih di peringkat Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat ialah 'endidik Pencetus Transformasi Modal Insan' ini dipilih berdasarkan hasrat untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek spiritual, intelektual, emosi dan fizikal melalui sistem pendidikan yang bersifat holistik dan global. Di tangan para gurulah, terletaknya peranan untuk melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah unggul dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa bersumberkan sistem "Pendidikan Rabbani". Tentunya, 'transformasi sistem pendidikan' dan 'transformasi budaya' yang dicetuskan oleh para guru bakal melahirkan modal insan yang berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.Akhir sekali, saya mewakili Lajnah Pendidikan DMPP ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru tahun 2010 kepada :
Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan yang dimiliki oleh ahli-ahli PAS
Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan yang dimiliki oleh NGO Islam
Guru-guru yang bertugas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)
Guru–guru / pensyarah / Pegawai yang bertugas di Institusi Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia

May 7, 2010

Al-Fatihah Buat Al-Marhum Muhammad Azhar - Semoga Roh Beliau Dirahmati Allah

Tahlil yang dipimpin oleh Haji Yusuf, Bilal Masjid Al-Ubudiah. Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Ampang Ustaz Fazlulrahimi Maarop

Allah lebih menyayanginya, itulah yang dapat dikatakan selepas Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un selepas mendengar pemergian Saudara Muhammad Azhar Bin Yaakob yang pernah dipaparkan dalam entry terdahulu. Pemergian beliau pada jam 1:45 pagi 7/5/2010 bersamaan malam jumaat, beberapa jam selepas rombongan Dewan Pemuda PAS Ampang menziarahi beliau di Hospital Ampang petang semalam 6/5/2010 jam 6:00 petang sangat memilukan namun bersyukur kerana perginya sebagai seorang pejuang. Semoga ruhnya di tempatkan bersama para syuhada.

Wakil Dewan Pemuda PAS Ampang yang melawat Azhar semalam, dari kiri Israq, Shahril, Azizain, Adha dan Rosdi

May 5, 2010

MEMAHAMI DAN MEMANTAPKAN PERJUANGAN DI SAMPING JALINAN UKHUWAH PENTING!

JADUAL USRAH JAWATANKUASA PEMUDA PAS CAWANGAN

1) KG. AMPANG CAMPURAN - 07.05.10 ( JUMAAT )
2) KG. MELAYU AMPANG - 12.05.10 ( RABU )
3) DPPA - 14.05.10 ( JUMAAT )
4) WALAD KG. MELAYU - 15.05.10 ( SABTU )
5) KG. TASIK TAMBAHAN - 19.05.10 ( RABU )
6) TAMAN MULIA JAYA - 20.05.10 ( KHAMIS )
7) TAMAN SERI RAYA - 21.05.10 ( JUMAAT )
8) TAMAN SERI AMPANG - 25.05.10 ( SELASA )
9) TAMAN KOSAS - 26.05.10 ( RABU )
10) TAMAN AMPANG INDAH - 27.05.10 ( KHAMIS )