May 28, 2009

Bangunan Jaya Supermarket Runtuh, Seorang Maut - Bernama

PETALING JAYA, 28 Mei (Bernama) -- Bangunan yang pernah menempatkan pasar raya Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini runtuh Khamis petang hingga mengorbankan seorang daripada sembilan pekerja yang terperangkap ketika melakukan kerja-kerja merobohkan bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad berkata kesemua sembilan mangsa yang terperangkap dalam insiden kira-kira 5.02 petang itu adalah warga Indonesia dan mereka gagal keluar dari tapak projek kerana berada di tingkat bawah bangunan empat tingkat itu ketika runtuhan berlaku.

Sehingga pukul 7 malam, katanya, tiga mangsa telah dikeluarkan dari runtuhan itu di mana seorang terkorban akibat terperangkap dalam timbunan runtuhan manakala dua lagi telah dibawa Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan.

Enam lagi mangsa masih terperangkap, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan. Unit pengesan anjing sedang digunakan untuk mengesan kedudukan mangsa-mangsa," katanya.

Komunisme Nasionalisme sama, perlu ditolak - Tok Guru Nik Aziz

May 27, 2009

CIRI - CIRI SEORANG PEMIMPIN

Wed May 27, 09 2:57:19 pm MYT
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuatb. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakanc. Kehendak yang kuatd. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuate. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaanf. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meterb. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meterc. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebald. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: �Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!�.
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, �Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!�.
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, �Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!�.
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. - ss -

May 26, 2009

USTAZ NASARUDDIN TANTAWI, KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Tue May 26, 09 11:14:43 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.
Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.
Selain itu, calon-calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS ialah seramai lima orang iaitu Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.
Lain-lain keputusan rasmi menyusul kemudian.

May 25, 2009

Usah Bezakan Ulama Dan Profesional - Tok Guru Nik Aziz

KEWUJUDAN PAS dalam lanskap politik negara, tidak lagi dikesampingkan. Selepas 54 tahun PAS mampu duduk sama tinggi dengan parti utama. Maka tidak hairanlah setiap kali menjelang muktamar, pelbagai polemik dicetus media. Ia bertujuan memperlihatkan kecamuk PAS dari luar. Antara isu yang diungkit berkaitan golongan ulama, profesional dan unity government. Bagi memahami situasi sebenar ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui di pejabatnya Selasa lalu.

Nampaknya isu golongan ulama dan profesional dalam PAS diperdebatkan secara terbuka di media sekarang. Bagaimana Tuan Guru melihat situasi ini?

Sepatutnya tidak berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional. Tetapi pengasingan berlaku juga hasil daripada penjajahan barat yang mengasingkan agama dan politik. Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik. Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Dan apabila penjajah pulang negara bekas jajahan yang tidak kuat pengaruh agama terpengaruh juga menerima agama lain dan politik lain. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan. Dalam al Quran Allah Taala menyebut dalam surah Fathir ayat 27 yang bermaksud Allah turunkan air dari langit sehingga keluar buah-buahan dari perut bumi dengan bermacam warna dan beraneka rasa. Dan ayat 28 pula bermaksud orang yang gerun kepada Allah ialah ulama. Ini bermakna ulama tidak bererti hanya mengajar fiqah sahaja tetapi pandai juga mentadbir. Misalnya air yang diturunkan dari langit ini ada kaitan dengan ilmu astronomi. Ulama kena tahu kedudukan langit. Hujan turun dari langit ke bumi. Air yang turun ditampung oleh udara menyebabkan hujan yang turun bertitik-titik dan tidak segumpal jatuh di atas kepala kita. Ini bermakna ulama dan profesional adalah orang yang sama. Di Kelantan kita banyak buka pengajian agama. Dan sekarang kita buat Maahad Tahfiz Sains, di mana anak kita hafal al Quran dan tahu ilmu sains. Kita hendak lahirkan pelajar yang ada ilmu agama dan sains. Dan 20 atau 30 tahun akan datang penghulu kampung sehingga ketua jajahan dan menteri besar adalah mereka yang hafal al Quran dan tahu bidang sains.

Pandangan sesetengah pemimpin menyebabkan penyokong di akar umbi tidak faham?

Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama gabungkan ulama dan profesional. Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini. Ada sesuatu macam kena kecek (pengaruhi). Mungkin mereka terpengaruh dengan pihak lawan. Di Kelantan PAS jauh ke hadapan berbanding dengan Umno untuk menawan hati rakyat khasnya nonMuslim. Kita sebut orang Melayu, Cina, India, Siam adalah serupa kerana kita manusia belaka. Maka tidak timbul hendak letak kelompok-kelompok tertentu. Dalam solat kita sebut ‘Maliki Yaul Middi’ - pembalasan di akhirat kelak dia tidak kira perlembagaan Malaysia ke, Inggeris, Greek tua atau apa-apa sahaja. Allah Taala hanya kira perlembagaan yang Dia buat iaitu al Quran.

Ulama mesti tahu segala-galanya. Orang yang hendak pimpin sama ada hendak sebut nama Ikwan, Jemaah Islam ke atau apa sahaja perlu tahu agama dan agama itu bermaksud tahu juga akademik. Akademik bermaksud menerangkan kekuasaan Allah. Bagaimanapun proses Allah menurunkan air alim ulama kena tahu. Dan air menyuburkan pokok sehingga mengeluarkan buah yang bermacam-macam rasa. Saya tidak faham kenapa hendak kecoh sekarang.

Kebiasaannya ulama dianggap hanya mereka yang berpendidikan agama?

Itu fahaman lama ketika agama Islam masuk ke Tanah Melayu, orang yang mengajar agama tidak banyak tahu ilmu akademik. Sumber ilmu yang diambil di Makkah tidak banyak bidang akademik. Bagaimanapun sekarang di Makkah dan di mana sahaja ada bermacam-macam ilmu akademik. Al Quran dia hafal dan akademik pun tahu. Generasi baru sekarang menerajui gerakan Islam.

Apa pula maksud profesional?

Pada tanggapan saya orang yang belajar ilmu akademik. Akademik itu ilmu Allah juga. Siapa rajin dia dapat. Di Kelantan pada peringkat awal institusi pondok mengajar masyarakat pandai agama. Selepas itu berkembang menjadi Jami’ Merbau di mana ilmu pengajian lebih banyak berbanding pondok. Selepas itu ditingkatkan lagi menjadi Maahad Muhammadi dan perkembangan ilmu semakin meluas. Secara jelas di sini, apabila disebut ulama akan termasuk sama bidang akademik.

Bolehkah dikatakan pakar ekonomi dan bidang lain dikenali sebagai ulama memandangkan pengetahuan agama pun ada?

Kalau tidak tahu Islam, tidak bolehkan hendak dikatakan sebagai ulama. Mereka yang sokong PAS tetapi tidak ada ilmu agama, kita tidak boleh lantik sebagai pemimpin. Misalnya kalau kita hendak bawa kapal di laut, bukan sekadar pegang stereng sahaja tetapi kena tahu pelbagai perkara mengenai laut. Dia kena ada pengetahuan mengenai awan, cahaya matahari dan keadaan laut. Orang yang hendak jaga negeri mesti ada asas agama.

Di Kelantan ketika kita mula-mula mentadbir, saya minta pindahkan wang daripada bank riba ke Bank Islam. Cara macam mana hendak buat itu orang belajar bidang akademik yang lakukan. Orang hendak jadi Menteri Besar kena tahu ilmu akademik dan agama.

Barisan anggota Exco yang Tuan Guru lantik sekarang dikategori sebagai ulama?

Katakanlah orang itu tidak belajar di pondok, tetapi dia duduk lama dengan saya. Dia tengok perangai saya, dia dengar ucapan saya, dan hadir usrah bersama saya, macam mana boleh dikatakan tidak belajar agama. Tidak semestinya belajar di pondok baru boleh dikatakan tahu asas agama. Mereka semua sudah lama bekerja dengan saya. Sepanjang perkhidmatan itu mereka boleh menimba ilmu agama. Jadi boleh dikategorikan mereka sebagai ulama juga.

Apa nasihat Tuan Guru mengatasi percanggahan pandangan sekarang?

