October 21, 2009

Hulu Langat Banjir Lagi!

Berlumpur.. Keadaan dalam rumah sebelum dibersihkan

21 Oktober 2009, Ampang - Semalam ketika sedang bermesyuarat kami menerima SMS daripada seorang sahabat AJK PAS Cawangan Ampang Campuran, Saudara Salehudin yang memohon bantuan segera, Langat (Hulu Langat) banjir lagi!

Ketika itu sudah jam 11.30 mlm. Kami memutuskan untuk ke sana membantu sekadar yang termampu. Penyelaras Amal Ampang, Saudara Shahril segera menghubungi beberapa sahabat lain. Kami menuju ke sana lengkap dengan peralatan untuk membersihkan sisa lumpur di dalam rumah mangsa. Ini adalah banjir kali ketiga dalam masa beberapa tahun sahaja. Terakhir, mungkin yang paling buruk ialah pada April lalu. Ketika itu air naik sekurang-kurangnya 2 1/2 kaki di dalam rumah Salehudin dengan lumpur yang mungkin setebal lebih seinci. Ular pun ada di dalam rumah beliau masa tu menyelamatkan diri dari arus banjir.

Rumah mangsa yang kami 'serang' malam tadi ialah rumah seorang pendakwah dan pakar motivasi, Ustaz Abu Hasan Ashari.

Mangsa, Ustaz Abu Hasan (kiri) bersama KP PAS Ampang Ustaz Fazlulrahimi

Misi berakhir sekitar jam 3:00 pagi. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian sahabat-sahabat dari Unit Amal Ampang membantu meringankan beban beliau membersihkan rumahnya dari sisa banjir.

Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan oleh sahabat-sahabat Unit Amal Ampang

Ustaz Fazlul juga tidak ketinggalan dalam menyumbang tenaga

Penyelaras Unit Amal Ampang, Saudara Shahril (kiri) dan Saudara Adha

Jamuan ringan selepas kerja-kerja memberihkan rumah selesai. Buat susah-susah je..

Walaupun letih, esoknya nak kerja lagi.. tapi kepuasan yang tak terhingga terasa kerana berpeluang membantu mereka yang berada di dalam kesusahan di saat mereka sangat memerlukannya.

Kepada mangsa-mangsa banjir atau sesiapa saja yang dalam kesusahan, bersabarlah, sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kesenangan. Nak bagi duit, kita tak punya, hanya tenaga yang mampu diberikan. Semoga Allah SWT mengekalkan kesihatan ini agar dapat terus dimanfaatkan untuk ISLAM, amiin.

October 20, 2009

MUTIARA KATA

DUNIA INI TIDAK KEKAL, HANYA UNTUK SEMENTARA SEPERTI SANDIWARA.
BILA KITA SUDAH MATI HABISLAH CERITA ATAU SANDIWARANYA.
KITA INI MELAKONKANNYA JUGA HANYA SEMENTARA.
DARI ITU PERSIAPKANLAH DIRI UNTUK KEHIDUPAN AKHIRAT, KEHIDUPAN YANG LEBIH PANJANG, KEKAL DAN ABADI.

October 12, 2009

PRK DUN Bagan Pinang: Perutusan Terima Kasih Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
أما بعد

Saya mewakili DPP Kawasan Ampang mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pemuda yang bertugas di Bagan Pinang terutamanya kepada Saudara Adha, Saudara Azlan dan Saudara Fathullah yang telah berjuang dan bertugas secara sepenuh masa di sana dari penamaan calon hingga hari pembuangan undi.

Walaupun banyak cabaran dan dugaan seperti dimaki, dipukul, kalah dan sebagainya, yakinlah ini adalah antara nikmat dan hikmah dalam perjuangan. Dan yakinlah juga sesungguhnya KEMENANGAN YANG SEBENAR IALAH APABILA KITA TERUS ISTIQAMAH DAN BERSABAR DALAM PERJUANGAN. TERUSKAN PEJUANGAN. KALAH DAN MENANG BERSAMA ISLAM.


Fazlulrahimi Maarop
Ketua DPP Kawasan Ampang, Selangor
12 Okt 2009 / 23 Syawal 1430H

Kenangan Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang - Terima Kasih Buat Semua Petugas

Sekalung tahniah dan terima kasih buat petugas-petugas Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Ampang yang sama-sama menjayakan kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang yang berakhir semalam. Penat lelah para petugas yang berhempas pulas secara sepenuh masa dan separuh masa amat dihargai. Terutama dalam menghadapi pelbagai dugaan dan provokasi pihak lawan yang berkempen tanpa hemah.

PAS Selangor di arahkan untuk bertugas di Ladang Bradwall, kawasan yang agak 'sejuk' berbanding kawasan lain kerana terdapat hanya kira-kira 400 pengundi sahaja di kawasan berkenaan.

Semoga pengorbanan kalian dihitung oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai amal kebajikan di akhirat kelak, insyaAllah.

Gambar-Gambar Sekitar Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang Ladang Bradwall

Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub melawat pos petugas Selangor di Ladang Bradwall

Salah seorang dari beberapa orang pengundi Melayu

Kelab Penyokong

Berehat seketika

Dari kiri membelakangi kemera Saudara Mohd Zaid (DPPK Selayang), Saudara Syariman, Saudara Shahman, Ustaz Fazlul (KP Ampang) dan Aouis

Pokok getah yang menawan

Insp. Edwin

Pembakaran terbuka. "Tak payah gotong royong kat sini bang!" Kata Edwin :D

Nyaman bersama Tok Guru

Surau Ladang Bradwall

SPR kata Pakatan Rakyat tak boleh naikkan sebarang lambang selain PAS. Yang jalur-jalur tu bendera Umno ke?!

KP Ampang, Ustaz Falul bersama KM Ampang dan rakan-rakan

Bacaan Doa oleh TKP Selangor, Saudara Zaidy Talib sejurus selepas tempoh pengundian tamat

Petugas Muslimat Ampang

Kerja-kerja pembersihan sebelum meninggalkan ladang

Operasi menurunkan poster dan dan bendera sebelum balik Ampang