January 30, 2009

PEMUDA - PEMUDI MESTI TINGGALKAN UMNO , SERTAI PARTI ISLAM - HARAKAH

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Pemuda PAS percaya Umno tidak lagi mampu menjadi parti yang boleh diharapkan bagi meneraju kepimpinan negara pada masa ini.

Ini berikutan perkembangan politik tanahair sejak Pilihanraya Umum ke-12 hingga kepada peristiwa penghijrahan Adun Bota Dato' Nasaruddin Hashim dan terakhir cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen untuk membubarkan kesemua sayap parti di dalam Umno lantaran politik wang.
Setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof berkata masalah kepimpinan dan kecelaruan nilai di dalam Umno yang begitu teruk waktu ini menjadikan parti itu sarat dengan masalah dalaman yang tidak mampu dipulihkan dalam waktu terdekat.
"Masalah amalan rasuah politik umpamanya, sudah menjadi sebati dengan kepimpinan tertinggi Umno dan kelihatan seperti mustahil untuk ditinggalkan oleh mereka.
"Sebahagian besar pemimpin Umno juga dilihat meletakkan kepentingan diri jauh melebihi kepentingan rakyat dan negara bahkan melebihi kepentingan parti mereka sendiri," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily.
Katanya kedudukan Umno yang tenat itu menjadikannya tidak lagi sesuai sebagai pentas perjuangan politik bagi anak-anak muda yang mempunyai idealisma dan semangat perjuangan yang tulus.
"Dengan penuh kesedaran mengajak pemimpin-pemimpin muda di dalam Umno yang ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, juga kepentingan Islam dan Melayu untuk meneruskan perjuangan mereka dalam pentas politik PAS.
"Semangat perjuangan dan bakat kepimpinan mereka diperlukan oleh Pemuda PAS untuk memantapkan lagi barisan kepimpinan di dalam PAS di semua peringkat," kata Sabki.
Beliau yakin ruang untuk pemimpin muda untuk berperanan di dalam PAS amat luas memandangkan kedudukan PAS sebagai kerajaan bersama-sama Pakatan Rakyat di lima buah negeri pada masa ini dan dalam persediaan untuk menjadi kerajaan di peringkat persekutuan.
Pemimpin-pemimpin Pemuda PAS di semua peringkat bersedia bertemu dan berbincang dengan mana-mana pemimpin muda dari Umno atau mana-mana pertubuhan belia yang bernaung di bawah Umno untuk membolehkan mereka terus berperanan bagi kepentingan masa depan negara dan rakyat bersama PAS, katanya
"Biarlah mereka yang mempunyai agenda peribadi dan kepentingan diri sahaja terus tinggal dan tenggelam bersama Umno," katanya. - ss -

January 29, 2009

SUMBANGAN JIHAD FISABILILLAH KE GAZA




Jalan Pahang Barat,29 hb Jan 2009 - Tepat jam 9.45 pagi , Ketua Pemuda PAS Ampang Al-Fadhil Ustaz Fazlul Rahimi Maarop menyampaikan sumbangan untuk mangsa keganasan Yahudi Israel Gaza bertempat di pejabat Harakah di sini.

Antara penyumbang utama ialah Dewan Pemuda PAS Ampang, Dewan Muslimat PAS Ampang dan sebahagiannya hasil dari kutipan yang dijalankan di Masjid Fatimah Az-Zahra', Masjid Taman Kosas Fasa 3, Masjid Ubudiah Kg. Tasik Tambahan dan Surau-surau sekitarnya.

Jumlah keseluruhan kutipan yang berjumlah lebih RM6000 disampaikan kepada wakil Pejabat Harakah, Saudara Abdul Habib.