Saya nasihatkan kita kembali kepada asal. Ini kerana agama ada jalinan dengan akademik. Dalam Islam ada disebut agama dan daulah. Ada pun fahaman yang mengatakan agama lain dan politik lain adalah dibawa oleh penjajah. Kita cuba usaha ranapkan pengaruh penjajah dari sehari ke sehari. Tidak ada pasal hendak kita timbulkan isu tersebut. Kita telah lama memilih pemimpin yang ada asas agama. Sekarang nampak kejayaan apabila orang bukan Islam juga sudah tertarik dengan PAS. Orang Cina yang sokong Pakatan Rakyat sudah pandai beri salam, sedangkan MCA, MIC sudah lama berkawan dengan Umno, namun mereka tidak memberi kefahaman Islam kepada bukan Islam. Generasi orang bukan Islam sekarang sudah ramai berpelajaran. Dan Islam dari awal lagi menyarankan supaya menuntut ilmu. Islam sesuai dengan akal fikiran manusia.

Sekarang ramai pemimpin tampil merebut jawatan dalam PAS, tidakkah itu boleh menimbulkan masalah?

Mereka yang menawar diri untuk bertanding kerana sudah lama berjuang dalam PAS. Mereka tahu asas-asas Islam. Dan kita belum dengar ada orang mengkritik calon-calon tersebut tidak sembahyang atau engkar ajaran agama. Jadi terpulang kepada perwakilan bagi memilihnya. Saya suka orang tawar diri untuk berkhidmat kepada gerakan Islam.

Pada pandangan Tuan Guru wajarkah jawatan utama dikekalkan?

Kita beri peluang kepada kawasan untuk mencalon dan memilih kecuali kalau ada masalah selepas muktamar kita wujudkan peraturan khusus.

Tidakkah boleh menimbulkan perpecahan dalam PAS?

Kita hendak cari manusia yang tidak berpecah tidak ada. Allah telah sebut sebelum Nabi Adam dibawa turun ke bumi di mana Allah Taala menyebut ‘Hai Adam apabila kamu turun ke bumi kamu akan bertengkar sesama sendiri. Bagaimanapun bagi mana-mana orang yang turut hidayah Aku akan senang lenang tanpa ada sebarang masalah.’ Sekarang apabila perwakilan ramai kita memilih menggunakan kertas undi dan tidak lagi angkat tangan.

Sebelum ini media harian menganggap wujud dua kelompok dalam PAS iaitu pro Endorgan dan konvensional. Benarkah demikian?

Itu sekadar tanggapan yang dimainkan media hendak lariskan suratkhabar mereka. Ada sesetengah wartawan menulis dengan hasrat mahu melaga-lagakan, dan ada juga wartawan yang lebih berhati-hati kerana mengambil sikap tanggungjawab di dunia dan akhirat. Dalam PAS hanya ada satu kumpulan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam. Perjuangan kita di atas dunia hendak daulatkan Islam dan di akhirat mahu ditempatkan oleh Allah Taala ke dalam syurga.

Baru-baru ini timbul dakwaan dalam blog kononnya Tuan Guru dinasihatkan oleh pembantu yang cuba melagakan dengan Presiden. Sejauh mana kebenarannya?

Saya sudah tegur orang terbabit. Hendak cari orang yang tiada silap ini tiada. Orang yang tiada silap langsung ialah kaki lepak yang tidur sepanjang masa. Kesilapan tersebut maka agama ajar suruh nasihat menasihati antara satu sama lain.

Bagaimana pula dengan isu unity government?

Tidak timbul lagi sekarang kerana Presiden telah menarik balik cadangan tersebut.

