June 26, 2009

MUTIARA KATA DAN HADITH NABI SAW

Tidak ada sesuatu di dunia ini yang sempurna dan tidak ada cacatnya.
Begitu juga halnya terhadap manusia, bagaimanapun pintarnya mesti ada kelemahannya atau kekurangannnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :
" Tiap - tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan airmata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t. "
( Riwayat Abu Naim )

June 22, 2009

PAS tamatkan kemelut isu kerajaan perpaduan



Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tarik balik kenyataan terhadap Nasharudin, istihar isu kerajaan perpaduan selesai dan tidak lagi berbangkit. TAKBIRR!!!

Pakatan Rakyat tolak kerajaan perpaduan - Siasahdaily

Pimpinan tertinggi Pakatan rakyat bermesyuarat di Parlimen

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengambil keputusan menolak idea kerajaan perpaduan selepas Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sejam di Parlimen hari ini.

Membacakan kenyataan selepas mesyuarat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."

Kenyataan itu ditandatangani oleh Anwar; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah dibacakan dalam sidang media di lobi Parlimen.

Anwar menambah, pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh timbalan-timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung parti komponen Pakatan.

June 19, 2009

Menjelaskan Kekeliruan SMS Harakah

sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/06/menjelaskan-kekeliruan-sms-harakah.html

RM 0.00 : Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, umpamakan perbincangan PAS - UMNO itu satu usaha berdakwah Nabi Musa kepada Firaun , bukan bertujuan sertai UMNO - HRKH

Demikian nas sms dari Harakah yang difoward kepada pelanggannya seluruh negara . Ianya menimbulkan kekeliruan berikutan isu terkini yang sedang hangat dibicarakan .

Saya rasa tidak adil jika wawancara lebih sejam bersama wartawan malaysia kini hanya dirumus seringkas 4 atau 5 baris ayat sahaja .

Sebenarnya saya bukan bercakap soal perbincangan PAS - UMNO tetapi saya sedang bercakap mengenai prinsip dakwah yang dibawa oleh PAS .

Dakwah PAS mensasarkan semua madu'unya termasuk UMNO dan BN . Sekalipun UMNO dan BN adalah sesat dan zalim , kita tetap akan membawa Islam ini kepada mereka dengan pelbagai kaedah dan pendekatan .

Amalan yang paling afdhal ialah kalimah yang haq di hadapan pemimpin yang zalim , demikianlah penegasan yang pernah dibuat oleh Rasulullah saw. Justeru itu , biarlah sezalim mana pemerintah itu , kita akan pergi kepadanya untuk membawa Islam yang suci ini .

Sebagaimana Allah swt menghantar Nabi Allah Musa as. kepada Firaun raja yang zalim untuk menyampaikan Islam kepadanya.

panjang lagi wawancara itu . semoga penjelasan ini menyingkap kekeliruan.

June 15, 2009

KEJOHANAN 5 SEBELAH PIALA YB KHASIM






















Taman Kosas, Ampang - 14 Jun 2009 / 21 Jamadilakhir 1430 bertempat di padang awam Taman Kosas , Pertubuhan Belia Islam Ampang ( BISA ) berjaya menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 5 sebelah Piala YB Khasim ( ADUN ) Lembah Jaya.Kejohanan ini telah berjaya menarik minat 32 pasukan dari seluruh pemuda cawangan di Dun Lembah Jaya.
Alhamdulillah, kejohanan ini telah di sempurnakan oleh YB Khasim dengan sedikit ucapan ringkas dan mengambil tendangan penalti bagi merasmikannya.Antara ucapannya, beliau mengharapkan agar aktiviti bersukan ini dapat mengeratkan hubungan dan menjalinkan perpaduan antara kaum dalam kalangan penduduk.Selain itu, pihaknya juga sedang berusaha menyiapkan kertas kerja bagi membina sebuah mini stadium untuk kemudahan penduduk melakukan aktiviti sukan dan riadah.
Turut hadir pada majlis ini Ahli-Ahli Majlis MPAJ, Ketua- Ketua Kampung, AJK PAS Kawasan Ampang serta Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan merangkap Urusetia Kejohanan ini.
Kejohanan ini di menangi oleh Pemuda Lembah Jaya Utara setelah berjaya mengalahkan Pasukan Syabab Kg. Melayu Ampang dengan penentuan sepakan penalti.
Majlis penyampaian hadiah di sampaikan oleh wakil ( BISA ) merangkap Imam ( 1 ) Masjid Taman Kosas Ybhg. Ustaz Nazeri bin Mustafa.
Majlis bersurai pada jam 5.30 petang dengan nyanyian Lagu Unit 'Amal Malaysia. - ss -

