February 22, 2010

Pertandingan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda PAS Ampang Pupuk Semangat Persefahaman Tinggi Peserta, Urusetia

Ada berani?! :)

Aksi menarik 'libas' pasukan Taman Seri Ampang

21 Feb 2010 - Pertandingan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda PAS Ampang yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Seri Ampang pagi ini menampilkan 25 pasukan daripada seluruh Ampang. Bermula jam dengan pendaftaran pada jam 8:30 pagi dan berakhir kira-kira jam 4:30 ptg apabila hujan lebat mula turun.

YB Khasim berucap ketika merasmikan pertandingan

Tuan Haji Fooad menyampaikan cenderahati kepada YB Khasim

Pemandangan dewan daripada luar

Program tersebut dirasmikan oleh ADN Lembah Jaya, YB Hj Khasim Abdul Aziz pada jam 10:00 pagi. Beliau turut membuat sepakan mula sebagai tanda bermulanya pertandingan dengan rasminya. Ketua Pemuda PAS Ampang, Ustaz Fazlulrahimi Maarop dalam ucapannya memberikan kata-kata peransang kepada para pemain bagi meneruskan 'perjuangan' dengan bersungguh-sungguh. Perjuangan bukan hanya di bidang sukan semata-mata tetapi perjuangan dalam menjalankan amanah sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Beliau juga berharap program ini akan mengeratkan persaudaraan terutamanya para belia di Ampang ini.


Sesi pendaftaran

Sengit..

Din Maideen dari Kg. Tasek Campuran A mempamerkan kehebatan menangkis 'gulung' pihak lawan

Aksi pemain apit kanan pasukan Kg. Tasek Campuran B (berbaju putih)


Perjalanan pertandingan pada awalnya berjalan lancar dengan cuaca yang walaupun panas namun tidak mematahkan semangat para pemain untuk mengalahkan lawan masing-masing. Perlawanan dihentikan pada setiap masuk waktu solat zohor dan asar untuk azan. Menjelang jam 4:00 ptg sebelum pusingan suku akhir berlangsung hari beransur mendung dan hujan rintik yang kemudiannya bertukar lebat mula turun. Pihak urusetia mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan sehingga hujan berhenti. Namun setelah hujan berlanjutan selama hampir 2 jam, pihak urusetia mengambil keputusan untuk memberhentikan pertandingan setakat itu atas beberapa sebab yang dipersetujui semua pihak termasuk para pemain. Dengan itu wang hadiah yang sepatutnya dimenangi oleh pemenang pertama, kedua, ketiga dan keempat dibahagi sama rata antara pasukan yang tidak sempat menamatkan pertandingan.

Para pengadil profesional dari PSM

Meja pengadil

Di sinilah indahnya ukhwah apabila masing-masing berlapang dada dan bersatu pendapat dalam menghadapi situasi-situasi yang tidak diduga. Tiada pertengkaran dan saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Semoga kekuatan ikatan persaudaraan ini akan menguatkan Islam dan umatnya bagi menghadapi fitnah akhir zaman yang sememangnya tidak terlihat dengan mata kasar.
Ketua Dewan Pemuda PAS Ampang, Ustaz Fazlulrahimi Maarop

Ustaz Fazlulrahimi bergambar bersama urusetia dan para pengadil

Tahniah buat urusetia atas penganjuran yang sangat berjaya ini. Buat para pemain dan peserta, walaupun kalian tidak berjaya menamatkan pertandingan namun semangat kesukanan dan persaudaraan yang ditunjukkan oleh kalian adalah lebih bermakna daripada segalanya.

February 4, 2010

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA KETUA PEMUDA AMPANG




TARIKH : 21 FEBRUARI 2010 / 07 RABIULAWAL 1431H


HARI : AHAD


MASA : MULAI JAM 7.30 PAGI


TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI TAMAN SERI AMPANG


BERMINAT SILA HUBUNGI SDR SAID 0173723121, SDR ZIKRI 0126046806


TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 14 FEBRUARI 2010 / 29 SAFAR 1431H

February 3, 2010

Usrah Bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang - Pemuda Cawangan-Cawangan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Berikut adalah jadual usrah bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang dan Pemuda PAS Cawangan-cawangan bagi bulan Februari 2010:-
  1. Kampung Ampang Campuran - 5 Februari 2010 (Jumaat)
  2. Kg. Melayu Ampang - 10 Februari 2010 (Rabu)
  3. Kg. Tasik Tambahan - 17 Februari 2010 (Rabu)
  4. Taman Mulia Jaya - 18 Februari 2010 (Khamis)
  5. Taman Seri Raya - 19 Februari 2010 (Jumaat)
  6. Taman Sri Ampang / Watan - 23 Februari 2010 (Selasa)
  7. Taman Kosas - 24 Februari 2010 (Rabu)
  8. Taman Ampang Indah - 25 Februari 2010 (Khamis)
Mana-mana Pemuda Cawangan yang masih belum mengadakan usrah diharap dapat berbuat demikian segera. Sekiranya tiada naqib, harap dimaklumkan kepada pihak Pemuda Kawasan.

"Hidup Mati Bersama ISLAM"


Lajnah Tarbiyah
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang