August 30, 2008

PROGRAM AMBANG MERDEKA 2008

PROGRAM AMBANG MERDEKA 2008

Padang Perbandaran Ampang Jaya [MPAJ]

(berhadapan Balai Bomba Padan Indah)

30 & 31 OGOS 2008

7.30 ptg
Solat maghrib & Kuliah Maghrib - Ust Sallehan Mukhyi
8.30 mlm

Pidato Perdana Sempena 25 Tahun Dibawah Kepimpinan Ulama;

- Tuan Hj Mohammad Sabu

- YB Salahuddin Ayub

- Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi

- Ustaz Azman Syafawi Abd Rani

12.00 tgh mlm

LAUNGAN TAKBIR & DOA WEHDAH MERDEKA

- Ustaz Riduan Mohamad Nor

4.30 pagi

Qiamullail & Munajat Perdana

- Ustaz Zulkifli Ahmad

6.15 pagi

Forum Ehya' Ramadhan

- Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

- Ustaz Norazli Musa

- YB Zaki bin Ibrahim

7.45 pagi
Bersurai

Jentera Pemuda PAS Seluruh Negara Diseru Bersama Pimpinan Pemuda PAS Pusat Bagi Menjayakan Program Ini

** Sila bawa sejadah dan bermalam di padang

ANJURAN : DEWAN PEMUDA PAS PUSAT & DEWAN PEMUDA PAS PANDAN, SELANGOR

August 14, 2008

Sayangilah Jemaah Berdasarkan Al-Quran Dan As-Sunnah - Ustaz Nasharudin

IPOH, 14 Ogos /11 Syaaban 1429 - Berucap ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang ke 49, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa meminta kepada semua ahli agar mematuhi beberapa konsep penting dan akhlak berjemaah. Mengulas mengenai isu muzakarah, beliau berkata, PAS adalah untuk pertubuhan dakwah yang akan berdakwah kepada sesiapa sahaja termasuk Umno. Majlis Perasmian Muktamar tersebut bermula kira-kira jam 9.00 malam bertempat di Stadium Indra Mulia.

Menurutnya, beliau faham, tindakan sesetengah ahli yang tidak bersetuju dengan muzakarah tersebut adalah kerana mereka terlalu sayangkan PAS, sayangkan jemaah ini. Namun tegas beliau, sayangilah jemaah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, bukan berdasarkan percaturan politik semata-mata. ~aq

August 9, 2008

Masih Bolehkah Kita Beristirehat?..

Bandar Baru Ampang, 09 Ogos 2008 (07 Syaaban 1429H) - Apa ni?? Astaghfirullah, terkejut dibuatnya bila meletakkan kereta di tepi sebuah pusat membeli belah terkemuka di sini petang tadi.

Baru semalam Ustaz Ridhuan Mohd Noor bercerita tentang kemakmuran negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman. Tentang iklan yang melibatkan seorang juruhabah radio memakai tudung sedangkan dalam masa yang sama, iklan yang sama di sini tidak begitu, nampak rambut. Sama halnya dengan papan-papan iklan di Kelantan. Bandingkan saja dengan apa yang 'terhidang' di depan mata seperti di gambar kiri.

Tersentak dibuatnya bila iklan wanita seksi dengan hanya memakai pakaian dalam itu dibuat begitu besar dan diletakkan di tempat awam yang terbuka. Iklanlah katakan! Sesuatu harus dilakukan. Sanggupkah kita melihat kemungkaran bermaharaja lela di depan mata? Masih bolehkah kita beristirehat sedangkan di pihak yang lain tak henti-henti mencabar kesucian ISLAM. -aq

August 5, 2008

Pemuda disaran pergiat usaha bantu warga emas

Taman Dagang Jaya, 5 Ogos 2008 (3 Sya'ban 1429H) - Dalam satu tinjauan di Dewan Ar-Ridhuan, Taman Dagang Jaya yang juga merupakan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya, Dewan Pemuda mendapati sambutan masyarakat terhadap skim Caruman Takaful Warga Emas yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), amat menggalakkan.

Sungguhpun begitu, peratusan yang hadir di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya itu adalah masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan di luar sana terutamanya mereka yang hidup sebatang kara. Ini terbukti apabila diajukan pertanyaan kepada kebanyakan warga emas di sebuah kampung berkenaan dengan skim tersebut, masing-masing menyatakan bahawa mereka tidak mengetahuinya.