Dalam temubual bersama Ustaz Fazlul, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada badan-badan dan individu yang telah sudi menginfaqkan serba sedikit sumbangan untuk mangsa-mangsa keganasan Israel tersebut dan berharap agar seluruh rakyat Malaysia meneruskan usaha dalam menyatakan simpati kepada saudara-saudara kita di sana. Semoga Allah membantu mereka dan menghancurkan Israel laknatullah, amiin. ~ ss

January 28, 2009

RAKYAT TOLAK NAJIB JADI PM , TIDAK MAHU PERALIHAN KUASA

KUANTAN, 27 Jan (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan melalui jalan sukar untuk menduduki kerusi Putrajaya sebagai Perdana Menteri kerana terdapat petunjuk proses peralihan kuasa mungkin tidak berlaku atas desakan pelbagai pihak dalam Umno sendiri kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Sharpawi.

Azman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu ketika berceramah di Kampung Razali delat sini, baru-baru ini menjelaskan proses peralihan kuasa terganggu akibat Najib yang mengetuai pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu hilang wibawa akibat daripada kekalahan Umno-BN dalam pilihanraya kecil tersebut.
"Dulu apabila Unno BN kalah dalam pilihanraya umum semua tangan menunjukkan kearah Abdullah Ahmad Badawi yang dianggap lemah. Kemudian berlaku desakan agar peralihan kuasa dalam Umno perlu dilakukan.
"Kemudian apabila Umno BN kalah lagi dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, desak lagi agar segerakan peralihan kuasa dalam bulan Mac. Pak Lah turut lagi, ini bermakna semasa berlakunya pilihanraya kecil Kuala Terengganu Najib adalah Presiden Umno dan Najib adalah bayangan Perdana Menteri. Tetapi rakyat secara jelas telah menolak kepimpinan Najib dengan mengalahkan calon Umno. Sebab itu kita percaya Najib lalui jalan sukar,"katanya.
Tambah Azman terdapat banyak desakan agar Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan kepimpinan sebagai Perdana Menteri bagi meneruskan agenda pembaharuannya dalam pentadbiran.
"Banyak desakan kita dengar agar Pak Lah meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Ada yang berpendapat kalau Najib ambil alih keadaan bertambah buruk," katanya.
Mengenai kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu Azman berkata sokongan luar biasa golongan muda memberi keyakinan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan pada pilihanraya akan datang.
"Sokongan golongan muda memang luar biasa dan amat membimbangkan Umno. Kejayaan kita kerana golongan muda berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat, kalau trend ini berterusan masa depan PAS dan Pakatan Rakyat memang cerah,"katanya.- ss -

January 23, 2009

Pra-Eksplorasi - Unit Amal Ampang Meninjau Bukit Saga

Taman Bukit Saga,18hb Jan 09 - Jam 4 petang, seorang ahli Unit Amal Ampang, adik Hafiz bin Rahim sedang mengambil air di celah - celah batu bagi menghilangkan kehausan setalah hampir sejam mendaki trek yang di sediakan di sepanjang kaki Bukit Saga yang berketinggian hampir -hampir 4oo m dari bawah.

Pada hari tersebut, kira-kira 4 orang sahabat Amal Ampang telah berjaya menjelajahi bukit tersebut dengan jayanya.

HALANG JALAN KE SEKOLAH KERANA KALAH PILIHANRAYA

ULU MELAKA, 22 Jan (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi (DPPPL) kesal dengan tindakan Ketua Umno Cawangan Padang Gaong, di sini yang didakwa mereka bertindak menutup sebahagian jalan ke Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) Langkawi sejurus selepas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.
Menurut Setiausaha DPPPL, Hakimi Nazeri, walaupun arwah ibu Ketua Umno tersebut pernah membuat surat kebenaran kepada Jawatankuasa Pembinaan SRIDU untuk menggunakan tanah berkenaan, tetapi beliau tetap bertindak angkuh menutup sebahagian jalan yang merupakan satu-satunya jalan bertar ke sekolah itu dengan menggunakan halangan diperbuat daripada konkrit simen.
Berikutan tindakan berkenaan, berlaku kesesakan yang teruk setiap kali ibu bapa pelajar menghantar dan mengambil anak mereka dari sekolah tersebut.
Usaha DPPPL bersama Lembaga Tadbir SRIDU Langkawi dan PAS Kawasan Langkawi dengan menghantar wakil untuk berunding dengan Ketua Umno terbabit gagal untuk menemuinya yang tetap bertegas untuk tidak mengadakan sebarang perbincangan.
Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pada 18 Januari lalu. Satu jalan alternatif juga sedang diusahakan PAS Langkawi untuk dibina dalam masa terdekat. - ss-