*sumber: http://www.blogtokguru.com/pages/posting/13/usahkan-bezakan-ulama-dan-profesional-

SINOPSIS MB PERAK

Bicara MSK - Pada pukul 3.00, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan tentang siapa Menteri Besar Perak yang sah. Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi telah diberitahu untuk memastikan keputusan akan memihak kepada Umno.Zaki, seterusnya telah mengarahkan Presiden Mahkamah rayuan, Tan Sri Dato’ Alauddin Dato Mohd. Sherrif, untuk memberitahu ketiga-tiga hakim…Hakim Abd. Raus Sharif, datuk Zainun Ali dan Ahmad maarop…untuk memberikan keputusan yang ‘betul.’ Sekiranya mereka tidak mampu untuk memberikan keputusan 3-0, sekurang-kurangnya mereka perlu member keputusan 2-1..dimana Zainun akan memihak kepada Nizar. BN kemudiannya akan dilihat sebagai ‘adil’ dan ‘telus’ dan Pakatan Rakyat tidak boleh berkata apa-apa.Selepas itu, Zambry akan mengadap Sultan dan memohon pembubaran DUN Perak. Umno perlu dilihat melakukan semua ini..bukannya Nizar. Dan Umno akan melakukan ini walaupun mereka boleh memerintah Perak tanpa membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula. Bagaimana yang dikatakan Najib gila kuasa dan tidak adil?Dan ini akan membuktikan bahawa Najib adalah PM Rakyat dan seorang yang tahu bagaimana untuk mengurus Negara. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan mereka yang mahukan pilihanraya DUN Perak. Malah..mahkamah akan memutuskan bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan yang sah. Barisan Nasional boleh memerintah sehingga pilihanraya umum akan datang…sebaliknya memilih untuk membubarkan DUN kerana itu yang diminta oleh rakyat.Benar..memang susah bagi Barisan Nasional untuk menang tapi apa bezanya? Keadaan sekarang sudah buntu. Sekiranya BN terus memegang kuasa…mereka akan dilihat sebagai perampas…tetapi dengan membubarkan DUN…mereka akan dilihat sebagai kerajaan yang prihatin dengan kehendak rakyat…walaupun mahkamah telah mengesahkan mereka sebagai kerajaan yang sah.Tujuannya adalah untuk menahan kebangkitan Anwar, Nizar dan Pakatan Rakyat. Pembubaran DUN Perak adalah kehendak BN..bukan Pakatan Rakyat. Dan dengan pembubaran ini..BN akan dilihat sebagai prihatin kepada rakyat..malah ianya dibuat atas desakan Pakatan Rakyat.Imej Pakatan Rakyat akan dicanang sebagai pihak yang menyebabkan kesusahan rakyat..dan BN akan mempelopori imej bahawa mereka adalah pembela rakyat.Dan sekiranya BN menang dalam pilihanraya DUN Perak nanti…Najib berpeluang melantik orangnya untuk menjadi Menteri Besar. Tidak mungkin Zambry…kerana Zambry bukan orang dia tetapi orang Pak Lah. Dengan strategi yang diatur oleh Mahathir..Najib mendapat Perak dan menyingkir Menteri Besar yang bukan pilihanya. Itulah yang dirancang oleh Najib.Jangan lupa…bahawa Mahathir adalah pakar strategi dan dia kini berada dibelakang Najib. (Baca artikel sepenuhnya di Malaysia Today) - sumber dipetik dari perakexspress

May 22, 2009

HAKIM : ZAMBRY MB PERAK?

May 22, 09 3:16pm
kemaskini 3.57pm Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.Sementara itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

May 21, 2009

BIODATA IBLIS

NAMA : IBLIS LAKNATULLAH
TEMPAT LAHIR :BERMULA DARI KEENGGANANNYA SUJUD KEPADA NABI ADAM a.s
STATUS : FASIK KELAS PERTAMA
AGAMA : KUFUR
TEMPAT TINGGAL DI DUNIA : DI DALAM HATI MEREKA YANG LALAI
TEMPAT TINGGAL DI AKHIRAT : NERAKA JAHANNAM
KAWASAN LEGARNYA : SETIAP TEMPAT YANG DI DALAMNYA TIADA USAHA UNTUK MENGINGATI ALLAH
ARAH PERJALANANNYA : TIADA HALUAN DAN BENGKANG - BENGKOK
ISTERI DI DUNIA : SETIAP WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT DAN TIDAK MENTAATI ALLAH , RASUL DAN SUAMINYA
KAUM KERABAT : SEMUA GOLONGAN YANG MENENTANG DAN MEMUSUHI ALLAH
MODAL PUSINGAN : ANGAN - ANGAN KOSONG
TEMPAT PERTEMUAN : PASAR DAN PUSAT MEMBELI - BELAH
MUSUH KETAT : ORANG ISLAM YANG BERIMAN DAN BERTAQWA
KEGEMARAN : MELALAIKAN ORANG DARI MENGINGATI ALLAH, MENGGODA DAN MENYESATKAN
MATLAMAT : SUPAYA SEMUA MAKHLUK DI MUKA BUMI INI MENJADI KAFIR DAN SAMA - SAMA MASUK KE NERAKA JAHANNAM
KELEMAHAN : BILA ORANG MEMBACA ISTIGHFAR
LAMBANG : SEBARANG TATU
PEJABAT OPERASI : TANDAS, BILIK AIR, TEMPAT BERNAJIS SERTA TEMPAT MAKSIAT
RAKAN KONGSI : GOLONGAN MUNAFIQ SERTA SYAITAN DARI KALANGAN JIN DAN MANUSIA
SUMBER : SEGALA HARTA YANG DI PEROLEHI DENGAN JALAN HARAM DAN RIBA