Oleh yang demikian, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang menyarankan agar para pemuda mempergiatkan lagi usaha dalam membantu warga-warga emas ini kerana mereka amat memerlukan khidmat kita. Kita boleh membantu mereka dengan menghulurkan borang ini kepada mereka atau waris-waris mereka di samping sedikit penerangan mengenainya.

Bukan sahaja perkhidmatan memperkenalkan skim ini, malah banyak lagi khidmat yang boleh diberikan tertamanya dalam menjaga kebajikan asas mereka seperti mengambil berat tentang kesihatan mereka dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan khidmat yang sedikit ini akan menjadi sebab turunnya rahmat Allah ke atas kita, insyaAllah. - aq

August 1, 2008

Tazkirah Urusan Ulama

ANTARA KETAATAN DENGAN NAFSU MANUSIA

Salam sejahtera buat semua rakan-rakan yang sentiasa peka dengan perkhabaran semasa yang serba tidak menentu sekarang ini. Ramai rakan-rakan yang memberikan pandangan dan fikrah dalam isu semasa ini. Orang berjuang sebenarnya mempunyai tempat istimewa di sisi ALLAH Ta'ala, sebagaimana firman ALLAH dalam ayat 20 surah Taubah :

الذين ءامنوا وهاجَروا وجاهدوا في سبيل الله بأموالهم وأنفسهم أعظمُ درجةً عندَ الله وأولئك همُ الفائزون

(Orang-orang beriman dan yang berhijrah serta yang berjihad pada jalan Allah dengan harta benda mereka dan jiwa mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itu orang-orang yang mendapat kemenangan)

Walaupun kita mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah, tetapi tidak bermakna kita boleh berjuang tanpa wujudnya perancangan dan peraturan.

Berjuang secara bersendirian misalnya tanpa berjemaah bukannya cara sunnah Nabi, kerana kita tahu penerusannya tidak akan berlaku, kerana Da'i itu tidak mempunyai pelapis kerana dia seorang sahaja dalam perjuangannya.

Perjuangan mesti ada organisasi, ada kepimpinan, ada matlamat, ada tujuan dan banyak lagi kerana ini jelas disebut oleh Saidina Ali,

الخق بلا نظام يغلبه الباطل بالنظام

(Kebenaran tanpa susunan/sistem akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun/bersistem)

Isyarat kepada organisasi adalah jelas dalam perkataan Saidina Ali ini. Ramai pejuang Islam mengetahui perkataan ini, malah ada yang menggunakannya untuk berhujjah dan berdalil denganya.

Memang banyak sebab mengapa perjuangan itu mesti dengan organisasi, yang paling senang difahami ialah seperti contoh yang pernah disabdakan Rasulullah, baginda mengambil contoh seekor kambing yang bersendirian lebih senang ditangkap serigala daripada kambing yang berada dalam kumpulan.

Bila kita berada dalam organisasi, ataupun lebih terkenal dengan sebutan "jemaah' maka kita akan didedahkan pula dengan sabda Rasulullah :

تلزم جماعة المسلمين وأمامهم

(Beriltizamlah dengan Jamaah Muslimin dan juga kepimpinannya)

Hadis inipun orang jemaah biasa baca, biasa hafal, dah berkurun rasanya hadis ini dilemparkan di tengah-tengah warga jemaah. Kepimpinan itu perlu dipatuhi dan ditaati, itu syarat dan terma yang perlu dipatuhi oleh setiap warga jemaah. Kerana ia akan menguatkan jemaah, mengelakkan perpecahan, wujud rasa tanggungjawab, juga wujud penghormatan kepada orang yang memimpin dan banyak lagi manafaat serta hikmahnya.

Berkenaan dengan kepimpinan lagi, kita biasa dengan hadis yang menggambarkan sebuah kapal, bagaimana Rasulullah memperlihatkan kepada warga jemaah betapa pentingnya kepatuhan kepada pemimpin walaupun ada warga jemaah yang tidak setuju dengan keputusan kepimpinan atasannya. Rasulullah memberi kiasan sesebuah organisasi samalah seperti penumpang di sebuah kapal, mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan, satu duduk di atas, dan satu lagi di bahagian bawah. Orang di bawah, jika memerlukan air maka mereka mesti mintanya dari orang di atas. Oleh kerana ada yang tidak suka meminta dari orang atas, maka mereka mencadangkan agar ditebuk saja kapal ini untuk mendapatkan air. Rasulullah menyebut, jika dibiarkan, maka semua di dalam kapal itu akan binasa, jika ditegah maka semua akan selamat.

Hadis ini juga memberi gambaran betapa rapat hubungan organisasi dengan kepimpinan, seolah-olah mahu dinyatakan betapa kepatuhan kepada kepimpinan itu amat wajib dan mesti hukumnya.