PRO - MAHASISWA MENANG BESAR DALAM PILIHANRAYA KAMPUS DI UIAM

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) - Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan penguasaan tradisinya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila menang besar dalam pilihan raya kampus yang berlangsung hari ini.
Dalam keputusan yang diumumkan jam 6.45 petang tadi, di Dewan Eksperimen UIAM, bagi kampus Gombak, kumpulan Pro-Mahasiswa menang 10 daripada 12 kerusi. Manakala untuk kampus Kuantan, kumpulan berkenaan menang lapan daripada 10 kerusi.
Bagi kerusi antarabangsa, kesemua empat calon menang tanpa bertanding.
Laporan lanjut menyusul.

January 20, 2009

RENUNGAN

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah".
H.R. Bukhari dan Muslim

"Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka memperbaiki keadaan sesama sendiri".
Mafhum surah al-Huud : 17

January 19, 2009


















Walau dalam keadaan apa sekalipun , petugas PAS dari Kawasan Ampang sanggup menggadaikan 'nyawa' berada di tengah jalan bagi memastikan kemenangan Parti Islam di Parlimen Kuala Terengganu.Alhamdulillah , Allah memberikan kemenangan kepada PAS dengan usaha yang telah di lakukan seikhlas mungkin oleh semua pendokong Pakatan Rakyat.



RAKYAT MAKIN YAKIN MASA BN/UMNO SUDAH TAMAT - Hrkh

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) - Kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu membuktika bahawa keyakinan rakyat bahawa masa Barisan Nasional (BN) sudah hampir tamat semakin menjadi keyakinan umum atau popular belief yang tidak boleh ditahan-tahan lagi, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"Rakyat makin yakin masa BN sudah tamat. Dalam pilihan raya umum 1999 dahulu, slogan "dulu Umno, sekarang PAS" telah menjadi keyakinan umum.
"Bagaimanapun, pada masa itu, tidak ada tokoh atau pemimpin Umno yang turut sama meyakinkan perkara itu kepada rakyat. Hari ini, kita dapati seorang demi seorang tokoh atau pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang membantu membentuk keyakinan umum itu dengan kenyataan-kenyataan mereka," katanya.
Sebagai contoh, katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah sering membuat kenyataan yang membangkitkan perkara itu.
"(Presiden Gerakan, Tan Sri) Dr Koh Tsu Koon pernah menyatakan Umno adalah parti yang angkuh," katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menyifatkan pilihan raya kecil Kuala Terenganu itu juga membuktikan penolakan terhadap BN semakin menjadi trend pemikiran rakyat.
"PR menang di lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, selepas itu menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kini dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pula.
"Hattrick kemenangan pilihan raya kali ini bukan lagi satu perkara yang kebetulan berlaku atau semata-mata membayangkan kemungkinan penolakan total terhadap BN, ia sudah menjadi satu trend di kalangan rakyat," katanya.
Beliau menyokong kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) telah mencipta perubahan besar.
Salahuddin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pemimpin dan petugas parti-parti di dalam PR, bloggers yang diketuai Raja Petra Kamarudin dan semua pihak yang berkerja keras membantu PAS mencapai kemenangan selesa dalam pilihan raya kecil itu._

January 16, 2009



Kelihatan Ketua Pemuda PAS Ampang Al-Fadhil Ustaz Fazlul Rahimi Maarof adalah di antara barisan penceramah yang akan menghangatkan lagi pentas kempen pilihanraya di Parlimen Kuala Terengganu.