May 20, 2009

KEMPEN SEJUTA POSKAD MANSUHKAN PPSMI - Malaysiakini

Rabu 20 Mei, 09 7:06am, Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu."Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI," katanya kepada Malaysiakini.Hasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan. Tiada had masaPihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut."Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa," katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana "keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal".Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini. Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.

May 18, 2009

BN Tidak Letak Calon Di Penanti - Siasahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan tidak akan meletakkan calonnya untuk pilihan raya kecil Penanti nanti.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat BN yang dipengerusi Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Isu Rasuah: Kenyataan Penuh Presiden PAS

May 15, 2009

Usrah Pertama Dengan Kepimpinan Baru, Idea Baru, Semangat Baru

Ustaz Safawi (kiri) menerima sumbangan daripada Ustaz Fazlulrahimi

Sepertimana yang telah diterima oleh cawangan-cawangan lain, kali ini cawangan Tasik Tambahan pula berpeluang menerima sumbangan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan. Disampaikan dalam satu program usrah cawangan tersebut yang pertama diadakan di bawah kepimpinan barunya yang diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Safawi Sazili Al-Hafiz, imam Masjid Al-Ubudiah oleh Ketua Dewan Pemuda Kawasan Ustaz Fazlulrahimi Maarop, bertempat di Jalan 5/21 Tasik Tambahan, Ampang pada 13 Mei 2009 yang lalu.

Dalam tazkirahnya Ustaz Fazlul mengingatkan semua ahli agar beristiqamah dalam perjuangan sama ada ketika susah mahupun senang kerana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang membantu agama Agama Allah ini amat besar sekali. "Biar kita mati dalam perjuangan sepertimana yang dinikmati oleh bekas Presiden PAS Al-Fadhil Dato' Haji Fadzil Mohd Nor" ujarnya.

Bekas Ketua Cawangan Saudara Abdul Jalil Abdul Halim yang sebelum ini agak cemerlang dalam memimpin cawangan dilihat begitu komited dalam membimbing dan menurunkan apa sahaja ilmunya kepada kepimpinan baru. Semoga gandingan baru dan lama ini akan membawa PAS Cawangan ini bergerak lebih dinamik lagi.

Semoga Allah S.W.T. memberikan kekuatan kepada seluruh pejuang-pejuang Islam dan tidak mudah berputus asa dari rahmatNya, insyaAllah.

Saudara Abdul Jalil mempengerusikan majlis

Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Fazlulrahimi sarat dengan ilmu

Sebahagian ahli PAS Cawangan yang hadir

Muslimat cawangan

Mencatit ilmu adalah merupakan salah satu syarat menuntut ilmu

May 14, 2009

Anak KP Harakah kritikal

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Anak Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman kini berada dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke hospital dua hari lalu.

Ahmad Shafiq, 13 telah dimasukkan ke Hospital Ampang pada malam 11 Mei akibat demam denggi yang berlarutan selama lebih lima hari.

Melalui sistem pesanan ringkas Lutfi kepada Harakahdaily jam 2.00 petang tadi memaklumkan keadaan kesihatan anaknya itu.

"Anak saya kritikal. Mohon doakan kesejahteraan anak saya semoga dia sembuh," katanya melalui sms.