Skop kepatuhan dan ketaatan juga diberikan oleh baginda, sabda Rasulullah :

السمع والطاعة مالم يؤمر بمعصية فإن أُمروا بمعصية لا سمع ولا طاعة

(Dengar dan patuh jika tidak diarah kepada maksiat, sekiranya disuruh kepada maksiat maka tiada dengar dan tiada patuh lagi)

Skop ini memang luas dan lebar, mencakupi semua perkara. Kerana menjaga organisasi perjuangan yang memperjuangkan Islam, samalah juga menjaga Islam itu sendiri. Selain dari hadis-hadis dan ayat-ayat di atas, Rasulullah juga pernah menyebutkan bahawa, jika pemimpin kamu itu dilantik dari hamba yang rambutnya seperti biji anggur sekalipun, kamu mesti patuh dan taat. Semuanya ini menggambarkan kepatuhan.

Kepimpinan yang menerajui jemaah pula merupakan golongan cendikiawan agama yang warak dan tawadhu' serta mempunyai ilmu dan juga adalah ahli ibadah yang cekal serta rajin, inilah ciri-ciri kepimpinan yang mendapat keberkatan dari ALLAH.

يَرْفَعُ اللهُ الذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ والذِينَ أُوتوا العِلْمَ دَرجات - سورة المجادلة : 11

(Allah meninggikan orang-orang beriman dan mereka yang berilmu dengan beberapa darjat)

Tidakah mereka ini mempunyai tempat yang istimewa di sisi ALLAH. Kalau ALLAH sendiri memberi penghormatan kepada mereka, maka terlebihlah lagi kita. Kita juga mestilah sentiasa memuliakan, menghormati serta mendengar cakapnya, juga arahannya, meskipun kita tidak menyukai apa yang diarahkannya.

Ulama yang menjadi pemimpin mempunyai dua perkara yang menjadi penyebab mereka perlu dipatuhi, pertama kerana mereka pemimpin dan kedua kerana mereka ulama'. Apakah kita boleh menengking, mencaci serta memaki hamun mereka hanya kerana kita tidak bersetuju dengan arahannya ataupun tindak tanduknya yang memang tidak bercanggah dengan syara' ? Firman ALLAH Ta'ala :

وعسى ان تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شرلكم - 216 البقرة

(Dan kemungkinan apa yang kamu benci sebenarnya baik bagimu, dan apa yang kamu sukai sebenarnya tidak baik bagimu)

Allah menyuruh kita bersabar dengan mereka yang warak dan rajin beribadah, jelas dinyatakan dalam ayat-Nya:

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran (Al Kahfi 28)

Ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis nabi menjadi rujukan kepada setiap warga jemaah, bah kita telah dilatih dalam banyak tamrin dan bengkel. Segala fikrah dan idea da'wah dimuatkan dalam kantong pemikiran kita, kita terbina dengan pentarbiyahan yang cukup mantap dan panjang masanya. Semuanya itu hasil dari didikan pimpinan ulama kita......
Tetapi sayangnya apabila sesuatu arahan dan tindakan pemimpin tidak kita senangi, kita boleh melupai semua yang diajar, semua yang dibimbing, semua ayat-ayat yang dibaca dan kita juga melupai semua hadis-hadis yang diajar.
Saidina Umar pernah menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan Rasulullah berdamai dengan Kuffar Quraisy sehingga termeterainya perjanjian hudaibiyyah, malah bukan Umar sahaja, majoriti umat Islam yang terdiri dari kibarussohabah tidak berpuas hati. Tetapi Rasulullah tetap meneruskannya, hasilnya apa yang tidak disukai itu menjadi satu tindakan yang menguntungkan umat Islam dan Islam sendiri. Bukankah ini satu peristiwa yang selalu kita sebut dalam usrah-usrah dan tamrin-tamrin, apakah kita tidak mampu menghubungkannya dengan zaman kita, dengan situasi kita dengan muzakarah kita, dengan muqobalah kita????? Kita merasakan penyesalan yang amat sangat dengan sikap sesetengah manusia yang konon dah matang berjuang tetapi bertindak seperti baru sehari dua dalam saf perjuangan. Tanpa memikirkan dengan lebih jauh kita dah bertindak memberikan pandangan yang akhirnya merugikan jemaah.......sedangkan fikrah yang kita bawa sekadar rasa hati kita bukan keputusan syura dan sebagainya.
Rasa memadai sekadar ini....bersambung........