Selain daripada penceramah dari Pahang dan Selangor,Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang adalah merupakan pemidato utama pada malam tersebut .



Walaupun berlainan agama , namun seorang sahabat dari kelab penyokong PAS , Saudara RavindranNathan telah menunjukkan semangat untuk berkempen bagi calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu.

January 15, 2009




ALAH BISA TEGAL BIASA.

Itulah perumpamaan boleh di berikan kepada petugas-petugas MTD Ampang yang sentiasa bekerja bersungguh demi memertabatkan Islam di muka bumi yang tercinta ini.

Semoga , segala pengorbanan yang di curahkan mendapat keredhoan dari Allah SWT di dunia apatah lagi hidup kekal di negeri Akhirat.



Alhamdulillah,setelah berjuang mengharungi jalan raya sejauh hampir 500 km , Sabtu 10 hb Jan, jam 8.30 pagi kami sampai ke tempat yang di tuju iaitu Markaz UPU Gong Kapas.

Kelihatan YB Khasim sedang menerangkan tindakan seterusnya yang perlu di lakukan sementara menunggu wakil dari orang tempatan.



Sempat jugak bergambar tuuu!!!

Kelihatan Pembantu YB Khasim, Sdr Bazli dan Ketua Kampung Tasik Permai Sdr Faridi mengambil kesempatan bergambar kenangan di Masjid Terapung , Kuala Ibai setelah selesai menunaikan solat fardhu Subuh sebelum ke lokasi seterusnya.


Jam menunjukkan pukul 3 pagi.Konvoi sedang berhenti rehat di plaza tol Jabor sementara menunggu 2 kenderaan yang masih belum tiba.
Ruang masa yang ada di gunakan bagi membincangkan arah seterusnya yang perlu di tuju selain hajat peserta yang terlibat.


Kelihatan Ustaz Hasri selaku AJK Pemuda Kawasan sedang memerhatikan sahabat-sahabat konvoi siap-sedia memasuki kenderaan masing-masing bagi meneruskan perjalanan.

KONVOI PETUGAS PAS AMPANG KE PRK K.TERENGGANU













Jumaat,9hb Jan 09 - Berdasarkan gambar di atas kelihatan Muslimat , MTD PAS Kawasan serta beberapa wakil dari Pemuda Kawasan sedang mendengar taklimat daripada Pengarah MTD selaku Ketua Konvoi Haji Ali Ismail mengenai program sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu.Alhamdulillah,konvoi bergerak mulai jam 9.30 malam di mulai dengan bacaan doa oleh Haji Sarom Jais , selaku Mantan YDP PAS Kawasan.

January 14, 2009

Ahli Umno bakal sertai PAS beramai-ramai di Kubang Kerian - Harakahdaily

Mohd Nor Yahya I Foto Rizal Tahir Tue Jan 13, 09 8:10:13 pm MYT

KOTA BHARU, 13 Jan (Hrkh) - Ketika Umno dan Barisan Nasional (BN) berhempas pulas mempertahankan kerusi parlimen Kuala Terengganu, sebaliknya rakan mereka di sini pula mengisytiharkan meninggalkan parti itu.