Syafiq, anak ketiga daripada lima adik beradik ini kini ditempatkan di Wad 6B, bilik dan nombor katil 24 di hospital tersebut.

Harakahdaily meminta jasa baik orang ramai dan sesiapa yang turut bersimpati untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan anak Lutfi agar pulih sedia kala.

*Marilah sama-sama kita mendoakan agar anak Ahmad Lutfi segera sembuh, insyaAllah.

May 13, 2009

DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini ( orang2 yang senantiasa di bayangi ) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi segala ( perintah ) Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya 3x.
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya ( yang sebenar ).Penuhkan ( piala ) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan Iman / Keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat ( pengetahuan sebenar ) tentangMu...
( jika Engkau mentakdirkan mati 3 x) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan AgamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

May 11, 2009

Ringkasan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Kali Ke 43




GOMBAK : Semalam, 10hb 05 . 09 bersamaan 15 Jamadilawal 1430 Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ( DPPNS ) telah mengadakan Muktamar Tahunannya yang ke 43 di Dewan Dato' Fadhil Noor Taman Melewar.Majlis tersebut telah di sempurnakan oleh Yang Berkhidmat Dato' Haji Mahfuz bin Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat . Antara perkara yang di sampaikan beliau ialah supaya semua pemuda memainkan peranan yang penting dalam mencari pelapis bagi menggantikan pimpinan yang ada supaya ia mendapat tarbiyah yang sebenarnya daripada pimpinan peringkat atasan agar ia memahami dasar perjuangan yang di bawa oleh PAS.


Memandangkan Muktamar kali ini merupakan tahun pemilihan, di harapkan agar pimpinan yang terlantik menjalankan amanah dengan sebaik mungkin demi memartabatkan Islam di muka bumi ini.


Dewan Pemuda PAS Ampang juga telah menghantar 8 orang Perwakilan beserta 4 orang Pemerhati dan seramai 5 orang Petugas Unit 'amal ke Muktamar kali ini.


Alhamdulillah, segalanya berlangsung dengan baik dengan sama2 membahas dan memberi pandangan bagi memantapkan lagi organisasi pemuda di setiap peringkat samada Cawangan, Kawasan, Negeri mahupun di peringkat Pusat.


Marilah kita manfaatkan segala ruang yang ada ini untuk menarik golongan muda terutamanya anak-anak ahli supaya ianya tidak terkeluar dari landasan Islam itu sendiri.




May 7, 2009

Senarai Cawangan Yang Telah Menerima Sumbangan

Walaupun sedikit, sumbangan tetap diagihkan agar sama-sama merasa. Itulah yang telah diamalkan oleh Dewan Pemuda PAS Ampang sejak sebelum Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke 20 lagi. Sumbangan bagi menggerakkan aktiviti PAS Cawangan terutamanya Pemuda.

Alhamdulillah, sehingga kini lima cawangan telah menerima sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Ustaz Fazlulrahimi Maarop. Diterima oleh Ketua Pemuda cawangan-cawangan tersebut seperti yang tersenarai di bawah:-


Cawangan Taman Sri Ampang.
Ketua Pemuda: Saudara Shahiful Nawar Ismail


Cawangan Kg Melayu Ampang.
Ketua Pemuda: Ustaz Mohd Amir Abdul Kadir

Cawangan Taman Seri Raya.
Ketua Pemuda: Saudara Muhammad Zikri Mohd Shariff

Cawangan Ampang Campuran.
Ketua Pemuda: Saudara Shahrizan Md Deris

Cawangan Taman Mulia Jaya.
Ketua Pemuda: Saudara Shah

Cawangan Flat Taman Kosas
Ketua Pemuda: Saudara Hafiz Roslan

May 5, 2009

DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN

Ya Allah. Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut ( Nama-NamaMu ), hati yang penuh segar mensyukuri di atas segala ( nikmat ) Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada segala ( perintah ) Mu.

Ya Allah. Kurniakanlah kami Iman yang sempurna, hati yang khusyuk, Ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami ( Din ) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon ( Ya Allah ) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ( Ya Allah ) Iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung RahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama dengan kami. Jangan ( Ya Allah ) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta ( perkenankanlah ).