November 18, 2008

Isu MB Perak Rampas Kamera Wartawan


IPOH : Sudah dijangka, media akan mainkan isu ini, dan ramai dikalangan sahabat-sahabat dari negeri jiran menelepon, Peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberi. Ust Misbah, Setiausaha Akhbar, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian.

Mereka bersama MB sedang makan tengahari, seorang yang tidak dikenali menghampiri MB membawa surat meminta MB menandatangani, beliau memperkenalkan diri, MB membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani, Misbah serentak mencelah, jangan tandatangan dulu, lihat keseluruhan isi surat tersebut, dalam masa yang sama ada seorang jurufoto yang juga tidak dikenali mengambil gambar. Boleh jadi ini perangkap, nanti keluar gambar MB menandatangani sesuatu yang mungkin boleh di ambil kesempatan memburuk imej MB. Seorang MB menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latar belakangnya di kantin. Lantas MB panggil jurufoto, bertanya dari akhbar mana, ada minta kebenaran atau tidak mengambil foto, jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli, MB panggil sekali dengan nada yang kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana didakwa.

MB minta rakaman foto tadi dibuang, untuk memastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut dan serah pada Setiausaha Akbar yang duduk di sebelah misbah, dan meminta SU Akhbar pastikan gambar tersebut dibuang. Dan kamera itu diserah semula pada jurufoto dengan baik. Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lain. Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, surat tersebut sudah ada dalam meja MB.

Telahan misbah tepat, tidak sampaipun beberapa minit kemudian, suara seorang ADUN Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang ADUN lain sedang membahaskan Bajet 2009, belum kenal pasti siapa ADUN yang sedang berucap ketika itu. Kubu Gajah menghentam MB Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan, Kubu Gajah tidak berada di tempat kejadian, ada beberapa orang ADUN BN memang ada di kantin sewaktu berlaku kejadian tersebut, tapi yang nyatanya Kubu Gajah tidak ada di kantin, beliau memang popular dengan sikap kurang ajarnya, perangai di Parlimen dibawanya ke DUN.

Para pembaca boleh menilai sendiri , inilah perangai UMNO BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk burukkan MB dan kerajaan Perak.

November 11, 2008

Persatuan Masjid Dan Surau Malaysia


Salam sejahtera buat semua rakan-rakan yang selalu memantau blog-blog yang bermanafaat. Semalam saya hadir dalam kuliah maghrib bulanan di Masjid Proton. Selesai kuliah, ada sedikit perbincangan dengan ahli jemaah masjid. Keluar satu idea yang bagi saya amat menarik dan perlu diketengahkan agar menjadi sesuatu yang mampu dilaksanakan.

Kata sahabat kita ini beliau seorang peguam, kita janakan RM1.00 setiap ahli jemaah masjid atau surau di seluruh Malaysia untuk menubuhkan dana masjid. Dengan seringgit tersebut kita mampu menjana beratus-ratus juta ringgit untuk kepentingan umat Islam.

Bagi merealisasikan idea ini, kita perlu wujudkan satu sektretariat yang didukungi oleh mereka yang ikhlas, jujur dan amanah dalam mengendalikan dana yang banyak jumlahnya.

Saya juga pernah melontarkan satu program kepada banyak surau masjid yang saya pergi, iaitu dengan menubuhkan "Masjid Care", bagi menyediakan perkhidmatan yang pelbagai kepada masjid dan surau seluruh malaysia, dan saya sedang merangkakan kertas kerjanya.

Idea untuk menubuhkan satu NGO mungkin boleh dikedepankan bagi tujuan kesatuan dan kekuatan ekonomi umat Islam. Masjid surau perlu digerakkan, agar mengetuai perancangan ini.
Kalaulah ada, mana-mana ahli koprat dan individu yang membaca blog saya ini dan mempunyai kemampuan untuk memulakannya, saya amat berbesar hati untuk membantu menggerakkannya.

Kita mempunyai ramai ilmuwan/ustaz-ustaz yang mengajar di seluruh masjid terutama di Selangor dan Wilayah Persekutuan, mereka ini boleh bantu pada bila-bila masa sahaja. Saya dapat gambarkan kalaulah idea ini menjadi, betapa besarnya dana umat islam yang mampu kita kumpulkan untuk kepentingan umat islam. Tetapi saya juga sedar, memang nak jadi tu memang sukar dan perlukan banyak usaha dan pengorbananan. Itu dah lumrah. Semoga mendapat respon daripada semua rakan-rakan yang prihatin.

Uniknya Zam-zam Dan Air Gau

"Air Gau" jika diletakkan dalam peti sejuk bahagian atas, yang biasa kita buat ketulan ais tidak beku sepenuhnya, malah yang beku sedikit itupun bukan keras, tetapi lembut. Menurut rakan saya lagi, air zam-zam juga tidak beku.

Berkemungkinan sebab tidak beku, justeru mineralnya yang banyak. Air zam-zam, air terbaik seluruh dunia telah ditemui sejak zaman Nabi Ismail lagi, tenggelam dan lenyap dari pandangan mata sehinggalah ia ditemui kembali zaman datuk Rasulullah iaitu Abdul Muttalib. Air ini diambil oleh jemaah haji tidak henti-henti sejak ribuan tahun, dan tiada tanda-tanda air zam-zam akan kering. Inilah khasiat air zam-zam.

Kalau di Malaysia, air gau adalah air yang semacam air zam-zam, khasiatnya adalah separuh zam-zam. Inilah ciptaan ALLAH yang sukar di temua di mana-mana. Air Gau sebenarnya ditemui hasil dari mimpi oleh Tuan Guru Haji Ahmad Baqi dari Kg Chenor, Pahang. Pelajar-pelajar Sekolah Sa'adatuddarain menggunakan air gau sepenuhnya dalam urusan harian mereka.

November 10, 2008

Pentomen Alam Barzakh - Apa Pendapat Anda?



Video yang menimbulkan pelbagai reaksi apabila ia ditayangkan di sekolah. Ada yang setuju dan ada yang berpendapat sebaliknya. Apa pendapat anda?

November 8, 2008

Pertemuan Dengan Pemuda Ampang Campuran - Tak Kenal Maka Tak Cinta...

31 Oktober 2008, Ampang Campuran - Setelah sekian lama bercadang untuk adakan perjumpaan dengan pemuda Ampang Campuran, akhirnya tercapai juga cita-cita tersebut hasil kerja keras 'orang-orang kuat' Ampang Campuran iaitu Saudara Salehuddin Hj Mohd Rusli dan Saudara Shaiful Amri.

Program bertempat di Dewan Orangramai Kg Ampang Campuran dengan kehadiran kira-kira 15 orang pemuda. Ketua Pemuda PAS Kawasan Ampang, Al-Fadhil Ustaz Fazlulrahimi Maarop menyampaikan tazkirah beliau sekitar 20 minit.

Dalam tazkirahnya, beliau mengingatkan para remaja dan pemuda agar tidak leka dengan hiburan dan keseronokan. Para remaja dan pemuda hendaklah melakukan sesuatu yang berfaedah yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Seronok rasanya bila semuanya berjalan lancar. Baik-baik rupanya pemuda-pemuda ni. Mereka sanggup untuk menyertai setiap program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan terutama aktiviti luar dan sukan. Kalau ada cakap-cakap yang mengatakan para pemuda ni liar dan sebagainya, cakap-cakap tersebut adalah tidak benar sepenuhnya. Bergaul dulu dengan mereka, baru kita tahu macam mana mereka sebenarnya. Harap-harap merekapun berperasaan begitu terhadap PAS, insyaAllah. -aq