June 12, 2009

MODEL EKONOMI BARU PULA?
Posted on Jun 12, 2009 by idrisahmad
Laporan akhbar 12HB Jun 2009 pada hari ini melaporkan bagaimana Dato’ Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hendak mencadangkan Model Ekonomi Baru.Kenyataan yang dikeluarkan sebagai keresahan pemimpin Malaysia yang yang menghadapi suasana gawat ekonomi pada hari ini. kerana keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia bagi tahun ini menguncup 6.2 peratus berbanding dengan pertumbuhan 0.1 peratus pada suku tahun keempat tahun lepas berikutan kemerosotan ketara permintaan luaran ekoran kemelesetan serius ekonomi.
Apa model sekalipun tidak berjaya jika perkara asas dalam sistem ekonomi tidak diperbetulkan dahulu, antaranya ialah
Persoalan rasuah dan ketirisan , sampai hari ini tidak diatasi dengan baik. Slogan untuk menghapuskan rasuah hanya retorik yang tidak kesampaian.
Selagi dasar mementingkan kroni dan bukan merit kerja tidak dibuang maka selagi itulah ekonomi tidak boleh meningkat. Kerana yang diutamakan ialah Umno Putera dan BN Putera bukan berdasarkan kepada merit. Akhirnya berlakulah seperti bumbung stadium runtuh. Bumbung stadium bukan buat dengan atap nipah kenapa boleh runtuh?. Jawapannya tepuk meja buka laci.
Pencabulan undang-undang dan mencabul demokrasi seperti yang berlaku di Perak telah menyebabkan pelabur asing terutamanya hilang keyakinan. Kalau kerajaan yang dipilih secara sah boleh dicabul sewenang-wenang, apakah jaminan pelaburan mereka tidak dicabul. Lebih baik mereka pergi ke tempat lain untuk melabur. Sekarang siapa yang rugi.
Kerajaan Umno/BN kena merasa malu kenapa negara yang ada hasil mahsul yang banyak seperti minyak, kelapa sawit, silicon, mutiara, balak, getah, kelapa dan banyak lagi yang Allah anugerahkan kepada negara kita yang tercinta tetapi, kenapa negara mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk. Kalau logik akalnya Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan demikian rupa. Kenapa ini berlaku?.
Saya nasihatkan Dato’ Seri Najib boleh pergi buka kitab ekonomi dan cara urus tadbir negara dengan Tok Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan hampir 20 tahun. Walaupun pemimpin Umno menganggap kerajaan Pas di Kelantan boleh bertahan selama 6 bulan sahaja selepas mengambil kuasa pada tahun 1990, kerana tidak ada hasil. Mereka bercakap demikian kerana mereka tidak yakin dengan janji Allah bahawa rezki Allah yang beri. Memanglah hasil negeri hanya cukai tanah, air dan hutan tetapi mampu untuk urus negeri dengan baik, kerana berbekalkan iman dan keyakinan kepada Allah. Sedangkan segala khazanah Kelantan yang dibayar oleh rakyat Kelantan seperti bayaran passport antarabngsa, cukai kastam, stem pos, saman trafik semuanya ke Putera Jaya. Namun Kelantan boleh tadbir dengan baik.
Dato’ Seri najib dan pemimpin Umno/Bn pergilah memondok di Kelantan untuk belajar ekonomi yang sesuai dengan fitrah manusia dan pencipta alam ini. Kalau tidak kembali kepada dasar ekonomi yang berteraskan kepada keadilan dengan menghapuskan sistem riba, maka buatlah apa dasar sekalipun akan gagal.

June 10, 2009

PAS terus berunding, bukan masuk Umno

ALHAMDULILLAH, KELAB PENYOKONG TERUS BERI KOMITMEN

Naib Pengerusi Kelab Penyokong PAS, N. Balasubramaian meminta semua ahli Kelab memberi kepercayaan kepada pucuk pemimpin PAS dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Menurutnya, beliau banyak menerima panggilan telefon dan pertanyaan daripada ahli Kelab dari seluruh negara mengenai isu berkaitan. “Saya menerima banyak panggilan telefon daripada ahli kelab dari seluruh negara yang dan kebanyakan mereka bimbang PAS akan bekerjasama dengan Umno-BN,” katanya ketika ditemui di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri dekat sini. Namun secara jujur Balasubramaniam mengakui beliau sendiri belum mendapat maklumat dan penjelasan terperinci mengenai perkara itu daripada pucuk pimpinan parti. Jelasnya, ahli-ahli Kelab begitu sensitif mengenai isu berkenaan kerana bimbang masa kedudukan kelan penyokong PAS apa yang di gambarkan media tentang kerajaan perpaduan itu menjadi kenyataan. Bagaimanapun, kerana beliau sendiri belum mengetahui apa-apa, ini bermakna perkara itu hanyalah permainan media lawan semata-mata dan ahli tidak perlu melayan propaganda media arus perdana yang dikusai BN. “Jika ada apa-apa tentulah pimpinan parti akan membuat penjelasan terperinci menganinya kepada semua ahli dan kelab penyokong,” ujarnya. Menurut Balasubramaian, apa yang perlu kini ia tumpuan kepada kepada pilihan raya kecil Manik Urai yang bakal menjadi medan pertandingan antara PAS-BN/Umno. Piliharaya ini bakal menguji populariti Umno di negeri Kelantan yang dikuasai PAS serta ujian juga kepada kepimpinan baru Umno dan PAS. Kelab penyokong, kata beliau akan membuka Bilik Gerakan di Manik Urai bagi memastikan PAS dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan.