Hari ini seramai enam bekas Ketua Cawangan Umno di bahagian Kubang Kerian menyerah borang menyertai PAS kepada Yang Dipertua PAS kawasan itu, Dato' Husam Musa.
Hadir sama pada majlis bersejarah itu Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.
Mereka yang menyertai PAS iaitu bekas ahli jawatankuasa Umno Kubang Kerian yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Parit Barat, Mohd Noor Mustafa, Naib Ketua Cawangan Pasir Tumboh, Mohd Basir Mohd Zain, bekas Ketua Cawangan Taman Tiong, Ismail Daud.
Selain itu anggota jawatankuasa Cawangan Padang Enggang, Zahari Yaacob, ahli di cawangan Taman Tiong, Abdullah Kadir dan Mohamed Yusoff, bekas ketua cawangan Umno Pengkalan Patah.
Ismail Daud yang menjadi ahli Umno lebih 40 tahun berkata, Umno bukan lagi menjadi landasan kepada perjuangan orang Islam dan Melayu.
"Umno kini sudah hilang maruah. Kami merasakan Umno sudah hancur setelah menjalani pemilihan Umno peringkat cawangan Julai lalu. Rayuan kami terhadap penyelewengan yang berlaku tidak diendahkan pemimpin peringkat tertinggi," ujar beliau.
Mohd Basir Mohd Zain berkata, Umno sering mempermainkan hukum hudud seolah-olah memperlihatkan kejahilan mereka.
Menurutnya Umno yang menguasai negara ini sepatutnya melaksanakan hukum hudud dan bukannya mempersalahkan PAS yang hanya berkuasa di peringkat negeri.
"Saya amat tercabar apabila pemimpin Umno mempermainkan hukum Allah dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekarang, sedangkan mereka tahu tanggungjawab itu di bawah bidang kerajaan pusat," ujar beliau.
Mohd Noor Mustafa memberitahu lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno termasuk pemimpin peringkat bahagian akan menyertai PAS selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Sementara itu, Husam berkata, Umno Kubang Kerian dan Kelantan kini sedang dilanda masalah dalaman terutamanya selepas pilihan raya umum ke-12 dan pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini.
"Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menyertai PAS. Ini memberi gambaran jelas akan reputasi Umno di kalangan ahli mereka sendiri telah tercemar," ujarnya.
Beliau juga berkata, mereka yang menyertai PAS itu akan dibawa membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini.

January 7, 2009

Isu Kemas: Harap Zahid Hamidi tunjukkan sifat haji mabrur - harakahdaily

Drs Khalil Idham Lim
Tue | Jan 06, 09 | 12:42:13 pm MYT

Kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu dakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi .

Menurutnya beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Kenyataannya dalam Utusan Malaysia juga menyatakan sesetengah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka.

Saya menafikan tohmahan yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi. Sesungguhnya apa yang didakwa oleh beliau saya anggap dakwaan yang tidak berasas dan kerana takut kan kepada "bayang-bayang" sendiri. Janganlah membuat sesuatu kenyataan dan tohmahan yang standardnya sama dengan mentaliti pelajar KEMAS, atau sama mentaliti dengan pengerusi JKKP yang ada otak tapi tidak ada akal?

Kenyataannya yang merujuk kepada "beberapa pegawai Kemas", Pejabat Daerah dan Pengerusi JKKP adalah terlalu umum dan merupakan kenyataan yang tidak boleh diterima sama sekali dan suatu fitnah yang tidak berasas. Apa lagi sekiranya tuduhan itu dilemparkan kepada Pegawai Daerah; tidakkah Zahid Hamidi sedar pegawai itu adalah Pegawai Tadbir Diplomatik yang ada kaitan langsung dengan Kerajaan Pusat.

Sekiranya beliau bertanggung jawab saya mencabar beliau mendedahkan secara specifik siapakah, dan dimana kejadian yang didakwa itu berlaku. Tunjukkan sifat haji mabrur yang diperolihi semasa Datuk Seri mengerjakan haji baru-baru ini.

Malah saya bersetuju dengan kenyataannya yang dipetik, "Kerajaan Perak tidak berhak mengguna dan mengendalikan program dalam bangunan yang dibina sendiri oleh Kerajaan Pusat," dan kerana itulah kami tidak melakukan apa-apa arahan dan tindakan apa lagi menganggu pentadbiran Tadika KEMAS.

Adakah setelah menunggu selama 9 bulan supaya Kerajaan Negeri Perak melakukan sesuatu tindakan balas dendam dan menganggu KEMAS tetapi ternyata tidak kami lakukan, dengan itu mereka cipta cerita mengatakan kami menganggu Tadika KEMAS.

Sebetulnya kami tidak ada masa untuk menganggu Tadika KEMAS. Nasihat saya teruskan kerja lama anda walaupun nampak sangat double standard.