June 6, 2009

Nasharudin Mat Isa menang Timbalan, Naib Salahudin, Tuan Ibrahim dan Mahfuz

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Sementara, bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar, Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.- Harakahdaily

June 4, 2009

Barisan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2009 - 2011

Berikut adalah barisan penuh Exco Pemuda PAS yang baru.

Ketua Pemuda: Nasarudin Hassan

Timbalan Ketua Pemuda: Azman Shapawi Abdul Rani

Naib Ketua Pemuda: Ahmad Sabki Yusof

Exco yang dimenangi hari ini

Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi
Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz - 194 undi
Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - 176 undi
Ustaz Mohd Nazri Chik Zain - 165 undi
Suhaizan Kaiyat - 165 undi
Ustaz Nasir Zakaria - 152
Ustaz Kamal Ashari - 145
Kamaruzzaman Mohamad - 139 undi
Khairul Faizi Ahmad Kamil - 139 undi
Mohamad Adram Musa - 135 undi
Abdullah Abdul Karim - 127 undi
Dr Raja Ahmad Iskandar 126 - undi

June 1, 2009

PESTA SUKAN PASTI PERINGKAT NEGERI SELANGOR KALI KE - 25











Ijok, Kuala Selangor -31hb Mei 09/ 7 Jamadilakhir 1430; Jabatan PASTI Negeri Selangor telah mengajurkan Pesta Sukan PASTI Negeri buat kali yang ke 25 yang julung-julung kali di adakan di padang awam UNISEL.Pesta sukan ini juga telah berjaya menarik minat dengan penyertaan seluruh PASTI di Negeri Selangor.PASTI Kawasan Ampang juga tidak melepaskan peluang bagi meraikan program tahunan anjuran PASTI Negeri.Komitmen @ kerjasama ini sangat penting untuk sama-sama kita melaksanakan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita untuk melihat generasi akan datang ( anak-anak kita ) dapat menghayati dan mengamalkan adap serta akhlak dalam suasana sukan menurut Islam.Inilah masa dan ruang yang di berikan oleh Allah SWT bagi kita memanfaatkan semaksima mungkin menjelaskan segala kecelaruan yang di hadapi umat akhir zaman ini.Kita sebagai satu gerakan ( jamaah Islam ) perlu menerima dengan hati yang terbuka setiap teguran mahupun arahan daripada pimpinan supaya dapat merealisasikan matlamat untuk mendaulatkan Islam di muka bumi ini.Selain itu juga, ukhuwah di antara kita perlu di pertingkatkan dengan mengadakan perjumpaan/pertemuan @ usrah/muzakarah sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW yang bermaksud " Barang siapa yang membuka jalan yang baik maka baginya pahala dan pahala ke atas orang yang beramal dengannya hingga ke hari akhirat. Sebaliknya barang siapa yang membuka jalan yang buruk maka orang itu akan mendapat dosa dan dosa orang yang mengerjakannya hingga ke hari akhirat. " Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Allah SWT berfirman yang bermaksud;
" Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu perkara maka kembalikanlah perkara tersebut kepada Allah ( Al-Quran ) dan Rasul ( As-Sunnah ) jika kamu benar-benar berIman dengan Allah dan Hari Kiamat."Surah An-Nisa' ayat 59
Antara acara yang di jalankan ialah futsal padang bagi pelajar lelaki dan bola jaring untuk pelajar perempuan.PASTI Ampang telah berjaya menghantar satu pasukan futsal dengan penyertaan tujuh orang pelajar dari PASTI Taman Ampang Indah dan telah berjaya mempertahankan kedudukan di tempat ketiga peringkat kumpulan A.
Tahniah di ucapkan kepada Pengurus PASTI Kawasan Ampang Sdr Ustaz Amir Kadir kerana kesungguhan beliau demi melihat PASTI ini berada di landasannya yang sebenar...