Contohnya, tanyalah di Parit Buntar berapa Tadika Kemas yang kami ganggu khususnya dalam DUN Titi Serong. Apa yang saya sedang rancang kan ialah akan pergi melawat semua tadika tersebut kalau mampu di awal persekolahan ini, sekadar bertanya khabar kepada guru dan ibubapa dan anak-anak yang bersekolah di situ.

MANA SATU YANG BETUL : ZAHID ATAU AHMAD SAID,

Semakin jelas dan nyata pemimpin BN tidak sehaluan dan bertelagah sesama sendiri dalam mencari isu dan modal untuk menawan Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan. Pertelagahan dan kegelabakan ini begitu jelas sekali. Barangkali begitulah adat orang salah, semua kerja tidak betul dan tembelang terdedah dengan sendirinya bila sudah terlalu busuk.
Perhatikan kepada kenyataan dan pengakuan pemimpin BN, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dengan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang di siarkan menerusi Buletin Utama TV3 dan juga kenyataan yang di laporkan Bernama.

January 4, 2009

Wahid penuhi ciri kemenangan PAS - Malaysiakini

PAS memilih Mohd Abdul Wahid Endut untuk bertanding kerusi parlimen Kuala Terengganu kerana beliau mempunyai faktor-faktor kemenangan di kerusi itu.

Setiausaha PAS negeri Yahaya Ali berkata, antaranya ahli dan penyokong PAS mahukan beliau bertanding di kerusi tersebut.

bm version kuala terengganu parliament state seat breakdown 031208"Beliau sudah lima penggal menang di Wakaf Mempelam dan ini menunjukkan orang ramai mahukan beliau.

"Kita percaya beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Kuala Terengganu kerana beliau juga yang dipertua PAS kawasan Kuala Terengganu," katanya ketika diminta mengulas pemilihan mengejut Abdul Wahid sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil itu yang bermula Selasa depan.

Pemilihannya diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Negeri di Kuala Terengganu malam tadi.

Yahaya yang juga timbalan pengarah pilihanraya PAS bagi pilihanraya kecil tersebut berkata, pemilihan Abdul Wahid tidak akan memecahkan undi para penyokong PAS.

Diminta mengulas alasan Abdul Wahid dicalonkan oleh parti itu sedangkan namanya bukan pilihan utama, Yahaya berkata, pilihan atau tidak itu "hanya senarai yang dibuat orang ramai".

Katanya, orang ramai bebas membuat pilihan mereka tetapi akhirnya pucuk pimpinan yang menentukan setelah mengambil kira pelbagai faktor.

"Pemimpin lebih tahu hendak membuat pilihan, jadi tidak perlu lagi bercakap mengenai pemilihan Abdul Wahid sebagai calon.

"(Dan) insya Allah beliau akan menang," katanya.

Abdul Wahid akan berdepan dengan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bagi merebut kerusi tersebut pada hari pengundian 17 Januari ini.

Pilihanraya kecil tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, akhir November lalu.

KENYATAAN MEDIA 19 DISEMBER 2008 LAPORAN KAJIAN BUKIT ANTARABANGSA - tvpas.com

Kerajaan Negeri Selangor hari ini menerima satu salinan laporan ringkas geo-teknikal Bukit Antarabangsa daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dihantar melalui pihak polis. Laporan tersebut akan dikaji dan dinilai bersama semua agensi serta Jabatan Kerajaan Negeri yang terlibat bagi membolehkan status keselamatan di lima kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa diketahui.

Berikutan itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan akan hadir ke Bukit Antarabangsa bagi membuat pengumuman keputusan kajian status kawasan kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut pada hari Ahad ini, 21 Disember 2008 pada jam 10 pagi. Keputusan ini bakal menyaksikan pelan tindakan, kaedah pelaksanaannya dan seterusnya langkah-langkah yang patut diambil oleh pihak kerajaan negeri yang akan direncanakan.

Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor